Saturday, February 2, 2019

Bohemian Rhapsody


Bohemian Rhapsody mengisahkan perjalanan hidup Freddie Mercury di awal penubuhan kumpulan Rock Queen sehingga mereka membuat persembahan paling hebat di Bumi iaitu di konsert Live Aid pada tahun 1985. Dalam file mini banyak memaparkan bagaimana penubuhan Queen, percintaan dan perpisahan dengan Mary, penciptaan lagu dan kehidupan gay. Hubungan songsangnya tidak keterlaluan di dalam filem. Filem ini lebih menumpukan pada lagu-lagu yang mengangkat nama Queen.

Sebelum membuat album, kumpulan ini hanya menerima undangan menyanyi untuk kolej dan majlis di kawasan komuniti serta pub sahaja sehinggalah van buruknya di jual untuk menerbitkan album sendiri. Sejujurnya saya hanya mengetahui lagu We Will Rock You dan We Are The Champion. Bagi saya jalan ceritanya agak lurus sahaja, tidak begitu mencemaskan, Tidak mendebarkan Cuma babak Freddie memberitahu ahli-ahli kumpulannya yang dia menghidapi AIDS. Kekuatan filem ini hanya pada persembahan lagu oleh Freddie. Itu energy filem ini. Rami Malek membawa watak Freddie dengan begitu baik sekali. Dia berjaya mempersembahkan karakter Freddie dengan gaya yang bersahaja, sinis, lucu dan sebagainya.

Filem ini juga memaparkan kehidupan Freddie bila berada di puncak. Dia ego, angkuh hingga melukakan hati ahli kumpulan Queen. Filem ini juga menunjukkan orang yang rapat juga yang menghancur hidup dan kariernya sendiri

The Reader

The Reader


Sebuah filem adaptasi novel Jerman,  yang saya rasakan hebat dan menarik perhatian saya untuk menonton hingga habis. Lakonan kate Winslet tidak mengecewakan sejak saya mengenalinya melalui filem Titanic. Filem ini berkisarkan hubungan lelaki muda lakonan lelaki German, David Kross dengan wanita berusia. Hubungan ini antara lelaki berusia 15 tahun dengan wanita berusia 36 tahun yang berlanjutan sehingga hubungan seks. Hanna gemarkan  Michael membaca buku untuknya. pelbagai buku cerita dan Sastera. kisah antara pendengar dan pembaca buku cerita.


 Hubungan pada musim panas itu berakhir apabila Hanna menghilangkan diri secara tiba-tiba. 1966, Michael melanjutkan pengajian Undang-undang di Universiti Heidelberg. Michael dikehendaki menyertai  sebahagian seminar Khas untuk satu kes  beberapa wanita dituduh membiarkan 300 wanita Yahudi mati di dalam gereja yang terbakar.Michael terkejut melihat bahawa Hanna adalah salah seorang defendan. Ternyata Hanna meninggalkan Michael pergi dari Berlin dan kemudian bekerja sebagai anggota SS yang ditugaskan di Kamp Konsentrasi Yahudi di Auschwtz sebagai penjaga Tahanan Nazi.

Daripada setiap saksi yang di dalam mahkmah untuk membuktikan Hanna bersalah, barulah Michael  rahsia Hanna: dia buta huruf, satu fakta dia telah menyembunyikan sepanjang hidupnya.  Hanna menerima hukuman penjara seumur hidup.  Sementara itu, Michael lakonan Ralph Fiennes telah  berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan,  Julia dan turut mengalami perceraian.

Michael mendapatkan semula buku-bukunya dari zaman Hanna dan dia, dia mula membacanya ke perakam pita, yang kemudiannya diposkan kepada kepada Hanna. Hanna mula meminjam buku dari perpustakaan penjara dan mengajar dirinya membaca dan menulis dengan mengikuti bersama-sama dengan pita Michael. Hanna mula menulis surat kepada Michael, yang pertama secara ringkas, nota seperti kanak-kanak, dan seiring dengan berjalannya waktu, suratnya mencerminkan secara bertahapnya meningkatkan celik huruf.

Pada tahun 1988, Pegawai Penjara lakonan Linda Bassett  menghubungi Michael untuk mendapatkan bantuan untuk Hanna keluar dari penjara lebih awal di atas sikap baiknya. hanna banyak berubah  dengan peralihan Hanna ke dalam masyarakat selepas pelepasan awalnya untuk kelakuan yang baik.

Namun pengakhirannya agak menyedihkan. Filem ini mengajar erti kemanusiaan bukan Nazi semata-mata. Hubungan sulit yang dirasakan hubungan romantis yang sulit untuk diperkatakan. Michael benar-benar menghargai wanita yang memperkenalkan cinta dan seks. Dia seorang lelaki muda yang jatuh cinta kepada seorang wanita tua yang rumit, sukar dan mengawalnya. Itulah kisahnya

Daripada filem ini,Academy Awards, BAFTA Awards, Broadcast Film Critics Association, Golden Globe Awards dan  Screen Actors Guild Awards telah mengangkat Kate Winslet sebagai pelakon terbaik.