Friday, January 27, 2017

Makan-makan di Johnny's


Taraaaa kali ini makan tengahari bersama geng kaki makan. memang kami bertiga suka makan. Kami bertiga ialah saya, Ketty dan Kak Hamidah. rancang makan di Johnny's. Sebelum ini saya selalu makan makanan bergoreng saja di Johnny's. Kali ini mungkin sangat lapar saya pun order  makann bersup dan bergoreng.  Alhamdulilah, ini rezeki namanya!

Tuesday, January 24, 2017

Kuih Chara

Assalamualaikum,

sebenarnya sudah lama saya teringin nak belajar buat kuih Chara, antara kuih tradisional yang sangat sedap malah antara kuih kegemaran saya juga.

kebetulan di kelas PPKI(P) ada subjek Kemahiran Hidup, gurunya mengajar buat kuih Chara kepada murid-murid, saya pun tumpang belajar sekali. bahannya tidak banyak sangattetapi mudah untuk memasaknya.

Resipinya

Bahan-bahan untuk inti

- 300g dagimg atau ayam kisar
- 2 sudu besar
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- sedikit lada putih atau lada sulah

bahan-bahan untuk hiasan atas
- 2 biji cili merah, hiris halus
- bawang goreng
- daun bawang
- daun sup

Bahan-bahan untuk adunan
- 2 cawan tepung gandun
- 2 biji telur
- 4 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil pewarna kuning


-Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
-Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan dahing  bersama ladah sulah dan kiub ayam dan kacau sehingga keringa ir.
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Cara-cara untuk adunan kuih Chara

- Bancuh smeua bahan adunan kuih chara dan kacau hingga sebati. tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Boleh bancuh dalam blender.
-Panaskan loyang kuih chara dan sapukan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan letakkan inti di atasnya. kemudian tabur dengan hirisna cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- Tutup loyang dengan penutup atau tudung periuk.
- masal selama 3-4 minit di atas api perlahan.



Friday, January 13, 2017

Promosi kenny Roger's

Assalamualaikum

Hari Jumaat waktu kerja kawan-kawan ajak makan di Kenny Roger's, AEOn Ayer Keroh sempena promosi e-kupon kenny Roger's. Ini pertama kali rasa ayam kenny Roger's


Tuesday, January 3, 2017

Room

Filem di adaptasi dari sebuah novel dengan tajuk yang sama iaitu room Berkisarkan ibu dan anak yang duduk satu bilik yang sempit. Anak kecil yang berusia berkongsi pelbagai perkara dengan ibunya yang berusia 24 tahun. Setiap pagi, bangun dari tidur dia memandang satu tingkap yang terletak di siling. Jack terlalu ingin tahu apa yang ada di luar. Si ibu akan menceritakan tentang dunia nyata. Si anak tidak tahu bahawa ibunya adalah mangsa culik dan ditempatkan di bilik ini selama 7 tahun!