Saturday, November 20, 2010

Before You Say I Do

Salam 
Sebuah filem menarik bertajuk before You Say I Do di channel Hallmark. Pelakon - pelakonnya bukanlah dari kalangan pelakon - pelakon Hollywood yang terkenal tapi saya sukakan jalan cerita yang menarik. Mengisahkan George, lelaki dari masa depannya yang mempercayai Jane adalah jodohnya. Ketika itu Jane sudah bertunang dengan Dough, seorang lelaki yang curang dan sempat ada skandal dengan perancang perkahwinannya. Rakan baik Jane dan george merancang mahu memisahkan Jane dengan tunangnya, Dough kerana tidak mahu Jane tertipu dan Dough bukanlah jodoh Jane sebenarnya. Dough yang mendapat tahu mengenai perancangan rakan baik Jane dan George membuat perancangan untuk memerangkap George pula.
Apapun filem ini berakhir dnegan "Happy Ending"

No comments: