Saturday, October 28, 2017

Thor: Ragnarok



Menonton Thor: Ragnarok saya lihat begitu berbeza dengan filem-filem Thor sebelum ini. Saya sendiri tertanya, ini ke filem Thor? Watak Loki pula walaupun ada muslihat namun banyak membantu Thor. Watak Hela adalah yang paling menakjubkan. Saya suka lihat dan gayanya yang seksi sewaktu menukar diri. Cate Blanchett memang  boleh pegang apa saja watak jika kita ikuti setiap filem-filem lakonannya.

Filem-fielm Thor kali ini dilihat lebih ringan dan santai serta lucu sehinggakan boleh membuatkan penonton terbahak-bahak. Malahan latar filem ini dilihat begitu warna warni dan ceria. Saya terpesona juga melihat pertarungan  Thor, Hulk, Loki dengan hela yang dilihat macam ala-ala teater muzikal yang siap ada latar muzik. Menarik sebenarnya.

Saya sukakan babak pertarungan Thor dan Hulk yang dilihatkan begitu epic sekali. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau geng-geng Avengers ada sama, pasti mereka keliru mahu membantu yang mana satu atau bagaimana mahu menghentikan petarungan tersebut.


Thor: Ragnarok berbeza namun boleh di terima walaupun teruk tetapi boleh di tonton. 3/5 bintang!

Tombiruo




Saya baca novel ini sudah lama. Saya pun hampir lupa jalan ceritanya bagaimana dalam novel tetapi saya masih ingat watak utamanya iaitu Ejim, Amirudin dan wan Suraya. Bila menonton filem Tombiruo di pawagam MBO, Melaka Mall, jalan ceritanya agak menyimpang dari novel. Ya hendak memuatkan jalan cerita asalnya dalam bentuk visual selama dua jam lebih mungkin mustahil tetapi saya menonton layar peraknya, saya boleh terima dan berpuas hati  sebagai pemuja Ejim dari awal buku pertama hingga ke buku ketiganya.

Bila menonton filemnya, saya sukakan sinematografi. Rakyat Sanah sepatutnya bukan sahaja berbagga dengan hutan belantara yang tebal tetap Tumbiruo, penunggu hutan yang begitu misteri dan dikatakan dewa Hutan.

Bagi saya watak dalam filem Tombiruo sangat menyerlah sehinggakan saya tidak tahu Zul Ariffin memegang watak Tombiruo. Saya sukakan watak Ondu yang begitu bersahaja dan lucu. Aksi pertarungan antara Ejim dan Amirudin juga menarik. Selain itu suara wanita tua ataupun Bobolian  yang bergetayangan di langit memberitahu Ejim dan Amirudin adalah saudara kembar di lihat begitu luar biasa sekali.


Jika ada sekuel kedua Tombiruo, harap watak Ejim dan Amirudin lebih menarik. 3/5 bintang