Saturday, November 20, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Salam
saya terlambat membaca dua buah novel dari penulis Indonesia. Bila membaca novel yang pertama saya terus tertarik. saya tertarik dengan kekuatan dan azaman Khairul Azzam ketika menuntut ilmu di bumi Anbia. Seorang pelajar yang menghabiskan sisa - sisa pengajian semata - mata mahu mencari rezeki dengan membuat bakso. Meskpun ada rakannya yang sudah lama menghabiskan ijazah dan membuat sarjana tetapi Khairul Azzam seorang yang kuat bersemangat dan tidak putus asa. beliau seorang lelaki yang amat menjaga tatatertib dan kelakuannya swaktu berhadapan dnegan seorang gadis yang dibesarkan dengan cara hidup barat. khairul Azzam bagaikan seorang 'abang' kepada apelajar - pelajar  yang duduk menyewa bersamanya. Ketika Cinta bertasbih 1 ini banyak menceritakan kehidupannya sebagai pelajar dan pembuat bakso.
Novel yang kedua pula banyak menceritakan kehidupannya selepas pualng dari Mesir. Novel kedua ini boleh membuatkan kita sebak dan kagum dengan keperibadian Khairul Azzam yang putus tunang dan kematian bondanya.
Apapun kedua - dua novel ini memang hebat dari segi plot dan keberkesanan ceritanya. saya amsih belum berpeluang menonton filem yang diadaptasikan dari karya novel tersohor Indonesia

No comments: