Saturday, November 20, 2010

Cradle Of Lies

Malam tadi lepas melayari internet, saya mengambil keputusan untuk menonton televisyen. Bila ayah saya dah tamatkan channel movie sebab dirasakan tidak berbaloi, saya semakin bosan. Kalau dulu setiap hari memang menonton channel movie di astro. saya memang jarang menonton drama atau filem melayu melainkan siapa pelakonnya. kalau sekarang ni saya suka menonton drama Wadi Unung yang menampilkan pelakon - pelakon berbakat. Saya memang tak suka menonton lakonan pelakon baru yang tak ubah macam kayu dan tiang elektrik.
malam tadi menonton rancangan filem di hallmark yang bertajuk Cradle Of Lies. kalau diikutkan saya lewat setengah jam menonton filem ini. Okeylah, filem ini mengisahkan seorang wanita bernama, haley yang mengahwini jack, seorang lelaki yang bakal mewarisi kekayaan mendiang datuknya. Tetapi Jack harus memiliki anak lelaki untuk mewarisi kekayaan tersebut. haley akhirnya mengandung tetapi bila diberitahu emreka bakal mendapat anak perempuan, Jack mula berubah dan mula menjalinkan hubungan dengan setiuasahanya sendiri iaitu, Michelle. Haley bersabar meskipun mendapat tahu kecurangan suaminya tapi konflik bermula bila jack menghantar surat cerai kepada Haley jadi Haley mula bertindak bijak. Dia membelanja kesemua nilai kad kredit yang dikongsi bersama suaminya. Haley juga berjaya memindahkan wang akaun bersama suaminya ke dalam akaun peribadi.
Jack yang berang terus mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Haley tetapi Michelle yang tamak dan mengidam mahu menggunakan kereta Jack yang ketika itu digunakan oleh Haley akhirnya maut di tangan pembunuh tersebut.
Rentetan dari kematian Michelle, segala - galanya terbongkar dan Jack disahkan mandul sebenarnya tetapi pengakhiran cerita, Jack dihukum mati dan Haley dan anaknya, Matthew Ryan dapat memiliki harta warisan keluarga Jack yang bernilai 50 juta dollar.
Filem ini menarik dan tersuusn jalan ceritanya. Mesejnya juga lengkap dengan percintaan, kecurangan, penipuan, ketamakan, pembunuhan dan sebagainya

No comments: