Sunday, November 27, 2016

Ulasan Novel: Lukanya Merah

Sejujurnya ini antara karya yang terbaik dan luar biasa. Bagi saya naskhah ini karya agung bagi kak Rohani Deraman. Saya rasa, novel ini di angkat di dua majlis penganugerahan. karya ini sangat menyentuh hati. Saya rasa terkesan sehingga saya rasa sebak dan menangis. Saya tertanya-tanya, kenapa wanta tua ini yang menjadi mangsa? kenapa wanita tua ini yang di uji?  Kenapa wanita tua ini begitu cekal?

Selatan Thai tidak pernah aman. Begitu kisah Mek Romah, wanita kelahiran negeri Cik Siti Wang kembang berjuang di negeri Pattani setelah bernikah dengan  anak seorang Imam di Kg Chanae, selatan Thailand. Pernikahan ini melahirkan 3 zuriat iaitu Seman, Dolah dan Mat Hussin. Seperti rumahtangga yang lain, kehdupan Mek Romah sekeluarga sederhana tetapi bahagia.
            Bermula dengan kematian Seman yang ditembak oleh senapang tak bermata sudah menggambarkan Mek Romah wanita yang mudah menangis, meraung dan menangis.  Beliau seorang isteri yang taat setia, ibu yang penyayang dan suri rumah hanya redha dengan apa yang berlaku di kampungnya. Pembunuhan demi pembunuhan sehingga meragut nyawa anak-anak lelaki dan suaminya di tangan kerajaan sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk mempertahankan hak dan tanahairnya. Perlahan-lahan semangat .perjuangan wujud dalam dirinya setelah dituduh sebagai pemberontak dan pendatang
            Kematian demi kematian dengan pengeboman masjid,hutan, jalan raya  dan di mana-mana sahaja., begitu juga pembunuhan guru agama yang dituduh mengajar anak-anak muda memberontak, tangkapan golongan muda secara melulu, pengkhianatan olah bangsanya sendiri, menjadikan Mek Romah semakin kuat, lebih-lebih lagi kelibatnya sebagai wanita tidak pernah dicurigai sebagai ‘pejuang. Mek Romah bangkit setelsh melihat kezaliman kerajaan Thai dan perjuangannya tidak disedari  pihak penguatkuasa, ahli politik, dan bangsa Thai terhadap minoriti terpinggir Petani di Selatan Thailand.
            Mek Romah bertuah di sisinya, Siti Aishah menantu yang snetiasa memeberi kekuatan, motivasi dan semangat agar tidak berputus asa malah sama-sama berjuang. Mek Romah bertemu dengan Fatmah, pejuang gerila Petani yang diburu oleh tentera dan polis Thailand kerana pengaruh arwah ayahnya. Kekahan luka dikakinya sedikit pun tidak melunturkan semangatnya agar terus berjuang walaupun kakinya terhencut-hencut, Mek Romah gigih untuk menentang kerajaan yang membulakan peperangan.



            Naskhah perjuangan ini mampu menyerap rasa perjuangan namun mampu mngalirkan air mata pembaca. Mek Romah pejuang yang tidak didendangkan. Pemergian Mek Romah menghadap Ilahi juga tidak menghentikan bom di selatan Thailand.

4/5 Bintang

Ulasan Novel: Gila Tak Rindu!

Assalamualaikum



Dah lama tak layan novel santai, ringan dan popular. Ini kali pertama saya baca novel  Murni Aqila. Ada sentuhan Korea. Nama watak utamanya Nomi  pun dah dekat-dekat dengan Nami. Saya baca novel ini membuatkan saya tersenyum bila Nomi ambil dan jemput Adib Baihaqi pergi kerja dan balik kerja. Bila berangan sekejap, terbayang aksi comel dua watak hero dan heroine. Alaaa dah lama weiii tak layan novel-novel cinta-cinta begini.

Okeylah, perkenalan melalui Wechat sehinggakan Risham meminta Adib menggantikan tempat dia untuk menemui Nomi. Watak Nomi menarik sebagai wanita yang berdikari memiliki butik dan tudung sendiri dan dikatakan ada iras-iras Hana Tajima. Okey sebelum itu Adib dan Nomi sudah bertemu secara kebetulan di jalan raya tetapi mereka berdua bertekak.

Bila Nomi menemui Mr Crab, dia tidak menyangka Mr Crab adalah mamat yang dia temui di lampu isyarat. Pada masa itu Adib menyimpan perasaan pada Hazza. Risham sudah ada Kisya. Maka pertemuan dingin dan diakhiri dengan satu insiden yang menyebabkan Nomi di denda. Dari situ membibitkan perasaan cinta. Sebelum Adib ada perasaan pada Nomi, Adib kecewa apabila Hazza memilih Helmi. Risham sudah pun bertunang dengan Kisya.

Konfliknya bermula apabila Hazza ditinggalkan Helmi. Risham sudah mual dan muak dengan Kisya yang amat mengongkong dan cemburu. Hazza dan Risham berpakat untuk memisahkan Adib dan Nomi yang baru sebulan mendirikan rumahtangga. Jadi dari situ hubungan pasangan suami isteri renggang sehinggakan Risham menjatuhkan talak ke atas Nomi.

3/5 Bintang

Projek 50 Kembara

Assalamualaikum

Memandangkan projek 50 karya berkisarkan Kembara masih belum mencapai target sebenar, maka penyertaan di buka semula. Tiada tarikh tutup. Saya akan menerima dan terus menerimakarya yang menarik mengenai kembara di negara orang. Tulislah kisah kembara anda tidak melebihi 5 muka surat. Kisah kembara yang menyentuh kenangan, budaya, makanan, pendidikan, peperangan dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan rujukan pengembara lain.

Kami menanti sekurang-kurangnya 20 karya Kembara. bagi yang berminat boleh hubungi saya melalui talian WhatsApp 0193914673 dan berikan emel anda untuk saya kirimkan kertas kerja. Bagi yang sudah hantar karya Kembara, karya anda sedang dinilai!

Pengurus Projek