Monday, July 24, 2017

Gadis Kopi

Bab 1




Dia berhenti menaip. Cermin mata ditanggalkan lantas bangkit dari kerusi menuju ke jendela separuh terbuka. Cuaca di luar panas terik. Bandar ini Agak jauh dari Bandar Metropolitan. Menariknya bandar ini penuh dengan kemudahan dan infrastruktur yang lemgkap. Sebelum dia membuat keputusan pindah ke sini, dia sempat mencari maklumat dan mengkaji. Bandar ini dulu Bandar koboi yang hidup segan mati tak mahu. Melalui Pilihanraya umum, lahirnya seorang pemimpin muda dan berbakat. Bandar koboi ini di maju dan di ubah menjadi lebih baik. Banyak pembangunan dibangunkan sejajar dengan sekolah serta pusat pengajian tinggi. Kedudukan rumah kediaman di baik pulih agar lebih tersusun, sungai-sungai yang ada dibaik pulih agar lebih jernih dan tidak lagi berbau. Menariknya kadar jenayah juga rendah.pendatang asing juga tidak sewenang-wenangnya masuk ke Bandar ini tanpa pengawasan. Banyak kafe ala-ala hipster dan vendor dibangunkan oleh anak-anak muda. Tiada pekerja asing seperti Indonesia, Bangla, Nepal mahupun Indonesia. Bandar ini seakan di pelihara dan di jaga rapi oleh pemimpinnya. Bandar ini di penuhi anak-anak muda yang kebanyakkanya terdiri daripa pelajar-pelajar IPT.
Saat ini bukan minuman sejuk yang diperlukan. Secawan kopi hangat dirasakan sudah cukup buat dirinya. Dia merapati ke jendela. Sebuah kafe kopi menggamit perasaannya. Dia masih belum ke situ. Khabarnya pemilik kafe tersebut adalah seorang lelaki tampan. Itu kata kak Melah, jiran sebelah yang selalu menyapa ketika bertembung. Berkali-kali nama Aridi di sebutnya. Mungkin kak melah sudah terpaut agaknya. Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak bertemu wanita beranak tiga itu. Dia rimas bertemu dengan orang yang terlalu ramah dan sibuk bertanya itu ini. Bila berbual, macam-macam di tanyanya. Baiknya kak Melah selalu hantar lauk atau kuih muih kepadanya. Mahu tak mahu terpaksa juga dia berbudi bahasa dengan kak Melah.Di Bandar separuh membangun ini, dia membawa diri. Keputusannya tepat setelah 5 tahun berada di UK menyiapkan sarjana komunikasi. Dia tidak mahu terus pulang ke kampung halaman sebaliknya dia terus ke sini mencari apartment kosong untuk di diami. Umi bising akan kedegilannya. Babah hanya redha dengan keputusannya. Dia tidak mahu terus berada di rumah ibubapanya. Biarlah dia membina hidup baru di tempat lain. Tempat yang dia tidak di kenali langsung. 5 tahun ke luar Negara, sedikit sebanyak dapat mengubah perasaan dan hidupnya.Saat dia mencapai cardigan, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat nombor yang biasa di jawabnya.

         “Ya, baik. Dalam minggu ini saya akan hantar. Jangan risau. Bayaran saya bagaimana? Baik. Ada lagi buku-buku yang saya terjemahkan? Baik. Terima kasih”Talian dimatikan. Dia tersenyum puas. Dia lega. Ada beberapa buah buku akan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Inilah tugas sehariannya yang meruapakan kerja tetap. Tiada benda lain yang boleh dilakukan selain membaca dan menulis.Baru dia hendak mencapai kunci rumah, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Nombor yang tertera tiada dalam simpanan. Dahinya berkerut. Mahu tak mahu dia menjawab juga.
           “Ya saya. Tulis tentang apa? Boleh. Boleh saja. Tiada masalah. Bayaran? Ohhhh boleh. Nanti emelkan kepada saya. Ya saya tak sangka dapat job ni. Ya saya kan tulis. Terima kasih”
Senyumannya lebar. Dia bersyukur. Nampak gayanya dia semakin sibuk. Dia berharap lebih sibuk. Mengejar deadline dan mencari bahan adalah rutin yang biasa dilakukan sejak universiti lagi.
           “Hai, Arissa!”sapa satu garau dari belakang.

Arissa menoleh. Seorang lelaki tersenyum kepadanya, "Mahu ke mana?"
         "Ohhhhsaya mahu ke Kafe Blog Kopi. Yang kat bawah tu. Macam sedap kopinya"kata Arissa tersenyum. Dia cuba menyenangkan keadaan. Sebenarnya ini kali pertama Doktor muda itu menegurnya. Selalunya mereka berdua hanya membalas senyuman setiap kali bertembung.
          "Jom saya belanja awak minum kopi. Semua kopinya sedap. Ada kopi yang Aridi buat sendiri"
         Arissa terdiam seketika. Dia nak belanja aku? Ini bermakna aku akan duduk semeja dengan dia?
         "Tak sudi ke?"tanya Doktor muda itu lagi.
        "Eh tak!  Bukan macam tu. Doktor tak kerja ke?"
        "Saya cuti hari ni. Nak rehat. Saya baru bangun tidur. Cadang nak minum kopi jugak. Jomlah minum dengan saya" kata Doktor berjambang halus dan bercermin mata tersenyum lebar kepadanya.
         Arissa hanya tersenyum sambil menjungkitkan kedua-dua bahunya.

Brain On Fire



Pernahkah anda tersesat dalam tubuh sendiri? 
Pernahkah anda terperangkap dalam diri sendiri?
Pernahkah anda tidak mampu berfikir dengan sendiri?

Inilah yang di alami oleh Susannah, Wartawan yang memiliki hidup yang baik namun ada sesuatu yang menganggu dirinya. Filem ini di adaptasi dari sebuah novel yang di tulis sendiri oleh Susannah yang mengalaminya sendiri.


Susannah Cahalan, seorang jurnalis yang sedang meningkat naik di media New York Post. Beliau  secara tiba-tiba mengalami perkara aneh tentang dirinya dan mendengar suara-suara. Dalam beberapa minggu kemudian, Susannah Cahalan mengalami masalah mental dan boleh dikategorikan sebagai gila. Ibubapa dan kekasihnya mati akal dengan penyakit yang menimpa Susannah.

Seorang Doktor mula mengkaji dan mendiagnosis penyakit yang dirasakan luar biasa. Akhirnya Doktor tersebut mendapati sebahagian otak Susanah terbakar akibat tindakbalas dari tubuhnya sendiri.

4/5 bintang

Sunday, July 9, 2017

Air Doll




Sebuah filem lakonan Bae Donna dari Korea Selatan sebagai patung seks. Filem Jepun ini bukan filem seks sebaliknya filem berat yang mengangkat kemanusiaan dan kemasyarakatan. Patung seks dihasilkan bagi memenuhi kepuasan seseorang lelaki tetapi dalam filem fantasi ini Nozomi, patung seks yang dijaga, dibelai, disayangi oleh seorang lelaki pertengahan usia iaitu Hideo sebenarnya hidup pada waktu siang.
Nozomi menyelami kehidupan manusia dengan rasa gembira, bergaul dengan masyarakat serta menikmati keindahan muka bumi ini namun sayang dia tidak boleh makan dan minum. Nozomi, patung yang mempunyai hati dan perasaan menjaga seorang lelaki tua yang sakit, bekerja di kedai VCD/CD, gemar melukis dan mengait akhirnya patuh hati dan keceewa.
Taukeh kedai tempat dia bekerja mengambil kesempatan terhadap dirinya, Hideo membeli patung lain setelah dirasakan Nozomi tidak diperlukan. Lebih menyedihkan Nozomi, dia ke tempat patung dihasilkan. Dia dapati patung yang tidak berguna lagi akhirnya dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lebih meluluhkan hati Nozomi, Junichi, lelaki yang disukainya akhirnya mati.
Nozomi, patung yang memiliki impian dan harapan dalam hidupnya.

4.5/5 Bintang. Ada sesiapa yang sudah tonton filem ini?

Spider-Man:Homecoming.


4/5 Bintang.




Bila lelaki comel yang jadi Spiderman merampas perisai Captain America dalam Civil War, saya harap sangat lelaki comel tu dalam Spiderman yang seterusnya.
Tom Holland ada iras Tobey Macguire dan David Mazazou yang jadi Batman dalam Gotham. Sebenarnya bila tonton filem ini kita lupa Tobey Mcguire dan Andrew Garfield juga Spiderman. 
Filem lakonan Tom nampak segar. Tony Stark mendidik Peter jadi penyelamat di kawasan kejiranan tetapi jiwa remaja Peter memberontak mahu menyertai Avenger serta menyelamat atau melindungi sesuatu yang lebih besar namun keinginannya memakan diri sendiri.

Filem ini kelihatan kemas walaupun CGI sangat melampau juga bagi saya. kadang-kadang kelihatan kartun. Bagi saya ini percubaan Tom sebagai Spiderman namun persembahannya tidak mengecewakan. Serius, saya duudk tonton, saya sentiasa tertunggu-tinggu kemunculan Tony Starks yang juga Iron Man. 

Bagi saya bolehlah Tom Holland jadi Spider Man.