Saturday, November 20, 2010

With Love

Salam Semua,

Sebenarnya saya cuma nak cerita mengenai sebuah drama jepun yang paling saya suka sekali iaitu With Love. Pertama kali menonton pada tahun 1997 di televisyen. Masa tu saya tengok drama bersiri ni separuh jalan sebab utama tertarik dengan lakonan Yutaka Takeinouchi. Mula dari tu saya mula tonton drama bersiri ni walaupun selalu tertinggal dan paling sadis tak sempat tengok ending drama ni. Tak puas hati, saya cari VCd drama ni di kedai - kedai Video dan beberapa tahun kemudian barulah dapat jumpa VCD drama With Love.Masa dapat beli, boleh dikatakan hari - hari tengok di komputer dan selalu ulang tayang. 
Lagi puas hati dapat jugalah memuat turun naik lagu - lagu yang konon - kononnya dicipta oleh Hata. Kemudian punyalah minat email pun pakai nama teruterubozu81@yahoo.com
Sejak itu saya sentiasa beli VCD lakonan YUtaka Takeinouchi dan selalulah cari berita mengenai lelaki Jepun ni. Walaupun muncul aktor - aktor jepun yang baru, Yutaka tetap di hati, ceh wah :P

No comments: