2018
Astro Boo
Adopt a Highway
2019
Hereditary
2018
Permulaan filem ini sebenarnya perlahan. Annie yang kehilangan ibunya. Meskipun, beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya dia alami kemurungan sehingga menyertai support group untuk menghilangkan rasa sedih dan bersalah beliau.
Hubungan Annie dengan Peter lakonan Alex Wolff, anak lelakinya juga tidak baik. Kematian tragis Charlie memberi kesan kepada keluarga Annie dan Steve. Hubungan Annie dan anak lelakinya, Peter dingin kerana kecuaian Peter punca kematian Charlie.
Shadow in The Cloud
2020Assalamuaalikum
Sebelum PKP diperketatkan semula, saya rajin juga Jalan-Jalan Cari Makan di sekitar bandar Melaka sahajalah. Tak jauh ke mana pun. Lagipun saya malas nak merentas negeri sewaktu PKPK mahupun PKPB jadi banyak habiskan masa di Melaka.
Gara-gara saya letakkan gambar makanan di atas di dalam Facebook, ramai yang komen dan whatsApp saya bertanyakan makanan di atas, cendol dan kuet teow lembap. Kedainya antara kedai kegemaran saya jugalah. Kedainya bernama Kedai Cendol dan Putu Piring Alai. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Bukan sekadar ada cendol dan makanan panas tetapi ada pisang goreng, kuih-muih dan sebagainya. Cendol pun banyak pilihan selain kacang.
Lokasinya? Di Alai. Okeylah kalau dari Bandar Melaka, kedainya tepi jalan sebelah kiri selepas Masjid Alai dan sebelum lampu isyarat yang tak lebih 100 meter dari kedai tersebut
Assalamualaikum
Selamat tahun baru semua! Alhamdulilah pada tahun baru ini, saya sudah ke angka 40 tahun. Syukur walaupun makin berusia tapi ini rezeki dipanjangkan ke usia ini. Bagi saya tak semua dapat tiba ke angka 40 tahun. Bagi saya 40 tahun ini adalah pra persiapan untuk berehat dan mempersiapkan diri untukNya dan juga bersiap sedia untuk bersara, mungkin! Saya bersara pada usia 60 tahun maka ada lagi 20 tahun untuk saya berkhidmat. Bagi kakitangan awam, bila tiba ke final iaitu pencen, ianya adalah kejayaan. Iya kejayaan dapat berkhidmat kepada kerajaan. Teringat pertama kali mengangkat aku janji pada usia 27 tahun. Insha Allah moga dipermudahkan untuk saya. Bagi yang ada anak, usia 40 tahun ini tumpu pada keluarga terutama anak-anak yang semakin dewasa. Pada usia begini, rata-rata sahabat saya sudah ada anak peringkat usia remaja. Ini cabaran buat mereka. Bak kata mereka pun jaga anak masa bayi dan kanak-kanak lebih senang berbanding remaja yang menuju dewasa.
Pada usia begini, ramai beranggapan saya sudah rasa asam garam kehidupan. Iya benar. Pengalaman belajar dan bekerja di luar Melaka, bertemu dengan pelbagai ragam manusia, kekecewaan, dan sebagainya namun itulah pengalaman yang menjadi guru kita sebenarnya. Dari situ kita belajar mengenal kelemahan dan kelebihan diri kita.
Pada hari pertama 1 Januari 2021, pertemuan sahabat-sahabat lama yang saya kenal sejak sekolah malahan ada yang saya kenal sejak alam kanak-kanak lagi. Mereka ini saya kenal lebih dari 30 tahun. Subhanallah! Persahabatan dalam usia yang panjang juga rezeki buat saya. Dengan mereka ini ada yang pernah berkecil hati, bergaduh, tidak bertemu, terpisah jauh dan sebagainya namun Alhamdulilah bila dapat berkumpul begini, terimbas setiap momen yang lalu. Manakan tidak, pernah bersekolah sama dengan mereka malah sekelas lagi. Sejujurnya sudah saling mengenali sikap dan tabiat mereka semua ini. Miliki sahabat yang baik sebegini adalah anugerah buat saya dan semoga kami saling menyokong antara satu sama lain. Insha Allah.