Friday, August 6, 2021

Wisata Terbang Inspirasi: Himpunan 50 Jurnal Pengembara.

 Assalamualaikum

Sebenarnya saya rasa bersyukur dan lega apabila antologi yang banyak kali tertunda dan ditunda akhirya menjadi sebuah buku yang diimpikan sejak tahun 2016. Ini bermakna 5 tahun perjalanannya. Pertama kali menjadi Penyelenggara untuk buku bertemakan pengembara, bukan mudah. Sejujurmya rasa bersemangat dan bila ada penulis tarik diri, mula tak cukup penulis terus rasa down. Sehinggalah saya melupakan terus projek ini. Dalam hati rasa bersalah dengan penerbit dan beberapa orang penulis yang mengharapkan projek buku ini menjadi. Saya cuba melupakan namun sukar sebab asyik teringat dan dah berjanji yang projek ini akan berjaya. 

Pada bulan Ogos ke September tahun 2019, seorang penulis projek ini menghubungi saya dan bertanyakan status dan perkembangan projek ini. Saya beritahu projek tersebut tak jadi. Penulis tersebut berasa sedih dan saya pula rasa bersalah. Beliau minta saya hidupkan kembali projek tersebut. Dia beritahu akan bantu saya mencukupkan 50 karya agar menjadi sebuah buku. Saya berusaha mencari semula karya-karya penulis yang sudah hantar sebelum ini sebelum maklumat, karya dan semuanya dalam laptop lama saya yang rosak. Saya berusaha berbulan-bulan mencari semula dalam emel. Kumpulkan dan menyemak semula. Saya hubungi beberap penulis lain untuk melengkapkan 50 karya Kembara ini. Minta maaf boss Rozlan, saya pada awalnya tak beritahu untuk gerakkan projek ini. Bila cukup 50 karya, baru  saya hubungi Boss Rozlan untuk menghidupkan semula projek ini. Saya risau juga jika  boss Rozlan menolak. Alhamdulilah boss Rozlan menerimanya.

Dismeber 2019 saya menunaikan umrah, saya berdoa di hadapan kaabah, doa utama saya agar projek 50 Kembara ini berjaya menjadi walau macam mana pun halangan sebab saya baru bertatih menjadi Penyelenggara dengan bimbingan Boss Rozlan dan Boss Nasser. Ketika itu pun saya masih segan dan malu nak bertanya lebih lanjut tapi lama-kelaman saya belajar dan banyak merujuk kepada mereka.

Bila masuk bulan Mac 2020, projek 50 Kembara ini terhenti seketika sebab ramai penulis mengharapkan projek ini menjadi.  Saya berdepan juga dengan karenah penulis yang tidak berhenti bertanya. Alhamdulilah mereka memahami tapi bila PKP berterusan bermulalah halangan dan macam-macam masalah tapi saya percaya projek ini akan menjadi sebuah buku juga walaupun mengambil masa yang panjang. Saya pun pertama kali belajar jadi penyelenggara. Bukan mudah. Bila saya  berdepan dengan tugas-tugas Penyelenggara, baru saya faham bagaimana peranan Penyelenggara.

Akhirnya jadi juga sebuah buku. Saya percaya buku Wisata Tewrbang Tinggi pasti memberi inspirasi kepada para pembaca pada musim pandemik. Ramai yang tidak dapat mengembara, buku ini pasti membawa anda mengembara ke banyak tempat di luar negara.








Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan

 Assalamualaikum

Dah lama tak menulis di blog. Makan bulan juga tak menjengah blog. Kata Blogger, blog dah berhabuk. Tak apa, kali ini saya nak kongsikan buku antologi yang diterbit pada awal tahun 2021. Saya lupa nak kongsikan di blog. Buku Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan.

Saya hantar 2 karya untu buku Gunting yang bertajuk Cinta Khianat dan Sahabat Gunting. Sejujurnya 2 kisah yang saya tulis adalah kisah benar yang berlaku di sekitar saya. 

Buku terbitan Metromedia Solution ini mendapat perhatian lantaran ramai pembaca yang sakit hati membaca kisah-kisah khianat dari 50 karya yang berbeza. Saya baca pun sendiri sakit hati.