Friday, February 3, 2017

Buletin Jendela Selatan

Alhamdulilah. Baru terima Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2016. 3 tulisan saya tersiar. Ulasan buku bertajuk Cinta Di Taman Mimpi dan 2 buletin bertajuk Karya Indie Merancu Bahasa dan Pembugaran Cerpen Bersama SM Zaki

Ulasan novel; Cinta Di Taman Mimpi akan saya siarkan di blog pada kemudian hari. Mengenai karya Indie mRancu Bahasa pula ia lebih ke bentuk forum yang telah berlangsung pada tahun lepas sempena Bulan bahasa kebangsaan. panel terdiri daripada Hafizz Latif, Aisa Linglung, Rozninah Azib dan moderatornya ialah AJK Editor iaitu Encik Mohammed Nasser

Mankala Pembugaran Cerpen bersama SM Zakir telah berlangsung pada bulan November di Kem Modal Insan Sungai Rambai anjuran Ikatan Persuratan Melayu.



Barang LAZADA!


Sebenarnya dah lama inginkan barang dalam gambar ini sejak tahun lepas. Hujung januari saya pun order di LAZADA. dapat barang ini pada 2 Februari 2017. Dapat barang ini dalam bentuk kotak. Alamak, pasti kena pasang sendiri

malam itu juga saya bersengkang mata pasang barang ini hingga 2 pagi lebih! fuh, siap juga akhirnya!