Wednesday, June 22, 2011

Bila Manusia tidak tahu mengucapkan 'Terima Kasih'

Pada suatu malam tu, saya tidur lewat. Saya tekan punat remote tv, 708. satu rancangan realiti yang diasaskan oleh Tyra Banks. Wanita ini saya anggap antara wanita kulit hitam yang tercantik di dunia. Baru saya tahu model Iman adalah mentornya. Okey, saya tidak berapa kenal peserta model tetapi pertama kali saya menonton, seorang model kulit hitam bernama Fatima yang tiba - tiba mengata Allison berpunggung besar kemudian Allison balas, saya pernah hidup sebagai anoreksia sebagai sindiran terhadap Fatima.
Selepas beberapa adegan photoshoot, Allison seperti menyakiti hati Fatima. Allison pula berlagak kerana pengalamannya sebagai model sebelum ini. Fatima terus membisu iaitu tidak lagi menyakiti
Kemudian kesemua pserta dinilai oleh Tyra Banks. Tinggal dua peserta iaitu Allison yang begitu yakin kekal dan Dominique yang saya lihat tidak yakin untuk kekal kerana photoshootnya tidak menarik malahan tiada ciri - ciri seperti seorang model. Tyra Banks mengatakan Allison dan Dominique tidak pernah mengucapkan TERIMA KASIH. pada pendapat saya,Allison terkeluar bukan sahaja tidak berbudi bahasa tetapi sikapnya yang suk menyelar oeang lain dan tidak pernah rendah diri lantaran pengalamannya sebagai model
Fatima

Allison