Saturday, November 20, 2010

I Am Sam


Salam,
Sebuah filem lakonan hebat Sean penn, Dakota Fanning dan Michelle Pfeifeer. Filem ini melayakkan Sean Penn mendapat gelaran Pelakon Terbaik. Biasanya saya menonton lakonan Sean Penn sebagai watak antagonis tapi bila menonton filem hebat ini, saya hampir - hampir mahu menitiskan air mata. Sedih sangat. wajah dan mimik Sean Penn berjaya melakonkan watak sebagai bapa yang kurang sempurna. Dia terlalu menyayangi anaknya, Lucy
Babak yang paling sedih bila Lucy memukul dan memarahi ayahnya yang tidak datang melawat dia di rumah keluarga angkat. Yelah hati mana yang tidak sedih bila melihat keluarga angkat Lucy lebih sempurna. Dengan Bantuan peguam, Rita yang tidak putus - putus memberi semangat dan kekeuatan sedangkan ketika itu dia snediri mengalami masalah rumahtangga iaitu suaminya ada perempuan lain dan anak lelakinya mengasingkan diri darinya
Sam tetap berjuang mahu mendapatkan anaknya meskipun ada yang tetap mahu memisahkan dia dan Lucy

No comments: