Friday, March 3, 2017

Menunggu Cinta Tuhan

Buku ini saya beli sudah lama baru tahun ini saya dapat membaca dan menghabiskannya. Sebuah kisah kewartawanan, kekeluargaan dan amalam ilmu hitam di kalangan masyarakat Melayu. Buku ini membawa saya merasai suka duka dunia Wartawan sebagaimana Khalidah ingin memulakan kerjayanya sebagai Wartawan Hiburan menghadapi karenah ketuanya yang garang dan cakap lepas. Khalidah begitu takut dan bimbang menulis ruangan gosp kerana beranggapan gosip itu adalah fitnah namun itulah makanan dunia akhbar dan majalah hiburan.

Ilmu hitam yang digunakan di kalangan pengusaha restoran itu adalah hal biasa. Di akui ramai pengusaha restoran menggunakan pelaris untuk melariskan jualan restorannya. Begitulah yang diamalkan oleh Latifah dan anak saudaranya, Nureen yang sanggup buat apa sahaja untuk restorannya mendapat perhatian. Latifah bersikap pendendam melakukan balas dendam terhadap Murad yang dianggap memburukkan restorannya. Namun perbuatan itu dapat di hidu oleh tiga orang pekerjanya yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersubahat. 

Watak Khalidah seperti takut, tidak yakin, tidak berani, tidak melwan sebaliknya pasrah, redha dan berserah. Khalidah sepatutnya lebih berani dan lantang untuk membuktikan dia seorang wartawan yang mampu pergi jauh. Azrul Rasyid digambarkan watak yang sangat melampau dan menunjukkan sisi buruknya sebagai Editor akhbar hiburan. Lelaki yang di asuh penuh kasih sayang dan berpendidikan agama yang tinggi begitu mudah tergoda dengan Nureen.

Watak Azzah, ibu Azrul Rasyid juga dilihat sebagai wanita yang lemah dan bimbang hanya kerana mengenagkan dirinya yang pernah diperkosa bekas kekasihnya dan rasa bersalah terhadap suaminya sendiri hanya menyimpan satu rahsia seusia Azrul Rasyid. 

Manusia lupakan Allah. manusia hilang pedoman. manusia amat takut kesilapan lepas. mausia tidak menjaga perasaan orang lain. manusia sanggup apa sahaja asalkan impian dan cita-citanya tercapai. Manusia sentiasa lupa diri. setiap perbuatan yang salah sentiasa mendapat pembalasan. Bagi saya novel ini tidak seratus peratus Islamik.