Saturday, September 10, 2016

Reunion: Ladies Talk


Before We Go



Sewaktu Nick memainkan alat muziknya di dalam kawasan tren, dia terpandang seorang wanita tercicir telefon bimbit namun wanita yang cuba mengejar tren tidak menyedarinya. Wanita itu kecewa kerana terlewat hanya beberapa minit sahaja. Nick memulangkan telefon bimbit kepada wanita tersebut, Brooke. Dia memberitahu dia juga kehilangan beg tangan.  Nick membantu wanita itu untuk pulang dengan menggunakan kad kredit tapi  kad kredit itu tidak berfungsi. Nick cuba mahu menghubungi rakannya untuk meminta bantuan tetapi sudah kehabisan bateri. Nick menawarkan bantuan dengan membayar duit hotel namun Brooke beritahu yang dia perlu tiba ke rumah sebelum pagi.
Malam itu NIck dan Brooke menjalani malam dengan pelbagai peristiwa dan melakukan sesuatu yang luar biasa!
Filem yang diarahkan oleh Chris Evan juga dilakon olehnya sendiri!





Train to Busan


Sebenarnya saya tak jangka untuk menonton filem ini. Meskipun ada beberapa orang kawan bertanyakan tentang filem dari Korea ini, saya jawab tidak tahu. Bila melihat poster pun saya fikir sebuah filem kena serangan pengganas taupun peperangan. Sehinggalah hari Khamis, saya membaca beberapa komen mengenai filem ini dari facebook. Rata-rata memberikan komen positif. Saya terus menghubungi sahabat saya agar menemani saya menonton filem ini. Sebelum itu pun saya selidik dulu tentang filem ini. Tentang zombie rupanya. saya minat juga filem berkisarkan zombie. saya berharap sangat tidak seperti Zombie Kampung pisang. Harap zombie yang lebih baik, cerdik dan menakutkan.
Bila tonton dari awal, saya mula tertarik. Kisah bapa dan anak perempuannya mungkin biasa. Bila masuk babak tren, saya rasa tidak sabar untuk tahu selanjutnya. Seorang penumpang yang luar biasa masuk ke dalam tren sudah mula mengundang rasa cemas. Seorang lelaki tua yang ketakutan pun sudah buat saya ingin tahu. Seterusnya, jangkitan menjadi zombie sangat cepat dan merebak. Hampir separuh penumpang tren menjadi zombie. Gagal lari dari gerabak, sudah pasti menjadi mangsa zombie.

Seperti biasa ada hero dan pembantu-pembantunya yang cuba menyelamatkan keadaan. Filem ini mengajar nilai murni dan peradaban. Kanak-kanak mengajar bapanya agar tidak mementingkan diri sendiri. Seorang kanak-kanak begitu berbudi bahasa memberi tempat kepada golongan tua. Ada individu yang sanggup mempergunakan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada sahabat yang tidak sanggup memukul sahabatnya yang sudah menjadi zombie.

Setiap babak filem ini sangat mencemaskan. Luar jangkaan hampir satu bandar dijangkiti virus sehinggakan golongan yang sepatutnya mengawal negara pun dijangkiti virus zombie.

Apa yang boleh saya katakan, zombie ini begitu menakutkan. menggigit  hingga darah memancut keluar.  Zombie mengejar dari atas bumbung, mengejar  mangsa dari segenap arah. Pengakhiran filem ini membuatkan saya rasa sebak. Seorang sahabat kehilangan sahabat, kehilangan kekasih, kehilangan suami, kehilangan kakak, kehilangan ayah dan hilang segala-galanya.

4/5 bintang

Cinta 7 Negara


Bab  2

            KLIA 2 sesak dan padat dengan manusia pada tengahari ini. Selepas membuat pendaftaran di kaunter, dia terus mencari kafe yang sesuai untuk menikmati makan tengahari. Kalau boleh dia mahu kafe yang lenggang. Di saat ini dia mahukan ketenangan dan ruang untuk dia rasa selesa. Biasa selepas menikmati makanan, dia akan membaca seketika dan mengemaskini media sosial.
            Dia rasa senang untuk ke restoran McDonald. Setelah membayar hidangan, dia terus mencari tempat di hujung sekali. Dia sengaja mahu jauh dari pandangan manusia. Dia mencicip kopi hingga tinggal separuh kemudian menggigit burger Mcchiken juga hingga separuh. Ipad dikeluarkan dari dalam beg. Dia mencari-cari maklumat tentang Pulau Dewata yang bakal dikunjungi tidak lama lagi.
          Slogan yang dijolokkan kepada Bali, sebuah pulau yang luasnya dua kali kota Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk menyamai jumlah rakyat jelata Negeri Johor  dengan anggaran penduduk lebih kurang 4 juta orang.
Dia melirik jam di tangan kiri. Penerbangan ke Bali tinggal satu jam setengah lagi. Lila Suhaili mendongakkan dagu. Pandangannya meliar di luar restoran.
Tiba-tiba pandangan terganggu dengan satu tubuh tinggi lampai yang muncul dari arah mana pun dia tidak pasti. Dia mendongak sambil mengetapkan bibir. Seorang pemuda memberi salam.
"Boleh saya duduk di sini. Meja lain dah penuh" mohon pemuda bertubuh tinggi lampai sambil tersenyum.
Lila Suhaili terkejut. Penuh? Seingatnya restoran makanan segera ini kurang pengunjung. Dia mengitari ruang legar. Masih ada banyak meja yang kosong. Lila Suhaili memperbetulkan posisi duduknya lalu mengangguk sekali. Dia menarik buku karya Jane Austen bertajuk Emma. Gelas minuman dicicip hingga habis.
Pemuda itu seraya duduk sambil meletakkan segelas minuman bersama kotak sandwich. Kemudian satu beg dicapai dari atas bahu. Sebuah kamera jenama Nikon dikeluarkan dengan berhati-hati.
Lila Suhaili hanya melirik dari hujung mata. Pemuda itu membelek-belek kamera sambil memusing-musingkan kamera itu berkali-kali. Jurugambar agaknya, teka Lila.
Seketika kemudian pemuda itu mengeluarkan organizer dari beg kamera juga. Organizer itu diselak-selak mencari sesuatu. Pemuda itu tersenyum bila melihat tiket yang terselit dicelah-celah Organizer.
Lila Suhaili sedikit tersentak apabila terdengar lagu Jesnita berkumandang. Pemuda itu dengan muka selamba mengeluarkan Iphone daripada beg kamera juga lalu menjawab panggilan.
"Bambang, aku ada masa lebih kurang satu jam lagi. Iya, aku tahu! Kau kena halang pernikahan Jes. Aku sayang dengan Jes, Bam. Iya, kita akan jumpa di Bali. Jangan lupa jemput aku. Arghhh aku tak peduli. Tak kira apa pun, Jes takkan bernikah dengan Benji. Sialan dia! Ben tikam aku, tahu tak!. Sudah. Kita jumpa petang ini. Ingat, jemput aku" talian dimatikan.
Mata Lila Suhaili membulat. Bali? Pasti naik kapal terbang yang sama. Agaknya Jes yang dimaksudkan ialah Jesnita.
Lila buat-buat sedang membaca. Pemuda itu merenung Lila, " Saya mahu tanya kamu"
Lila memandang muka pemuda itu, "Tanyalah!"
"Kalau kamu, kamu mahu cinta sejati atau harta yang bertimbun?" tanya pemuda itu dengan loghat Indonesia yang pekat. Wajahnya juga tidak seperti orang Indonesia. Pasti ada darah kacukan.
Tanpa berfikir panjang, " Sudah tentu cinta"
" Kenapa?" tanya pemuda itu ingin tahu.
"Cinta tak boleh di beli dengan wang"
Pemuda itu tersenyum memandang Lila, " Awak pasti ke dengan cinta awak boleh hidup bahagia?”
Lila Suhaili berjeda seketika kemudian mengangguk laju,” Ya,saya yakin!”
            Pemuda itu merenung wajah Lila Suhaili sehinggakan gadis itu rasa kurang selesa,” Yakin?”
            Lila Suhaili mengangguk, “Cinta itu membahagiakan tapi tak mudah memiliki cinta sejati”
            Pemuda itu terdiam
            “Nama aku Alamsyahrizal. Panggil saja aku Rizal. Nama kamu?” tanya pemuda itu dengan senyuman nipis.
            “Lila Suhaili. Kamu Jurugambar?”
            “Iya aku Jurugambar. Aku mahu ke Bali. Kamu?”
         “Ke Bali juga” balas Lila Suhaili sambil merenung wajah pemuda yang sedang memandangnya. Manis. Kacak. Barangkali sudah berpunya. Pria Indonesia lebih kurang sama dengan jejaka dari Malaysia.
            “ Kamu sendiri?”
            Lila Suhaili mengangguk.
            “ kamu berani ke Bali seorang diri?” riak wajah pemuda itu terkejut.
Lila Suhaili mengangguk, “ Ya, saya mahu mengembara. Bucket list sebelum saya berusia 40 tahun”
“Kamu wanita bercita-cita besar. Biasanya wanita impiannya hanya mahu kahwin saja” kata Alamsyahrizal dengan nada sinis.
“Sebenarnya saya mahu cari seseorang di sana. Pelukis terkenal, Ian Aditya . kamu kenal?”
Alamsyahrizal diam seketika,” Siapa tu?”
“Kawan arwah mama saya. Pelukis terkenal dari Indonesia. Takkan kamu tak kenal? Itu nama besar” kata Lila Suhaili seperti tidak puas hati. Dia selalu mengikuti perkembangan Ian Aditya melalui media sosial dan blog. Dia begitu kagum dengan lukisan-lukisan pelukis terkenal itu. Bukan sahaja terkenal di Ondonesia mahupun asia tetapi seluruh dunia mengenal nama itu.
Alamsyahrizal tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal,” saya lebih kenal Jurugambar daripada pelukis. Sebenarnya aku ke Bali mahu halang perkahwinan kekasih saya”
“Ha? “terus Lila Suhaili memandang wajah Alamsyahrizal yang menjungkit kening kepadanya.
“Dia kahwin pilihan keluarga. Dia gadis yang paling aku cintai. Aku ini ngak punya apa-apa tapi aku yakin membahagiakan dia” kata Alamsyahrizal yakin.
Lila Suhaili diam. Melarikan bakal isteri orang itu kerja gila. Ya barangkali cinta pria ini juga gila! Cinta itu gila! Dia tidak pernah bercinta. Teringin tapi takut.ada yang ingin bercinta dengannya tapi dia tolak.
“Jika dia jodoh kamu, usah kamu bimbang. Jika bukan, kamu bias ketemu orang lain yang lebih baik dari dia” selamba Lila Suhaili berkata-kata tanpa memandang wajah pemuda di depannya. Dia tahu pemuda itu sedang merenung wajahnya.
“ Tapi aku sangat mencintai dia” tekan Alamsyahrizal.
“Jika dia mencintai kamu, dia sanggup menolak pilihan keluarganya. Mungkin pilihan keluarganya lebih baik dari kamu. Barangkali?” berani Lila Suhaili berkata-kata.
Alamsyahrizal terdiam seketika, “Banyak uang mungkin tapi yang pasti aku lebih kacak dari bakal suaminya” katanya diakhiri dengan tawa.
Lila Suhaili tertawa sinis. Lelaki ini masih belum boleh terima kenyataan. Dia teringat satu tajuk lagu lama, kekasihku dipetik orang. Lila Suhaila tersenyum sendirian. Sedalam amna cinta, belum tentu orang mampu berenang ke tengah lautan. Setinggi mana pun cinta, belum tentu ada yang sanggup mendaki.
Lila Suhaili menolak bekas makanan dan minuman ke tengah meja. Buku dan Ipad disimpan semula ke dalam tote,” Maaf aku pergi dulu”
“Maaf, flight kamu?” tanya Alamsyahrizal.
“Malindo Air. Saya mahu check in. Semoga berjaya untuk awak. Jika dia ditakdirkan untuk awak, semuanya akan jadi mudah. Jika bukan, jalan kamu untuk miliki dia lalui makin sukar” pesan Lila Suhaili sebelum meninggalkan restoran McDonald.

Alamsyahrizal yang sedang mengelap kameranya dengan tuala sekadar mendiamkan diri.

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila Elicha mula menggugat rumah tangga pasangan itu dengan cuba menggoda Adam Rafail.
  Kematian Datuk Rahmah juga membuatkan Lily Sarah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
  Segalanyanya semakin menggugah keadaan apabila cinta pertamanya, Ariq Iskandar mahu menuntut cinta dari Lily Sarah. Saat pergolakan rumahtangga, Michael Ryan dan Adam Rafail menjadi rapat. Michael Ryan menarik Adam Rafail kembali ke agama Islam dengan menghadiahkan Al Quran yang sebenarnya milik Eric Turner. Namun konflik memuncak apabila Adam Rafail mendapat tahu Michael Ryan selalu menghubungi Lily Sarah di Malaysia. Lebih membuatkan Adam Rafail marah dan tertipu, Michael Ryan pernah ke Malaysia menemui Lily Sarah. Adam Rafail tidak mahu kembali ke Malaysia dan yakin Lily Sarah akan kembali semula ke New York.
  Lily Sarah berada dalam di lema. Antara Adam Rafail, Michael Ryan atau Ariq Iskandar