Saturday, May 28, 2011

You Did What

Salam

Zaman sekarang kahwin lewat dan ada yang takut nak kahwin pun ada pada zaman sekarang. Barangkali ada yang tidak mampu memberikan komitmen gara - gara obses terhadap kerja dan memerlukan wang yang lebih lebih - lebih lagi pada zaman yang ekonominya membuatkan amsyarakat pening kepala. Barang  - barang dan minyak naik membuatkan pengguna berfikir dua kali untuk mendirikan amsjid. lelaki yang bimbang selalu akan berkata, " Apalah aku nak bagi anak orang makan? takkan nak bagi makan pasir atau batu? Sekarang ekonomi tidak membantu pengguna". Bagi kaum perempuan pula, memnag ada yang hendak berkahwin dan ada juga yang tidak. Masing - masing ada persepsi tersendiri.
Bagi filem You Did What mengisahkan Charlie yang bercinta lama dengan Ashley sehingga duduk serumah masih belum bersedia untuk berkahwin sedangkan Asley sudah lama memberi hint agar dia dilamar oleh Charlie. Mereka berdua sellau bertengkar dan akan berbaik semula kerana sedar mereka tidak mampu berpisah. 
Manakala adik Charlie, Greg pula mahu berkahwin dan jatuh cinta dengan ekkaishnya hanya dalam satu hari sahaja membuatkan Charlie terfikir adakah Greg main - main atau serius. pada Charlie, Greg belum betul - betul mengenali teman wanitanya.
Sehinggalah suatu hari, Asley telah menelefon ayahnya memberitahu yang Charle dan dia akan bertunang. Charlie yang mendapat berasa amat marah dengan tindakan Ashley.
Ashley membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibubapanya. Charlie mencari Asley untuk meminta maaf tetapi dihalau oleh bapa Ashley.


Sagu hati sumber Inspirasi

Salam
Kiri: Ketua IPM, ketua IKSEP, Ketua Menteri Melaka, Senator dan pengarah DBPWS

Saya dibarisan nombor dua, di kiri sekali

Pada 26 Mei 2011 saya dan emak ditemani sahabat baik emak saya, Makcik Timah. meskipun agak terlewat saya rasa majlis akan dimula lambat. Sebaik sahaja tiba di perpustam, saya melihat ebgitu ramai manusia maklumlah majlis yang diadakan adalah peringkat negeri melaka. saya benar - benar teruja. walaupun sekadar mengutip sagu hati saya amat berpuas hati. Setiap kali masuk pertandingan penulisan, saya memang ada tempat. tempat yang paling baik pun tempat nombor tiga dan paling bertuah pun tempat saguhati. Sejujurnya saya mahu bertemu dnegan teman - teman penulis kelahiran negeri Melaka dan juga ahli - ahli IPM.
Saya mengambil tempat yang dikhaskan. Kiri saya adalah seorang wnaita berusia 40-an bergelar guru dan sebelah kanan saya adalah seorang Jurutera yang juga dalam lingkungan usia 40-an. Sesekali kami bernorak mengenai dunia penulisan.
Sementara menanti kedatangan ketua Menteri Melaka, kami dihiburkan dengan deklamasi sajak.
Sebaik sahaja KM sampai, kami pun berdiri menyanyikan lagu negaraku, Melaka Jaya dan lagu Melaka Maju.
Ucapan dimulakan dengan ketua IPM iaitu Hj Mokhtar Yassin diikuti dengan ucapan KM yang banyak memberi semangat dan inpirasi agar terus menulis. Memudian Pengarah DBDPWS mengulas mengenai pemilihan pemenang. cerpen yang diterima adalahs ebanyak 88 buah dan puisi sebanyak 103 buah. Pemilihan dipilih mengikut tema, teknik penulisan, dan sebagainya. walaupun kalau dilihat cerpen dan puisi itu kelihatan biasa namun ia ada mutu dan kualiti jika dikaji. Persoalan dan tema yang banyak diterima adalah cinta. Namun pengarah menengaskan persoalan intelektual harus dikukuhkan.
Pada saya, persoalan cinta adalah persoalan yang murah sangat. Sejujurnya saya tidak berminat dnegan cerpen berunsur cinta melainkan novel cinta yang banyak menggarap persoalan lain selain cinta. jadi untuk menghasilkan cerpen, banyak perkara yang harus dikaji. Begitu juga dengan puisi yang menilai dari segi metafora, perlambangan, diksi dan sebagainya.
Seterusnya Km merasmikan buku antologi bertajuk Ombak dan pantai yang memeuatkan hasil - hasil tulisan anak - anak negeri Melaka yang menganggotai IPM.
saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada pensyarah UPM saya iaitu, Prof madya Arbak Othman, yang mengajar saya subjek Fonetik dan Fonologi di UPM. Rupa - ruoanya beliau adalah anak kelahiran Merlimau, orang kampung saya rupanya. saya selalu terjumpa puisi Prof Madya Arbak di majalah - majalah terbitan DBP
Sesi penyampain hadiah dijalankan. Tamat sahaja sesi penyampaian, saya, emak dan kawan emak menjamu selera mi goreng dan nasi impit bersama kari ayam. Yummy! memang sedap. saya bertambah dua kali hehehheheh.
Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tuan  Razali Endun kerana mengepos borang sayembara cerpen dan puisi, menghadiahi saya buku tulisan beliau bertajuk Ranum dan juga borang menjadi ahli IPM. Teri ma Kasih banyak - banyak

Brosur

Sijil

Buku Ombak dan Pantai yang dirasmikan oleh KM dan kiri kanan tu adalah tulsian pelajar - pelajar sekolah dari Melaka dan Johor

Sunday, May 22, 2011

John F. Kennedy, Jr

Salam ahad,

Perkahwinan dan percintaan dibawa hingga ke mati

Sebenarnya saya dah lama nak menulis tentang John F Kennedy. Pertama saya melihat beliau di kaca televisten sewatu Farewell Oprah Winfrey Show di Diva Channel. Pertama kali meliat beliau, saya kata kacaknya lelaki ni. saya tengok Oprah pun begitu teruja menembual beliau. Okeylah sesi menemuramah yang dilakukan kepada John pada tahun pada tahun 1996. John bukan sahaja Peguam tetapi seorang Juruterbang, dan juga penerbit majalah.
Dalam rancangan Oprah, lelaki pujaan Amerika ini begitu kelihatan tenang dan hanya tersneyum meskipun baru kehilangan ibu tercinta pada ketika itu. John juga merupakan sepupu kepada bekas isteri Arnold Schwarzenegger.
Dalam rancangan tahun 1996 itu banyak menyentuh tentang dirinya, keluarganya, penglibatan dalam politik, tentang zaman kecil dan juga tentang mendiang ayahnya. Oprah sedikit pun tidak menyentuh kisah cinta John sedangkan penonton di dalam rancangan tidak sabar - sabar mahu mengetahuinya. Rupa - rupanya beberapa minggu selepas ditemuramah oleh Oprah Winfrey, John F kennedy Jr melangsungkan perkahwinannya dengan teman wanitanya, Carolyn Jeanne Bessette-Kennedy disbeuah pulau secara rahsia iaitu Pulau Cumberland, Georgia
Oprah juga mengimbas kembali dalam Farewell betapa beliau sedih akan kematian John F Kennedy Jr. John, isteri dan kakak iparnya dilaporkan hilang sewaktu kapal yang dinaiki oleh mereka bertiga terhempas di laut. Tragedi tragis ini berlaku pada tahun 1999. Mahu lebih lanjung tentang beliau, klik John F. Kennedy, Jr


Saturday, May 21, 2011

Ranum

Assalammualaikum



Kali ni saya nak cerita pasal sebuah buku antologi yang memuatkan cerpen - cerpen tulisan Razali Endun.  bagaimana saya dapatkan buku ni? Begini pertama kali saya dapat tahu tentang pertandingan sayembara menulis cerpen dan puisi, saya bergegas menghantar email kepada Tuan Razali. Saya masa tu amat berminat mahu menyertai pertandingan penulisan tersebut. Sebab dah lama saya nantikan pertandingan untuk anak watan negeri Melaka. alhamdulilah Tuan Razali membalas email dan sedia mengepos borang penyertaan dan borang menjadi ahli IPM. Masa saya terima borang, Tuan Razali turut menghadiahkan buku tersebut yang bertajuk Ranum. terima kaish banyak - banyak dan moga Tuan Razali terus bekarya
Okeylah berbalik kepada buku Ranum. Sejujurnya cerpen - cerpen di dalamnya memang best sangat. saya baca berulang - ulang kali terutamanya cerpen Ranum dan Meon Shomaker. Kesemua cerpen tulisan beliau adalah yang pernah tersiar di akhbar dan juga di majalah

Keputusan Penuh Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak 2011 Anjuran IPM dan DBPWS


Alhamdulilah, minggu lepas aku balik rumah sekejap. walaupun emak dan ayah ke Kelantan dan terengganu dan masa yang sama rumah aku sedang dalam proses ubahsuai, aku tetap balik rumah untuk memeriksa surat menyurat. Aku tahu abang mat akan menyimpan surat - surat ke dalam rumah. tapi masa balik rumah tu, aku ada nampak sekeping kas pos laju yang bertulis nama aku. Aku terfikir ada barang apa lagi? Sebab aku dah tak membeli barang - barang melalui internet. Jadi aku ni jenis tak menyabau , aku terus ke pejabat pos merlimau. Aku berdebar - debar. Di dalam hati aku harap sangat ada berita yang menggembirakan.
Posmen pun mneyerahkan satu surat separuh kertas A4 yang ada lambang DBP. Aku ambil dan terus buka isi surat di dalam pejabat pos juga. Taraaa aku membaca dengan penuh gembira dan ada rasa terkejut. alhamdulilah, akhirnya aku dapat juga tempat dalam pertandingan Sayembara menulis Cerpen dan sajak anjuran IPM dan DBPWS.  walaupun sekadar saguhati. Aku bersyukur sangat. Aku sedar setiap kali pertandingan menulis, aku memang ada tempat untuk sagu hati. paling baik pun aku pernah dapat tempat ketiga. Tidak mengapalah perjalanan aku untuk menulis masih panjang. Rezeki menulis ada di mana - mana. Aku pun dah jadi ahli IPM dan kelab Purnama, DBP
Sejujurnya aku tak pernah dapat bimbingan darimana bengkel penulisan cerpen melainkan penulisan puisi di RTM Melaka.
kalau nak tahu senarai nama pememang yang lain sila ke Razali Endun
Tapi aku pun tak sangka sebab Pensyarah UPM aku pun ada menang tapi dalam penulisan puisi. iaitu Dr Arbak Othman, rupa - rupanya dia orang Kampung Sebatu, Merlimau
Esoknya aku terus mohon cuti untuk aku menghadiri penyampaian hadiah sayembara yang akan di adakan di Perpustakaan Awam Melaka pada 26 Mei, hari Khamis.

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu



Selamat hari Ibu kepada emak saya, Puan Hajah Puziyah Din. Ida sayangkan emak

Tuesday, May 3, 2011

Roti Cicah Susu

Novel ini sudah lama saya beli dan saya masih  gigih menghabiskannya...kisah yang menarik dan saya akan kisahkan di blog ini bila saya habis membacanya. pengarang novel ini adalah Liza Nur

Taylor Swift - Love Story