Wednesday, February 16, 2011

True Confessions of a Hollywood Starlet

Salam
Saya sempat menonton sebuah filem lakonan Jojo di rancangan Diva. Filem yang menarik dan memaparkan kisah hidup pelakon remaja yang menjadi pujaan dan bintang Hollywood iaitu Morgan caretr yang menghabiskan zaman kecilnya hingga remaja sebagai pelakon yang terkenal manakala ibunya, Bianca adalah bekas ratu cantik dan hidup Morgan sentiasa bersama pengurus iaitu Sam. Sehinggalah Morgan menjadi ketagih arak dan diletakkan dalam pengawasan namun pengurus dan Ibunya telah membuat keputusan untuk 'menyorok' Morgan dnegan menghantar Morgan di suatu tempat agar tidak dihidu oleh wartawan dan papparazzi iaitu di Fort Wayne, Indiana. Morgan dijaga oleh makciknya iaitu, Trudy yang baru berpisah dnegan suaminya.
Di Indiana, Morgan menggunakan identiti baru dengan nama Claudia dan bersekolah tinggi. Dis ekolah hidup Morga aka Claudia tidaklah seindah mana sebaliknya dia dipinggirkan oleh rakan - rakannya. ini kerana penampilan seorang bintang menjadi kolot iaitu memakai baju - baju murah. Dia selalu diejek dan dipandang rendah oleh Debbie dan rakan - rakannya
Pada mulanya Norgan aka Claudia tidak suka dengan penampilan barunya dan rasa tidak suka disisih kerana dia adalah bintang filem yang sentiasa dikejar peminat namun di Indiana tiada sesiapa pun yang mengenalinya sebagai pelakon filem.
Trudy banyak membantu Morgan dengan penampilan barunya, menghabiskan masa bersama d negan membuat kek dan berkebun
Morgan aka Claudia berkenalan dnegan rakan sekelasnya, Eli dan memperkenalkan Morgan aka Claudia kepada adiknya Emily. Sejak itu Morga aka Claudia rapat dengan Eli dan Emilly. suatu malam Emily mengajak Morgan menghadiri parti di rumahnya tetapi keriangannya tidak lama kerana Debbie juga ada dan memberitahu Morgan agar tidak rapat dengan Eli kerana Debbie mengatakan Eli adalah kekasihnya. Morgan rasa kecewa dan terus pulang ke rmah dan dia menelefon ibunya tetapi Sam yang mengangkat. Rupa - rupanya sam dan ibunya, Bianca telah pun berkahwin. Morgan berasa marah kerana rasa diketepikan dan dia minum sebotol arak yang dijumpa di dalam kabinet dapur.
Keesokan harinya, Eli datang menemui Morgan dan mendapati sebotol arak . Morgan tersedar terus membuat cerita bahawa dia diekori oleh bapanya yang seorang kaki pukul. Eli percaya dan berjanji akan melindungi Morgan. Sejak itu ereka jatuh cinta dan Morgan rasa gembira dnegan kehidupan biasa yang dia lalui bersama Trudy dan Eli
Tidak lamakemudian Marissa, rakan seperjuangan Morgan datang menemui Morgan dan mengajak ke kelab untuk berparti. Morgan mengikut dan berjanji tidak akan minum arak namun Morgan tidak sedar bahawa ada seseorang telah tahu di mana dia berada selama ini dan di sekolah rahsianya telah diketahui oleh Debbie bila Debbie menunjukkan majalah yang memaparkan gambar Morgan di muka hadapan

God, please give me more time

Salam,
kebosanan yang melanda membuatkan aku kembali menonton VCD dan DVD lama dalam simpanan aku. Aku tertarik untuk menonton kembali God, please give me more time lakonan Kaneshiro Takeshi sebagai Ishikawa Keigo dan Fukada Kyoko as Kano Masaki. Sebuah drama Jepun yang cukup menyayat hati dan aku sendiri rasa sebak teramat sangat.
Mengisahkan masaki, pelajar sekolah tinggi yang berusia 17 tahun yang mempuntai sahabat baik  tetapi rasa tersisih dalam keluarganya sendiri di mana ibunya seorang yang lemah lembut mempunyai teman lelaki di belakang suaminya, manakala ayahnya seorang yang bekerja keras seakan tidak mahu mengambil berat tentang isteri dan anak - anak dan adiknya yang rajin belajar dan amat mementingkan peperiksaan.
Masaki suka menghabiskan masa di luar setiap kali habis sekolah. Masaki amat menggilai Keigo seorang Komposer yang hidup dalam kesepian dan suka berfoya - foya. Kaoru, seorang penyanyi popular berganting pada lagu - lagu keigo.
Pada suatu hari tiket konsert Keigo hilang dan memaksa Masaki menjual tubuhnya pada seorang lelaki. pada malam konsert itu, Masaki menemui Keigo dan segalanya bermula dan mengubah hidup masaki menjadi lebih buruk di mana dia disahkan menghidap HIV positif. Masaki menyalahkan keluarganya yang mementingkan diri sendiri dan Keigo sentiasa mendekatkan diri dengan Masaki kerana dia merasakan dirinya yang menyebabkan Masaki mendapatkan penyakit HIV positif. Masaki dibuli oleh rakan - rakannya dan selalu tertekan dan terfikir mahu membunuh diri tetapi Keiro tetap memberikan dia semangat




Prince Charming

Yeeha tamat sahaja peperiksaan, aku sudah memulakan sistem pinjam meminjam dengan kawan - kawan yang gila novel. Bukan tak hendak beli tapi kadang - kadang hendak beli novel tersebut sudah habis di pasaran. Okeylah Novel Princer Charming yang saya baca ini memang best dan lain daripada yang lain walaupun jalan ceritanya tidak begitu realistik. Mengisahkan Nurul yang tidak sukakan carta Price Charming yang diakatakan lagenda turun temurun dan akhirnya dia mengotakkan carta Price Charming yang dirasakan melalaikan pelajar - pelajar wanita. Namun ada bahana buruk yang menimpa Nurul namun dia berjaya diselamatkans eorang lelaki namun dia tidak sempat melihat wajah lelaki yang menyelamatkan dia kerana pengsan. NUrul mahu mencari lelaki yang telah menyelamatkan dia dengan cara menjadi Pengurus Boal sepak sekolahnya. Di situlah Nurul mula pening melayani karenah pemain - pemain bola sepak sekolahnya yang tediri daripada Rezz, Fiq, Nazrul dan ramai lagi. Dan di situlah Nurul mula menyinta iseseorang