Saturday, September 9, 2017

The Boy



Filem ini bermula seorang wanita Amerika bernama Greta yang dilakonkan oleh Lauren Cohan mendapat tawaran sebagai pengasuh di England. Dia membuat keputusan meninggalkan Amerika untuk melupakan bekas kekasihnya.
Setiba di rumah agam milik keluarga Heelshire, Greta terkejut bahawa kanak-kanak yang bakal di asuhnya merupaka boneka bernama Brahms berusia dalam lingkungan 8 tahun. Boneka tersebut amat disayangi oleh pasangan suami isteri seperti anak kandung sendiri. Boneka itu seolah-olah hidup bagi pasangan suami isteri itu.

Selain itu muncul satu watak lelaki tampan yang menjadi penghantar barang ke  rumah agam tersebut bernama Malcom yang dilakonkan oleh Rupert Evans. Malcom tertawan dengan Greta dan sedia membantu Greta jika diperlukan.
Misteri dan keresahan Greta bermula apabila pasangan Heelshire mahu bercuti dengan meninggalkan Greta dan Brahms. Puan Heelshire meninggalkan menu dan peraturan untuk Brahms. Maka bermulalah hal-hal aneh yang menimbulkan ketakutan dan pertanyaan Greta. Setiap kali terpandang potret  keluarga, seperti mahu memberitahu sesuatu. Greta terganggu apabila dia di kunci dalam loteng, sedangkan dalam rumah agam itu hanya dia dan patung itu sahaja. Kemudian dia merasakan ada pergerakan seseorang dalam rumah sehingga dia merasakan Brahms, patung berhantu yang memiliki roh. 


Greta mula mencungkil rahsia demi rahsia tentang keluarga Heelshare yang sebenarnya kehilangana nak lelakinya yang amti akibat kebakaran. Oleh keraan tidak boleh menerima kematian itu, pasangan itu membela boneka sebagai anak sendiri. Namun misteri demi misteri memaksa Greta mencungkil dan mencari rahsia yang tersimpan setelah beberapa kali di ganggu

.

Susu Kunyit



Susu kunyit merupakan minuman masyarakat  India yang biasa diamalkan sebelum tidur. Saya mengamalkannya tidak kira waktu dengan menggunakan susu kambing dicampirkan dengan badam yang di tumbuk halus kemudian campurkan air dan satu sudu kunyit serbuk dan didihkan. Kmeudian saya kacaukan dengan satu susu madu. Rasanya sangat sedap.
-Susu kunyit dapat mencegah dan memperlambat perkembangan barah
-Susu kunyit merupakan antioksida yang baik.
-Dalam tradisi Ayuvedic di India, susu kunyit dianggap sebagai pembersih darah.
-Susu kunyit sebagai pembersih racun alami pada hati.
-Membantu mencegah pembentukan lemak pada tubuh,
-Melancarkan pencernaan
-Meredakan sakit kepala
-Menjaga kesihatan jantung
-Mencerah dan menjaga kesihatan kulit.


Sebenarnya banyak lagi manfaat susu kunyit.

Hijabsta ballet



Saya menonton filem ini di Astro Best. Hijabsta ballet jauh sekali dibandingkan dengan Black Swan. Filem ini saya rasakan seperti eksperimen dan cuba menampilkan sesuatu yang luar biasa. Penari ballet bertudung? Itu yang menimbulkan persoalan namun ada keberanian yang cuba ditampilkan. Kita selalu lihat trampilan penari ballet itu bagaimana bukan? Filem ini menarik walaupun menampilkan  muka-muka baru dan di bantu pelakon-pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Arman Graseka dan  Aida Rahim.

Watak Adele Shakiri yang ditampilkan bukannya wanita yang luar biasa perwatakannya. Pada awalnya Adele tersepit antara harapan ibunya dan harapan neneknya. Ibunya berharap Adele menggembangkan sayapnya sebagai penari Ballet yang terkemuka manakala neneknya pula memberi harapan agar tidak melupakan agama dan adat. Biarpun ranting yang tumbuh tidak sama arah tetapi ia tetap dari akar pokok yang sama, itu sebahagian pesanan nenek Adele.

Adele bukannya wanita yang kecewa dalam bercinta tetapi  cuba melawan hukum dengan keberaniannya menunjukkan penari ballet tetap boleh berhijab. Ballet itu adalah hidupnya. Berhijab adalah pegangannya. Tragedi yang menimpa rakannya membuatkan Adele mahu berubah tetapi tetap tidak mahu meninggalkan ballet.

Kedegilan dan keberanian Adele mahu membuat persembahan ballet secara bersendirian seakan mencabar masyarakat dan meresahkan ibubapanya sendiri. Adele berdegil tetap mahu melakukaqn sesuatu agar ballet dan hijab di terima masyarakat. Tindakan Adele juga ditentang oleh golong ekstremis sehinggakan Adele di serang. Di situ kita lihat sikap golongan ekstremis yang sebenarnya tidak menghormati serta memalukan wanita.

Rentetan dari peristiwa itu, Adele di hantar ke Perth bagai mencari ketenangan dan mencari dirinya sendiri. Pengganut Islam dilihat sebagai pengganas begitu juga Adele berhijab berdepan dengan sekelompok Islamphobia. Ketakutan itu menganggu dia untuk bergerak ke mana-mana.


Adele dilakonkan oleh Puteh Maimun Zahra yang merupakan penari ballet profesional.


Selsun Blue

Ini bukan nama filem tapi nama syampu. Sebelum ini saya alami masalah kelumumur yang teruk. Saya berambut tebal dan pendek. Bila musim panas, rambut rasa berair dan kelumur jatuh atas bahu. Bila tiba di rumah saya akan tanggalkan tudung dengan cepat sebab tak tahan gatal dan asyik garu kepala.

Kalau iklan syampu di televisyen, semua syampu yang diiklankan oleh perempuan cantik dan bertudung, saya dah pernah guna tapi satu pun tak sembuhkan kelumumur saya yang semakin menebal. Hinggakan saya minta emak saya  tanggalkan kelumumur yang tebal menggunakan sikat bergigi halus. Bila rambut panjang di paras bahu, saya tak tahan dengan keadaan rambut hinggakan kawan mak saya terperanjat bila melihat rambut pendek saya macam jantan malah saya pernah beritahu mak saya mahu botakkan kepala gara-gara kelumumur, gatal kepala dan berair bila waktu panas terik.

Saya mencuba Selsun Blue atas saranan kawan baik saya. Dia tunjukkan botol biru di satu tempat membeli belah. Botolnya kecil tapi harganya boleh tahan. Saya berkira-kira nak beli juga. Di lain hari, saya tak tahan dengan keadaan rambut saya malah saya bimbang jika berbau bila bertudung, saya pun beli syampu Selsun Blue. Seminggu saya pakai, Alhamdulilah kelumumur hilang dan tak rasa gatal malah tak berair. Saya risau juga kalau adakelumumur ada lagi. saya minta mak saya cari kelumumur yang tebal atas kepala. Mak saya kata, tak jumpa pun kelumumur atas kulit kepala lagi.


Botol ni seklai tengok macam botol pencuci baju. Pertama kali kawan baik saya tunjukkan, saya pandang muka dia dua kali. Dia kata, Iya Ida, syampu ni bagus. Kelumumur boleh hilang. Muka dia serius. Bila dah pakai, Alhamdulilah memang hilang masalah rambut tapi saya sekarang elakkan pakai tudung bila rambut basah. Botolnya pun sebesar 200 ml dan baunya pun wangi malah tak berbuih seperti syampu-syampu lain.