Sunday, September 3, 2017

Julie & Julia



Memasak bukan sahaja terapi tetapi satu seni karya yang hebat!

Julie dan Julia tidak pernah bertemu tetapi Julie menginspirasikan Julia melalui buku dan pita video. Dua wanita ini menjalani hidup yang berbeza serta perwatakan yang berbeza tetapi mencintai dunia masakan.
Filem ini membezakan kehidupan chef Julia Child dengan kerjaya masakannya di Perancis pada usia hampir memasuki 40-an. Julie Powell lakonan Amy Adams adalah seorang penulis muda yang bekerja di Pusat Panggilan Perbadanan Pembangunan Manhattan. Dia menjawab setiap  panggilan telefon dari mangsa serangan 11 September dan masyarakat setiap hari. Julie membuat keputusan menulis blog untuk meningkatkan kemajuan dirinya dalam masakan. Pada awalnya, Julie tidak yakin untuk menulis keraan dia pernah untuk menulis novel tetapi karyanya di tolak. Dengan sokongan dan bantuan suaminya, blog Julie/Julia Project dihasilkan. Julie membuat keputusan untuk memasak setiap resipi dalam Mastering the Art of French Cooking oleh Julia Child.
Mengimbas semula kisah hidup Julia Child berada pada tahun 1950-an di perancis bersama suaminya, Julia Child mengambil keputusan untuk belajar memasak masakan perancis di Le Cordon Bleu. Sebelum itu Julia cuba belajar membuat topi, belajar bahasa perancis tetapi tidak sesuai dengan dirinya. Setelah menamatkan penajian memasak, Julia mengadakan kelas masakan serta melahirkan sebuah buku masakan untuk suri rumah Amerika.
Akhirnya, blog Julie dipaparkan dalam kisah yang diterbitkan dalam The New York Times. Blognya mula mendapat perhatian wartawan, ejen kesusasteraan, penerbit, dan maklumbalas dari anak-anak mudaJika plot filem ini di sorot,  Julie dan Julia mendapat sokongan daripada suami mereka.