Thursday, June 30, 2011

Cerpen di dalam Majalah Jelita

Assalammualaikum
Saya masih tak lupa, dalam bulan empat rasanya saya menerima panggilan darri kakitangan majalah Jelita yang mahu meminta kebenaran saya untuk memuatkan cerpen karya saya dalam majalah Jelita. Ketika itu saya memang teruja. Alhamdulilah, ada juga cerpen saya menjadi perhatian sebuah penerbitan majalah yang terkenal.
Okey, petang tadi saya ke Tesco singga ke News. saya terdetik unuk membelek - bele jalah Jelita edisi bulan Julai. Saya menyelak secara rambang, tiba - tiba terpandang satu watak cerpen iaitu Nurul Iman, lantas saya mencari nama penulis dan tajuk. Alhamdulilah tertera nama Ida Nardiel dan tajuk cerpen saya ialah KEKASIH

Saturday, June 25, 2011

Dewa Cintaku

Selepas Nora elena yang diadaptasikan dari Novel tulisan meen zulaikha yang bertajuk kasih yang Suci, kini ada sebuah drama bertajuk Dewa Cintaku. saya mendengar tajuk itu, saaya berkata macam pernah dengar tajuk sebegitu dari sebuah novel. puas meninggatkan, ohhh drama terbaru ini juga diadaptasikan dari sebuah novel karya Dilla Hussin. Gambar muka depan novel tersebut adalah gambar Rosyam Noor. Sejujurnya novel tulisan dilla Hussin ini memang best sangat. Setahu saya Dilla Hussin juga seorang penulis skrip drama kalau tidak silap saya. selepas membaca novel tersebut dalam pertengahan tahun 2000, saya menanti juga novel baru tulisan Dilla Husin
Sinopsis novel pun saya ingat Iqbal mencintai seorang penyanyi kelab malam yang bernama June tapi June lebih tua dari Iqbal. June ni macam kasar sedikit dan iqbal juga puas mahu mengambil hatinya tapi pengakhiran novel ini amat mengejutkan dan menyedihkan


Wednesday, June 22, 2011

Bila Manusia tidak tahu mengucapkan 'Terima Kasih'

Pada suatu malam tu, saya tidur lewat. Saya tekan punat remote tv, 708. satu rancangan realiti yang diasaskan oleh Tyra Banks. Wanita ini saya anggap antara wanita kulit hitam yang tercantik di dunia. Baru saya tahu model Iman adalah mentornya. Okey, saya tidak berapa kenal peserta model tetapi pertama kali saya menonton, seorang model kulit hitam bernama Fatima yang tiba - tiba mengata Allison berpunggung besar kemudian Allison balas, saya pernah hidup sebagai anoreksia sebagai sindiran terhadap Fatima.
Selepas beberapa adegan photoshoot, Allison seperti menyakiti hati Fatima. Allison pula berlagak kerana pengalamannya sebagai model sebelum ini. Fatima terus membisu iaitu tidak lagi menyakiti
Kemudian kesemua pserta dinilai oleh Tyra Banks. Tinggal dua peserta iaitu Allison yang begitu yakin kekal dan Dominique yang saya lihat tidak yakin untuk kekal kerana photoshootnya tidak menarik malahan tiada ciri - ciri seperti seorang model. Tyra Banks mengatakan Allison dan Dominique tidak pernah mengucapkan TERIMA KASIH. pada pendapat saya,Allison terkeluar bukan sahaja tidak berbudi bahasa tetapi sikapnya yang suk menyelar oeang lain dan tidak pernah rendah diri lantaran pengalamannya sebagai model
Fatima

Allison


Wednesday, June 1, 2011

Drama Cina

Kali ini hendak bercerita tentang satu drama cina yang amat saya minati sejak zaman sekolah. Drama ini bukan sahaja saya suka tetapi hampir rakyat Malaysia suka menontonnya. Masih ingat tak drama The Good Old Days yang memaparkan kisah pengorbanan seorang isteri dan kehidupannya di rumah mentua. ia juga menyelit kisah persahabatan dan percintaan. dalam perkahwinannya banyak pergolakan yang dialami.
Lagi satu drama cina yang saya suka adalah The Journey to the West. Drama i ni emmang agak melucukan memaparkan kisah yang tentang perjalanan Sunwokung dan sahabatnya serta seorang sami daalm pengemabraan ke Barat. Cerita sebegini memang kelakar dan lucu dengan aksi nakal Sunwukong yang berani dan nakal