Saturday, February 18, 2017

Ulasan Novel: Dia Mimpi Indahku





Kisah Rifhan, wanita yang hidup bersama keluarganya namun ada konflik dengan adik perempuannya, Anita yang selalu dimenangkan oleh ibunya, Hajah Saodah. Rifhan mengambil langkah untuk menerima lamaran Hafsyam yang difikirkan boleh membawa dia keluar dari rumah terutama dapat mengelak daripada Anita. Pada awalnya, Hajah Saodah tidak bersetuju memandangkan Hasyam bukan menantu pilihan yang hanya berkereta viva jika dibandingkan dengan  kekasih Anita yang berkereta besar tetapi suaminya, haji Ahmad menyokong Rifhan yang dirasakan sudah dewasa membuat keputusan.

Namun perkahwinan  bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya lebih besar tanggungjawab. Ikatan adik beradik berbeza dengan terikatnya hidup dengan seorang lelaki bergelar suami. Percintaan yang dicipta hingga membawa ke alam perkahwinan tidak mudah disangkakan. tersilap percaturan, Rifhan dan Hasyam berpisah


Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.

Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual. Cukup sekadar diberikan percuma kepada peminat fanatik. Itu pendapat sayalah. Ada sesetengah penulis media sosial  yang salin dan tampal untuk dijadikan buku ada yang tidak menjaga perkataan. kalau yang jadi yg. perkataan mereka jadi mrk dan sebagainya. ya, harga buku mahal sebab menggunakan kertas yang berkualiti. Mungkin ada yang tidak tahu ada penulis-penulis YANG betul-betul penulis guna kertas murah saja untuk diterbitkan dan ada yang terbit dalam bentuk Zine. Ada juga gambar-gambar di letak untuk di tatap sepuas-puasnya.

Jika di Malaysia, Datuk Aznil Nawawi pernah menulis buku. Tidak silap saya nama wataknya Fifi, nama anak perempuannya. pelakon Rina Khan yang sekarang penulis skrip juga ada menulis novel bertajuk RM 10000, kalau tidak silap saya. Datuk Rosyam Noor juga menulis buku dari kisah hidupnya yang sukar sehingga menjadi pelakon yang berjaya dengan tajuk bukunya  Impian Jutawan Budak Setinggan



Jika di Indonesia aktres Rieke Diah Pitaloka dari Indonesia miliki bakat menulis sehingga mengeluarkan Kumpulan Puisi Renungan Kloset: Dari Cengkeh Sampai Ultrecht, Filsafat Kekerasan Negara Menular ke Masyarakat, Kumpulan Puisi Ups!,
dan Kumpulan Puisi Sumpah Saripah.

Dewi Lestari Siman atau lebih dikenali Dee ,merupakan seorang penulis terkenal dan  penyanyi trio Rida Sita Dewi dan merupakan mantan isteri penyanyi Marcell. Antara bukunya yang popular dan dijadikan filem ialah Supernova dan perahu kertas.

Jika di Hollywood, pasangan adik beradik yang merupakan adik beradik tiri Kim Kardhasian iaitu Kendall dan Kylie Jenner menerbitkan buku mereka yang berjudul Rebels: City of Indra. Buku mereka berdua  mengisahkan tentang kehidupan dua perempuan yatim piatu bernama Lex dan Livia yang berpetualang di dunia distopia bernama Indra. 


Tyra Banks, peragawati terkenal dan pengasas rancangan realiti televisyen iaitu America's Next Top Model, Beliau telah mengeluarkan buku bertajuk Modelland bersadarkan pengalamannya sebagai model pada tahun 2010 dan antara yang top seller.

Oprah Winfrey, pengacara hebat yang masih tiada tandingi merupakan penulis buku dan antara penulis buku yang terbanyak di kalangan selebriti. Beliau yang bukan sahaja pengacara tetapi juga seorang dermawan. Oprah Winfrey adalah menulis kisah sejarah hidupnya yang sukar, pernah menjadi mangsa rogol sehingga melahirkan bayi tapi sayang bayi itu meninggal dunia. beliau mengambil masa untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat di dunia ini.


Saya sebenarnya lebih suka jika seseorang artis itu menulis biografi. Kisah hidupnya dari manusia biasa hingga menjadi bintang terkenal.

Bumi Lestari


Ini kali pertama saya membaca novel karya Rabecca Ilham. Saya suka gaya penulisannya. Selepas saya membaca, saya ingin mencari karya-karya beliau.  Saya di fahamkan novel ini merupakan novel sulung Rebecca Ilham yang memenangi HSKU 2010, kalau tidak silap saya. Bagi saya Rebecca Ilham antara penulis berbakat besar yang memiliki banyak cerpen di dada akhbar.

Novel yang memenangi tempat kedua ini menyentuh kemanusiaan, kekeluargaan dan alam sekitar. Amirah kekurangan kasihsayang bapanya, Hishamudin setelah kematian ibunya. Amirah seperti mengasingkan diri dan memendam perasaan dari bapanya. Amirah tersepit dengan konflik dirinya dan permasalahan yang menghimpit antara dua sahabatnya. Jai anak Buang, rakan sekecilnya mengadu akan empangan akan musnah manakala kapitalis yang memusnahkan alam sekitar adalah bapa kepada sahabatnya sendiri.


Syok Foundation

Syok foundation adalah foundation yang sedang saya gunakan. Murah dan best. Hanya RM 38 sahaja. Dengan menggunakan foundation ini  payah beli concealer, tak payah beli compact powder dan tak payah beli sunblock
Lagipun Syok Foundation  bertindak sebagai concealer untuk menutup segala cela pada wajah dan kemaskan kening, bertindak sebagai bedakb dan ertindak menghalang direct sunlight dgn SPF60.
Saya yang memiliki bekas-bekas jerawat dan parut di wajah memiliki syok faoundation yang mampu bertahan selama dua bulan. saya beli dari bulan 12 tahun 2016 masih bertahan hingga bulan februari 2017. penggunaanya pun senang dengan hanya mencalit dan ratakannya pada wajah.