Saturday, November 20, 2010

Sand Chronicles


Salam
Filem ini diadaptasikan dari sebuah komik Jepun yang popular. Filem ini mengisahkan Ann yang mengikut ibunya pulang ke kampung di sebuhg pekan kecil bernama Shimane. Ibu Ann seorang yang kecewa dengan hidupnya dan mudah tertekan serta mengalah setelah ditinggalkan oleh suaminya. Ann merasa terlalu sedih dan kecewa dengan kematian ibunya. Dia mula rasa tidak byakin dengan diri, lemah, perahsia dan keliru dnegan hidupnya serta tertanya - tanya kenapa ibunya sanggup meninggalkan dirinya.
Ann berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daigo,yang mula menyintai dirinya dan mahu mengubah hidup Ann agar menjadi lebih baik dan mahu Ann melupakan kisah kematian ibu Ann yang tragis itu. dalam masa yangs ama Ann turut dicintai oleh Fuji dan Daigo turut dicintai oleh adik Fuji iaitu, Shika.
Ann yang mudah rasa tertekan, kecewa dan sedih seorang yang tidak tahu membuat keputusan dan sering terburu - buru. Dia meninggalkan Daigo tetapi bila berjauhan Ann merasakan rindu pada Daigo dan dia akan ke Shimane untuk menemui Daigo.
Bila Fuji hilang kerana ditumbuk olah Daigo yang merupakan ahli judo, Ann rasa bersalah dan ketakutan jika Fuji mati kerana dirinya. Daigo memberitahu Ann yang Fuji akan npulang tetapi Ann tidak percaya dan mula berfikiran negatif. Dia pulang ke Tokyo dan menemui Fuji. Ann rasa bersalah pulang ke Shimane tetapi dia masih keliru adakah dia benar - benar menyintai Daigo dan membuat keputusan untuk pulang ke Tokyo.
Sepuluh tahun kemudian Ann pulang ke Shimane bersama tunangnya dan Daigo memulangkan kembali 'Sand Chronicles'yang pernah diserahkan oleh Ann kepadanya

No comments: