Tuesday, September 13, 2016

My Sister’s Keeper



Dengan menggunakan persenyawaan vitro, Anna dibawa sebagai penyelamat kakaknya atas cadangan Doktor Chance yang merawat Kate yang menderita leukemia menerima. Anna bertindak sebagai penyelamat menderma organ yang sesuai, darah dan tisu untuk memastikan kakaknya terus hidup. Keluarganya menjelaskan kepentingan pemindahan organ kepada Anna bagaimana penyakit Kate akan memberi kesan terhadap keluarganya nanti.
            Apabila kate berusia 17 tahun, buah pinggangnya mula gagal berfungsi. Anna yang berusia 13 tahun ketika itu dipaksa oleh ibubapanya mendermakan salah satu buah pinggang kepada kakaknya. Dari situ Anna mula menyedari yang dia akan menjalani kehidupan yang tidak normal. Dia mungkin tidak akan dapat bersukan, berparti, menikmati alcohol atau pada masa akan datang, dia mungkin tidak dapat menjadi seorang ibu.

            Anna menolak dan berleras mahu mengambil tindakan mahkamah agar dia bebas dari perubatan terhadap dirinya. Dia juga mahu mendapatkan hak untuk dirinya sendiri agar tidak dipergunakan. Bapanya, Brian sedar hak dan keutamaan Anna tetapi ibunya Sara lebih bertindak keras dan menguasai hal keluarga. Malah ibunya, Sarah lebih mengutamakan Kate dan berharap Kate dapat terus hidup. Sarah lebih marah dan kecewa dengan tindakan Anna yang telah menghantar notis mahkamah kepadanya. Peguam Campbell Alexander bersetuju untuk membantu Anna. Hakim juga bersteuju untuk meneruskan prosiding apabila beliau terkenangkan anak perempuannya yang telah pergi.
Dengan menggunakan persenyawaan vitro, Anna dibawa sebagai penyelamat kakaknya atas cadangan Doktor Chance yang merawat Kate yang menderita leukemia menerima. Anna bertindak sebagai penyelamat menderma organ yang sesuai, darah dan tisu untuk memastikan kakaknya terus hidup. Keluarganya menjelaskan kepentingan pemindahan organ kepada Anna bagaimana penyakit kate akan memberi kesan terhadap keluarganya nanti.
            Apabila kate berusia 17 tahun, buah pinggangnya mula gagal berfungsi. Anna yang berusia 13 tahun ketika itu dipaksa oleh ibubapanya mendermakan salah satu buah pinggang kepada kakaknya. Dari situ Anna mula menyedari yang dia akan menjalani kehidupan yang tidak normal. Dia mungkin tidak akan dapat bersukan, berparti, menikmati alcohol atau pada masa akan datang, dia mungkin tidak dapat menjadi seorang ibu.
            Anna menolak dan berleras mahu mengambil tindakan mahkamah agar dia bebas dari perubatan terhadap dirinya. Dia juga mahu mendapatkan hak untuk dirinya sendiri agar tidak dipergunakan. Bapanya, Brian sedar hak dan keutamaan Anna tetapi ibunya Sara lebih bertindak keras dan menguasai hal keluarga. Malah ibunya, Sarah lebih mengutamakan Kate dan berharap Kate dapat terus hidup. Sarah lebih marah dan kecewa dengan tindakan Anna yang telah menghantar notis mahkamah kepadanya. Peguam Campbell Alexander bersetuju untuk membantu Anna. Hakim juga bersteuju untuk meneruskan prosiding apabila beliau terkenangkan anak perempuannya yang telah pergi.
Anna bertindak sebagai pencerita dengan mengimbas kembali bagaimana kakaknya Kate bertemu dengan taylor yang juga seorang pesakit barah yang menjalani kimoterapi.  Persahabatan Kate dengan Taylor menjadi pasangan kekasih sehingga Taylor meninggal dunia.
Kate manjalani hidupnya yang kosong dengan melawan penyakitnya yang semakin kritikal. Dia menyedari akan kasih sayang keluarga terutama ibunya. Kate juga dapat merasakan dia menyukarkan kehidupan keluarganya. Ibunya kehilangan kerja, abangnya hilang arah. Kate rasa bersalah dan memberitahu ayah dan abangnya yang dia ingin ke pantai.
Anna menang kes tetapi peguamnya beritahu yang dia juga harus mendengar  arahan dan nasihat ibubapanya.

Sunday, September 11, 2016

Rudy Habibie




Akhirnya dapat juga saya tonton filem ini di Astro Best. Saya tidak berkesempatan tonton di pawagam tempoh hari lantaran kesibukan dan kekangan waktu. Hanung Bramantyo adalah pengarah Indonesia kesukaan saya. 

Saya hanya boleh berikan 4/5 bintang. Ini secara peribadi saya. Lakonan Reza Rahadian memang tidak mengecewakan. Bagi apa saja watak dia mampu membawakannya dengan baik. Saya jatuh cinta dengan lakonannya sewaktu Habibie dan Ainun. Dia mampu menggerakkan tubuh badan mantan Presiden ketiga republik, Prof Dr Ing Bacharudin Jusuf Habibie itu dengan baik sekali. Mimik muka yang bersahaja bagi wajah kacaknya begitu menyerlah sekali. Tiada apa yang mengecewakan bila menonton karakternya.

Bagi menonton sekuel filem ini pula, saya berpuas hati. Filem yang mengembalikan nostalgia lama di Aachen, Jerman awal tahun 60-an yang berkisarkan impian, persahabatan dan percintaan. Dia ingin menjadi mata air bagi cita-cita Indonesia untuk menghasilkan pesawat sendiri suatu hari nanti. Ilona juga tewas dengan cinta Rudy Habibie yang begitu mencintai Indonesia. Rudy Habibie bukan lelaki yang memungkiri janji namun dia berusaha untuk memuaskan hati semua orang. Cintanya kepada Islam begitu kuat sehinggakan ibunya sendiri menemui Ilona agar memahami yang keluarganya amat taat kepada Islam. Ibunya juga bimbang seandai cinta Ilona menggoyahkan iman Rudy Habibie terhadap Islam.

Bagi Rudy Habibie, Islam ada di mana-mana. Dia berani menunaikan solat di mana-mana meskipun berani masuk ke dalam gereja. Perwatakan Rudy Habibie nampak tenang namun dia sanggup memberontak bagi mempertahankan impiannya. malahan dia bertahan dan bergaduh dengan pelajar tentera yang dibiayai kerajaan Indonesia demi cita-citanya. Rudy Habibie juga seorang yang lucu. Rakyat Jerman bagaikan tidak percaya yang Rudy Habibie mampu bercakap dalam bahasa Jerman. keluarga aku orang kanibal dan pernah makan seorang rakyat Jerman  sebab itu aku pandai berbahasa Jerman, begitulah lebih kurang ayat Rudy Habibie sehinggakan ada yang takut mendekatinya. keberaniannya berdepan dengan pelajar senior menggambarkan Rudy Habibie seseorang sanggup mengambil risiko.

Filem ini sesuai ditonton oleh anak-anak muda terutama yang menuntut di IPT dan mengambil watak ini sebagai sumber inspirasi. sSosok ulung ini memberi nafas cinta  tehadap negaranya sendiri.

Sinopsis Cinta 7 Negara


Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi mengambil keputusan untuk mengembara. 7 buah Negara menjadi pilihannya iaitu Indonesia, Australia, Perancis, Singapura, Thailand, Itali dan England. Beliau mengambil keputusan mengembara sambil menyiapkan Ph.D yang hampir siap untuk melengkapkan impian dan menunai impian arwah mama. Dengan menggunakan wang dan jurnal peninggalan arwah mamanya, dia mahu mencari seseorang yang boleh merungkai asal usul dan kisah cinta arwah mamanya. Dia ingin tahu siapa sebenar ayah kandungnya lantaran kebencian papa dan keluarga papa terhadap dirinya. Pengembaraan Lila Suhaili menemukan dia dengan Alamsyahrizal, lelaki keturunan Batavia dari Indonesia yang bekerja sebagai Jurugambar di luar Negara.
            Setiap Negara yang dikunjungi dia akan bertemu dengan Alamsyahrizal secara kebetulan dan manusia-manusia yang memberikan dia semangat dan motivasi agar meneruskan hidup ini meskipun dibenci papa sendiri. Pertemuan dia dengan sahabat Alamsyahrizal iaitu Dr Alex membuatkan dia  terkejut berikutan pertemuan jurnal Kartini Daeng Misbah, wanita keturunan Bugis. Tidak cukup itu, gambar wanita dalam jurnal itu sama dengan potret yang tergantung di rumah nenek Lila Suhaili di Melaka. Malahan neneknya memberitahu Kartini dan Lila Suhaili mempunyai persamaan. Bukan sahaja wajah tetapi sikap degil dan suka memberontak.  Dr Alex ingin menyusuri sejarah keturunan Kartini berikutan percintaan Kartini dengan Partama, pedagang kecil dari  Bukit Tinggi di halang oleh bapa Kartini, Daeng Misbah.  Percintaan Kartini dan Partama bukan sahaja dihalang oleh Daeng Misbah tetapi ada satu keturunan Jawa telah mengenakan sumpahan agar Partama tidak akan bernikah dengan sesiapa lantaran anak keturunan Jawa itu kalah bertarung dengan Partama. Anak keturunan Jawa itu juga menaruh hati kepada Kartini tetapi ditolak Kartini. Dendam anak ketrunan jawa itu membuatkan Kartini tidak bernikah dengan sesiapa sehingga mati.

Kajian Dr Alex melalui jurnal Kartini menemukan keturunan Partama.Namun ada yang lebih mengejutkan keturunan Partama ada kaitan dengan kekasih arwah mamanya dan keluarga Alamsyahrizal. Alamsyahrizal dan Lila Suhaili mencari  keturunan Jawa yang telah mengikat sumpah keturunan Partama berikutan penceraian dan kematian jika lelaki  keturunan Partama bernikah. Namun sesuatu yang telah menghiris hati Lila Suhaili.

Saturday, September 10, 2016

Reunion: Ladies Talk


Before We Go



Sewaktu Nick memainkan alat muziknya di dalam kawasan tren, dia terpandang seorang wanita tercicir telefon bimbit namun wanita yang cuba mengejar tren tidak menyedarinya. Wanita itu kecewa kerana terlewat hanya beberapa minit sahaja. Nick memulangkan telefon bimbit kepada wanita tersebut, Brooke. Dia memberitahu dia juga kehilangan beg tangan.  Nick membantu wanita itu untuk pulang dengan menggunakan kad kredit tapi  kad kredit itu tidak berfungsi. Nick cuba mahu menghubungi rakannya untuk meminta bantuan tetapi sudah kehabisan bateri. Nick menawarkan bantuan dengan membayar duit hotel namun Brooke beritahu yang dia perlu tiba ke rumah sebelum pagi.
Malam itu NIck dan Brooke menjalani malam dengan pelbagai peristiwa dan melakukan sesuatu yang luar biasa!
Filem yang diarahkan oleh Chris Evan juga dilakon olehnya sendiri!





Train to Busan


Sebenarnya saya tak jangka untuk menonton filem ini. Meskipun ada beberapa orang kawan bertanyakan tentang filem dari Korea ini, saya jawab tidak tahu. Bila melihat poster pun saya fikir sebuah filem kena serangan pengganas taupun peperangan. Sehinggalah hari Khamis, saya membaca beberapa komen mengenai filem ini dari facebook. Rata-rata memberikan komen positif. Saya terus menghubungi sahabat saya agar menemani saya menonton filem ini. Sebelum itu pun saya selidik dulu tentang filem ini. Tentang zombie rupanya. saya minat juga filem berkisarkan zombie. saya berharap sangat tidak seperti Zombie Kampung pisang. Harap zombie yang lebih baik, cerdik dan menakutkan.
Bila tonton dari awal, saya mula tertarik. Kisah bapa dan anak perempuannya mungkin biasa. Bila masuk babak tren, saya rasa tidak sabar untuk tahu selanjutnya. Seorang penumpang yang luar biasa masuk ke dalam tren sudah mula mengundang rasa cemas. Seorang lelaki tua yang ketakutan pun sudah buat saya ingin tahu. Seterusnya, jangkitan menjadi zombie sangat cepat dan merebak. Hampir separuh penumpang tren menjadi zombie. Gagal lari dari gerabak, sudah pasti menjadi mangsa zombie.

Seperti biasa ada hero dan pembantu-pembantunya yang cuba menyelamatkan keadaan. Filem ini mengajar nilai murni dan peradaban. Kanak-kanak mengajar bapanya agar tidak mementingkan diri sendiri. Seorang kanak-kanak begitu berbudi bahasa memberi tempat kepada golongan tua. Ada individu yang sanggup mempergunakan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada sahabat yang tidak sanggup memukul sahabatnya yang sudah menjadi zombie.

Setiap babak filem ini sangat mencemaskan. Luar jangkaan hampir satu bandar dijangkiti virus sehinggakan golongan yang sepatutnya mengawal negara pun dijangkiti virus zombie.

Apa yang boleh saya katakan, zombie ini begitu menakutkan. menggigit  hingga darah memancut keluar.  Zombie mengejar dari atas bumbung, mengejar  mangsa dari segenap arah. Pengakhiran filem ini membuatkan saya rasa sebak. Seorang sahabat kehilangan sahabat, kehilangan kekasih, kehilangan suami, kehilangan kakak, kehilangan ayah dan hilang segala-galanya.

4/5 bintang

Cinta 7 Negara


Bab  2

            KLIA 2 sesak dan padat dengan manusia pada tengahari ini. Selepas membuat pendaftaran di kaunter, dia terus mencari kafe yang sesuai untuk menikmati makan tengahari. Kalau boleh dia mahu kafe yang lenggang. Di saat ini dia mahukan ketenangan dan ruang untuk dia rasa selesa. Biasa selepas menikmati makanan, dia akan membaca seketika dan mengemaskini media sosial.
            Dia rasa senang untuk ke restoran McDonald. Setelah membayar hidangan, dia terus mencari tempat di hujung sekali. Dia sengaja mahu jauh dari pandangan manusia. Dia mencicip kopi hingga tinggal separuh kemudian menggigit burger Mcchiken juga hingga separuh. Ipad dikeluarkan dari dalam beg. Dia mencari-cari maklumat tentang Pulau Dewata yang bakal dikunjungi tidak lama lagi.
          Slogan yang dijolokkan kepada Bali, sebuah pulau yang luasnya dua kali kota Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk menyamai jumlah rakyat jelata Negeri Johor  dengan anggaran penduduk lebih kurang 4 juta orang.
Dia melirik jam di tangan kiri. Penerbangan ke Bali tinggal satu jam setengah lagi. Lila Suhaili mendongakkan dagu. Pandangannya meliar di luar restoran.
Tiba-tiba pandangan terganggu dengan satu tubuh tinggi lampai yang muncul dari arah mana pun dia tidak pasti. Dia mendongak sambil mengetapkan bibir. Seorang pemuda memberi salam.
"Boleh saya duduk di sini. Meja lain dah penuh" mohon pemuda bertubuh tinggi lampai sambil tersenyum.
Lila Suhaili terkejut. Penuh? Seingatnya restoran makanan segera ini kurang pengunjung. Dia mengitari ruang legar. Masih ada banyak meja yang kosong. Lila Suhaili memperbetulkan posisi duduknya lalu mengangguk sekali. Dia menarik buku karya Jane Austen bertajuk Emma. Gelas minuman dicicip hingga habis.
Pemuda itu seraya duduk sambil meletakkan segelas minuman bersama kotak sandwich. Kemudian satu beg dicapai dari atas bahu. Sebuah kamera jenama Nikon dikeluarkan dengan berhati-hati.
Lila Suhaili hanya melirik dari hujung mata. Pemuda itu membelek-belek kamera sambil memusing-musingkan kamera itu berkali-kali. Jurugambar agaknya, teka Lila.
Seketika kemudian pemuda itu mengeluarkan organizer dari beg kamera juga. Organizer itu diselak-selak mencari sesuatu. Pemuda itu tersenyum bila melihat tiket yang terselit dicelah-celah Organizer.
Lila Suhaili sedikit tersentak apabila terdengar lagu Jesnita berkumandang. Pemuda itu dengan muka selamba mengeluarkan Iphone daripada beg kamera juga lalu menjawab panggilan.
"Bambang, aku ada masa lebih kurang satu jam lagi. Iya, aku tahu! Kau kena halang pernikahan Jes. Aku sayang dengan Jes, Bam. Iya, kita akan jumpa di Bali. Jangan lupa jemput aku. Arghhh aku tak peduli. Tak kira apa pun, Jes takkan bernikah dengan Benji. Sialan dia! Ben tikam aku, tahu tak!. Sudah. Kita jumpa petang ini. Ingat, jemput aku" talian dimatikan.
Mata Lila Suhaili membulat. Bali? Pasti naik kapal terbang yang sama. Agaknya Jes yang dimaksudkan ialah Jesnita.
Lila buat-buat sedang membaca. Pemuda itu merenung Lila, " Saya mahu tanya kamu"
Lila memandang muka pemuda itu, "Tanyalah!"
"Kalau kamu, kamu mahu cinta sejati atau harta yang bertimbun?" tanya pemuda itu dengan loghat Indonesia yang pekat. Wajahnya juga tidak seperti orang Indonesia. Pasti ada darah kacukan.
Tanpa berfikir panjang, " Sudah tentu cinta"
" Kenapa?" tanya pemuda itu ingin tahu.
"Cinta tak boleh di beli dengan wang"
Pemuda itu tersenyum memandang Lila, " Awak pasti ke dengan cinta awak boleh hidup bahagia?”
Lila Suhaili berjeda seketika kemudian mengangguk laju,” Ya,saya yakin!”
            Pemuda itu merenung wajah Lila Suhaili sehinggakan gadis itu rasa kurang selesa,” Yakin?”
            Lila Suhaili mengangguk, “Cinta itu membahagiakan tapi tak mudah memiliki cinta sejati”
            Pemuda itu terdiam
            “Nama aku Alamsyahrizal. Panggil saja aku Rizal. Nama kamu?” tanya pemuda itu dengan senyuman nipis.
            “Lila Suhaili. Kamu Jurugambar?”
            “Iya aku Jurugambar. Aku mahu ke Bali. Kamu?”
         “Ke Bali juga” balas Lila Suhaili sambil merenung wajah pemuda yang sedang memandangnya. Manis. Kacak. Barangkali sudah berpunya. Pria Indonesia lebih kurang sama dengan jejaka dari Malaysia.
            “ Kamu sendiri?”
            Lila Suhaili mengangguk.
            “ kamu berani ke Bali seorang diri?” riak wajah pemuda itu terkejut.
Lila Suhaili mengangguk, “ Ya, saya mahu mengembara. Bucket list sebelum saya berusia 40 tahun”
“Kamu wanita bercita-cita besar. Biasanya wanita impiannya hanya mahu kahwin saja” kata Alamsyahrizal dengan nada sinis.
“Sebenarnya saya mahu cari seseorang di sana. Pelukis terkenal, Ian Aditya . kamu kenal?”
Alamsyahrizal diam seketika,” Siapa tu?”
“Kawan arwah mama saya. Pelukis terkenal dari Indonesia. Takkan kamu tak kenal? Itu nama besar” kata Lila Suhaili seperti tidak puas hati. Dia selalu mengikuti perkembangan Ian Aditya melalui media sosial dan blog. Dia begitu kagum dengan lukisan-lukisan pelukis terkenal itu. Bukan sahaja terkenal di Ondonesia mahupun asia tetapi seluruh dunia mengenal nama itu.
Alamsyahrizal tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal,” saya lebih kenal Jurugambar daripada pelukis. Sebenarnya aku ke Bali mahu halang perkahwinan kekasih saya”
“Ha? “terus Lila Suhaili memandang wajah Alamsyahrizal yang menjungkit kening kepadanya.
“Dia kahwin pilihan keluarga. Dia gadis yang paling aku cintai. Aku ini ngak punya apa-apa tapi aku yakin membahagiakan dia” kata Alamsyahrizal yakin.
Lila Suhaili diam. Melarikan bakal isteri orang itu kerja gila. Ya barangkali cinta pria ini juga gila! Cinta itu gila! Dia tidak pernah bercinta. Teringin tapi takut.ada yang ingin bercinta dengannya tapi dia tolak.
“Jika dia jodoh kamu, usah kamu bimbang. Jika bukan, kamu bias ketemu orang lain yang lebih baik dari dia” selamba Lila Suhaili berkata-kata tanpa memandang wajah pemuda di depannya. Dia tahu pemuda itu sedang merenung wajahnya.
“ Tapi aku sangat mencintai dia” tekan Alamsyahrizal.
“Jika dia mencintai kamu, dia sanggup menolak pilihan keluarganya. Mungkin pilihan keluarganya lebih baik dari kamu. Barangkali?” berani Lila Suhaili berkata-kata.
Alamsyahrizal terdiam seketika, “Banyak uang mungkin tapi yang pasti aku lebih kacak dari bakal suaminya” katanya diakhiri dengan tawa.
Lila Suhaili tertawa sinis. Lelaki ini masih belum boleh terima kenyataan. Dia teringat satu tajuk lagu lama, kekasihku dipetik orang. Lila Suhaila tersenyum sendirian. Sedalam amna cinta, belum tentu orang mampu berenang ke tengah lautan. Setinggi mana pun cinta, belum tentu ada yang sanggup mendaki.
Lila Suhaili menolak bekas makanan dan minuman ke tengah meja. Buku dan Ipad disimpan semula ke dalam tote,” Maaf aku pergi dulu”
“Maaf, flight kamu?” tanya Alamsyahrizal.
“Malindo Air. Saya mahu check in. Semoga berjaya untuk awak. Jika dia ditakdirkan untuk awak, semuanya akan jadi mudah. Jika bukan, jalan kamu untuk miliki dia lalui makin sukar” pesan Lila Suhaili sebelum meninggalkan restoran McDonald.

Alamsyahrizal yang sedang mengelap kameranya dengan tuala sekadar mendiamkan diri.

Sinopsis Rindu Syurga di New York

Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York.  Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa  diskriminasi agama.
   Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
  Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila Elicha mula menggugat rumah tangga pasangan itu dengan cuba menggoda Adam Rafail.
  Kematian Datuk Rahmah juga membuatkan Lily Sarah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
  Segalanyanya semakin menggugah keadaan apabila cinta pertamanya, Ariq Iskandar mahu menuntut cinta dari Lily Sarah. Saat pergolakan rumahtangga, Michael Ryan dan Adam Rafail menjadi rapat. Michael Ryan menarik Adam Rafail kembali ke agama Islam dengan menghadiahkan Al Quran yang sebenarnya milik Eric Turner. Namun konflik memuncak apabila Adam Rafail mendapat tahu Michael Ryan selalu menghubungi Lily Sarah di Malaysia. Lebih membuatkan Adam Rafail marah dan tertipu, Michael Ryan pernah ke Malaysia menemui Lily Sarah. Adam Rafail tidak mahu kembali ke Malaysia dan yakin Lily Sarah akan kembali semula ke New York.
  Lily Sarah berada dalam di lema. Antara Adam Rafail, Michael Ryan atau Ariq Iskandar

Monday, September 5, 2016

Calmi Cuori Appassionati


Filem ini sudah puas saya cari di kedai. akhirnya dapat saya tonton di Youtube. walaupun senikata dalam bahasa cina, saya boleh faham filem ini.
Calmi cuori Appassionati atau dalam bahasa Jepun Reisei untuk Jonetsu tidak Aida atau dalam bahasa Inggeris Between Calmness dan Passion adalah filem yang diterbitkan pada tahun 2001 yang diarahkan oleh Isamu Nakae. Filem dibintangi oleh Yutaka Takenouchi dan Kelly Chen. Sebuah kisah cinta antara dua pelajar yang bertemu di sebuah kolej seni di Jepun. Filem ini adalah berdasarkan novel yang paling laris di Jepun. Calmi cuori Appassionati berjaya meraih kutipan tertinggi di Jepun tahun 2001.

Junsei Agata adalah pelajar untuk menjadi seorang pakar pemulihan seni halus. Dia merasakan hidupnya kosong. Beliau sering teringat seorang gadis yang ditemuinya di kolej. Namanya ialah Aoi. Pada suatu hari, Junsei mendapat tahu Aoi berada di Milan dan mendapati Aoi tinggal bersama seorang ahli perniagaan Amerika yang kaya.

Junsei ingat janji 10 tahun yang lalu. Sewaktu di kolej Junsei membuat janji dengan Aoi untuk bertemu di atas Duomo di Florence pada hari lahir ke-30 beliau. Dia berharap Aoi mesti ingat pada janji.


Filem ini sebuah filem romantik. Dengan lukisan indah, muzik yang mendamaikan jiwa. Cinta pertama memang sukar dilupakan.

Sunday, September 4, 2016

Southpaw

  • Jake Gyllenhaal melakonkan watak sebagai Peninju Profesional, Billy Hope hilang segalanya setelah kematian isterinya, Mo atau Maureen lakonan Rachel McAdam akibat ditembak sewaktu Billy bergaduh dengan musuh gelanggangnya di satu keramaian. Dari titik itu, Billy Hope mula hilang kawalan dalam hidupnya sehingga mengabaikan anak perempuannya Leila. Kematian Mo meninggalkan kesan dalam hidupnya. Billy dan Mo bertemu di rumah anak yatim sewaktu zaman kanak-kanaknya. Mo menjadi tulang belakang Billy sepanjang kariernya.
Billy mula  hilang fokus sebagai peninju hebat dan membiarkan dirinya bergelumang dengan dadah, alkohol serta memiliki  senjata api. Rumahnya di lelong dan anak perempuannya diperintahkan oleh mahkamah dijaga oleh Badan Kebajikan.
Billy menuju ke satu pusat gim milik Tick Willis. Dia bekerja di situ sebagai pembersih bagi menyara hidupnya yang menyewa rumah kecil sahaja. Dari situ Billy mula mendapat sokongan dan semangat dari Tick agar kembali bertinju. Selain itu Billy menghadapi konflik berat apabila anaknya Leila mula membenci dirinya dengan tidak mahu bertemu Billy.
Billy berasa kecewa dan tidak pernah putus asa melawat anak perempuannya. Kematian Hoppy, seorang anak muda yang selalu berlatih tinju megalami kepincangan hidup akibat kepincangan keluarga seperti memberi semangat agar  Billy kembali bertanding melawan musuh ketatnya, Miguel.

Saturday, September 3, 2016

Churros






Alhamdulilah, dapat juga saya buat Churros dengan bantuan kak Sharifah Zaiti Hanani El Wafa. Dari tahun lepas saya cuba mahu membuat. Walaupun rupa bentuknya tidak seperti Churros yang sebenar tetapi habis juga dimakan 

Tanah Berdarah


Alhamdulilah, puisi yang sudah saya tulis lama akhirnya tersiar di akhbar.

Salam merdeka dari saya