Saturday, February 16, 2019

Cindai Berdarah




Tajuknya menarik yang membuatkan saya ingin membacanya. Muka depan pun satu tarikan untuk kita tahu apa sebabnya Cindai itu berdarah. Ia mengisahkan saka yang diturunkan kepada Imran melalui sehelai kain cindai. Cindai dalam tradisi Melayu bukanlah semata-mata tekstil atau pakaian, sebaliknya mengandungi unsur mistikal halus yang memerlukan ketajaman pemikiran manusia untuk merungkai rahsia di sebaliknya. Saya suka bila penulis ini mengetengahkan kain cindai sebagai unsur mistik dan rahsia.
Bagi saya kain Cindai itu sangatlah misteri seperti lagunya yang dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza pun boleh meremangkan bulu roma kita. Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.
Dalam novel Cindai Berdarah, sejak Imran menerima kain turun temurun itu, sejak itu pelbagai peristiwa aneh dan menyeramkan berlaku kepada Imran, Mak Nang dan Riena. Selain itu dendan turun temurun dari keturunan yang yang lalu juga menimbulkan banyak konflik juga percintaan tiga segi.

3/5 bintang