Saturday, April 11, 2015

Rindu Syurga 5

Bab 5

Novel yang baru diterima sengaja dibiarkan di atas meja. Baru senbentar tadi Puan Linda meminta dia membaca novel yang setebal 2 inci itu. Bukan itu sahaja, dia juga diminta membuat ulasan tentang novel bertajuk Black Dream yang mengisahkan kehidupan sebenar penulis tatkala melayarai bahtera alam rumah tangga sehingga tenggelamnya pelayaran yang menyaksikan perpisahan pasangan suami isteri itu. Ulasan novel hebat itu akan disiarkan dalam majalah GAYA sekali dengan Rafail Adam sebagai penghiasa ruangan Lelaki pilihan. Dia tidak mampu menolak. Ingin berkata tidak tetapi dia hanyalah Editor bukannya Ketua Editor.Puan Linda berhak buat keputusan dan dia hanya menuruti arahan.
Lily Sarah bersandar serentak itu satu keluhan berat dilepaskan. Dia terbayang-bayang momen sewaktu dia menjadi isteri kepada Rafail Adam. Sangat indah. Dunia ini seperti ada dia dan Rafail Adam sahaja. Manusia-manusia di sekeliling bagaikan tidak wujud. Rafail Adam melayani dirinya seperti puteri raja. Sentiasa menuruti kehendak kemahuannya. 
Habis kelas Sarjana Komunikasi, dia terus ke kafe York. Mujur tidak ramai orang di kafe  di waktu-waktu begini. Berada di kota raya yang paling sibuk di dunia sudah tidak betah bagi dirinya. Novel karya John Tea dicapai dari dalam beg sandangnya. Dia menyelak-nyelak muka halaman mencari muka surat yang ditandakan dengan penanda buku. Sesekali matanya melirik jam tangan. Pandangan di halakan ke bangunan seberang jalan. Dia sebenarnya gusar walaupun dia tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Rafail Adam tidak mahu pulang terus ke rumah sebaliknya mahu bertemu di sini, tempat pertama dia bertemu. Waktu itu dia menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat penerbitan buku yang menerbitkan novel-novel tulisan Rafail Adam.
“Assalamualaikum!” sapa satu suara garau dari arah belakang.
Bacaannya terus termati dan dia berpaling ke sebelah kanan. Dia seperti mahu menjerit apabila seorang lelaki yang dirindui berbulan-bulan lamanya sedang tersenyum gembira sambil melabuhkan punggung disebelahnya. Lily Sarah terus memeluk lelaki yang bergelar suaminya hampir setahun itu.
            Dia mahu menatap wajah orang yang sudah lama dirinduinya. Hampir 3 bulan dia tidak bertemu hanya Skype dan WhatsApp menjadi penghubung antara mereka berdua.
            “Macam mana dengan travel awak? Okey?” tanya Lily Sarah tidak sabar-sabar lagi. Dia faham benar tabuat suaminya yang suka mengembara sambil menyiapkan novel itu. Rafail Adam bukan jenis lelaki yang hanya duduk di depan laptop tetapi lelaki  persis James Mc Avoy akan bergerak ke mana yang dia sukai tetapi laptop dan buku nota sentiasa bersama.
            “Itulah saya ajak awak bercuti ke Pulau Redang awak tolak. Saya sempat ke KL. Saya sendiri ke flat lama awak tu. Tak ada orang dah. Tinggal rumah kosong saja” terang Rafail Adam.
            Wajah Lily Sarah berubah. Dia juga terkejut. Ke manakah perginya ibu saudara dan sepupunya itu? Sudah meninggal duniakah? Mungkin sudah berpindah ke tempat lain.
            “Tapi saya ada ambil gambar-gambar rumah lama makcik awak tu” Rafail Adam mengeluarkan kamera Nikon. Dia menekan butang. Beberapa minit kemudian dia menunjukkan gambar-gambar rumah lama yang pernah didiami oleh isterinya suatu ketika dulu. Rumah itu sangat kotor, berhabuk dan kusam. Banyak barang-barang tinggal begitu sahaja malahan  bahagian tandas meninggalkan kesau bau yang kurang meyenangkan. Dia tidak menyangka yang isterinya pernah menjadi penghuni flat dipinggir ibu kota Kuala Lumpur.
            “Kita di dunia ini sama saja sayang. Kita sama-sama anak yatim tapi awak masih ada ibu saudara dan saya tidak. saya tidak tahu asal usul saya. Rafail Adam bin Abdullah” Rafail Adam menggapai tangan isterinya. Dia tahu status dirinya. Barangkali dia anak terbuang. Mungkin anak yang lahir dari hubungan terlarang. Lantaran hubunganna semakin jauh dengan Lily sarah, dia mahukan hubungan yangs ah dengan wanita yang dicintainya. Diterima atau tidak, dia tidak peduli. Dia mahu membina keluarga yang sudah lama dia inginkan.
Rafail Adam tahu setiap detik perjalanan isterinya penuh derita dan sengsara. Begitu juga dengan dia yang pernah membesar dibawah tanggungan keluarga angkat. Dia sendiri tidak menyangka dia menjadi mangsa nafsu buas abang angkat sehinggalah abang abang angkat yang ;pernah disayangi dan dihormati disumbat ke dalam penjara dan dia dihantar semula ke rumaa anak-anak yatim.
            Lily Sarah memandang wajah suaminya, “Saya Cuma ada awak sayang. Takkan awak tak tahu saya dibuang oleh Mak long” nada suara Lily sarah berubah menjadi sedih. Rafail Adam membawa kepala isterinya ke bahunya.
            Rafail Adam terdiam seketika. Perkahwinan dia dan Lily sarah tidak direstui. Akibat keterlanjuran, dia dan Lily Sarah mengambil keputusan untuk bernikah. Dia tidak mahu menunggu lama lagi. Saat  cinta membara ketika itu, dia yakin dia dan Lily Sarah akan melakukan benda yang sama berulangkali. Nafsu mengatasi segala-galanya. Datuk rahmah menolak kehadiran Rafail Adam hanya kerana tidak tahu asal usul Rafail Adam. Dia tahu Rafail Adam bukan lelaki Melayu sepenuhnya tetapi menghabiskan separuh hidupnya di Kota raya yang paling sibuk di dunia.
            “Cik Lily Sarah!” satu suara mengejutkan dia dari lamunan. Dia melihat Puan Linda muncul lagi di dalam biliknya dengan wajah begitu gembira sekali, seperti orang menang loteri!
            “ Saya baru sahaja berbual dengan Rafail Adam!” Puan Linda sedikit menjerit kegembiraan.
            Lily Sarah sudah menahan sesak di dada.