Wednesday, March 22, 2017

Tempat makan yang best


Assalamualaikum. Ada juga rakan-rakan yang tanyakan tempat makan yang best dan selalu saya pergi. Saya biasa makan di luar pun tempat makan yang biasa saya pergi tapi tak apalah saya kongsikan juga makanan yang best dan tempat makan yang best. Mungkin ada yang dah biasa pergi.

Nasi pulut kari ayam. Kedai ini sangat terkenal di Bukit Senjuang. kedai ini juga ada menyediakan pelbagai menu termasuk asam pedas dan makanan bergoreng. kuih muihnya pun boleh tahan sedap.

Cendol Kacang yang terkenal di kiosk Seri Serkam. Cendol Seri Serkam sangat terkenal. Cawangannya ada di Merlimau dan Kandang, Melaka

Chicken Steak kegemaran saya di Food Court AEON bandaraya

Lempeng kelapa yang sedap yang saya selalu nikmati sarapan. Kedai ini memang ramai orang yang terletak di jalan Muar. Biasa dibuka hanya pada waktu pagi. sabtu dan ahad tidak di buka.

Burger Malam JUmaat yang terdapat di deretan kedai berdekatan dengan kg Morten. kedai ini bertentangan dengan Sungai Melaka. Sedap burger ini. Ada banya jenis burger.

Lontong special yang terdapat di Ujong Pasir. Kedai ini berdekatan dengan SK Ujong Pasir, Melaka.

Mi Goreng Tengkera, Melaka. Gerai mi Goreng ini sangat terkenal sejak ayah saya bersekolah rendah. Kedai ini di buka pada waktu pagi. Kaum cina memang suka makan mi goreng di sini.

Coconut Shake Alai yang bersebelahan SK Alai, Melaka



Mi Sizzling. kedainya saya lupa namanya terdapat dalam kedai Taman Debunga

Nasi Beriani kambing, JM Beriani, Subang, Selangor

Roti canai telur mata, Kafe An Nasuha, jalan Masjid India


Nasi Ayam Melawati, Taman Melawati, Ulu Klang

Laksa, R & R Dengkil, Selangot

Mi Udang, Kuala Sepetang, Perak

Saya lupa nama menu ini tapi hanya dapat di Old Town Coffee, AEON bandaraya, Melaka

Murtabak Singapore, Muar

Bubur Ayam, Ujong Pasir, Melaka. Kedai ini berdekatan dengan SK Ujong Pasir.

Nasi lemak Ayam, Ujong Pasir, Melaka

Bihun Sup, Telok Mas

Laksa Nyonya, Ujong Pasir, Melaka

Lamb Chop. Wind Mill, banda Hilir, Melaka raya

Saya lupa namanya tetapi hanya dapat di Billionaire, Melaka

Sup daging kambing cecah roti, Restoran Tasik Sri Utama, Bukit Baru. Kedai ini bersebalahan dengan Hotel Cowboy

Nasi Kerabu, Bukit Katil. Gerainya kecil tepi jalan

Ayam Penyet Lamongan, Bachang, Melaka

Lupas nama menunya tapi hanya dapat di Kenny Rogers




Makaroni Cheese, Kenny Rogers

Mi goreng lembap, Bukit Palah, Melaka

Nasi Lemak, Tengkera, Melaka


Tosai Masala, Restoran Subaidah, MITC, Ayer Keroh
Ini lamb Maqluba, handramawth, Bukit Baru


Bakso, Serindit Corner

Mi Rojak, Tg Emas, Muar




Mi Tarik, Nu Sentral

Chicken Burger, Tesco Peringgit, Melaka

Cendol Alai
Lupa nama menu ini tapi biasa jumpa di Secret Recipe Merlimau
Sup Semabok Resipi Ummi, Semabok

Tosai Masala. Restoran Al Mashur, Merlimau Utara

Kuey teow ladna, Food Court AEON Ayer Keroh

Kueyteow ketam di Dataran Klebang 

Laksa Kluang di Kluang Station

Mi Rebus Hassan. 

Tuesday, March 21, 2017

Kraftangan Murid-murid pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda











Assalamualaikum

Baru-baru ini seorang wanita OKU telah menggemparkan negara susulan kemalangan yang melibatkan kematian. Ada yang mencerca, menghina malah ada yang memberi simpati. Anda jangan fikir mereka yang OKU itu tidak memliki kelebihan. Sebenarnya ada jika diberi bimbingan dan biarkan mereka fokus pada sesuatu benda.

Gambar-gambar di atas adalah kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid Pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda. Mula-mula untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar amatlah sukar tetapi guru dan pembantu  bersabar. kami amat yakin dengan kebolehan murid-murid seperti ini untuk membentuk motor halus dan kasar. Ada yang mula bosan, tidak fokus dan tak kurang ada yang menolak tetapi bila dipujuk dan diyakinkan barulah mereka berminat.

Bukan mudah sebenarnya. Kesabaran dan kegigihan guru dan pembantu membuahkan hasil. Selain menghasilkan kraftangan ini, murid-murid pendiidkan di ajar berniaga. Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami etrlibat dengan karnival pendidikan negeri Melaka yang berlangsung di dewan MITC, Ayer keroh. Murid-murid kami menjaja barang-barang dalam dewan yang besar seperti menjaja kuih. Alhamdulilah, keuntungan kami perolehi pulang modal.

Bagi diluar sana yang mahu menempah tasbih, tasbih tawaf, rantai kunci bentuk  beg, kitty dan bentuk buah tomato serta bentuk hati boleh hubungi nombor ini 0193914673. Setakjat ini kami banyak emnerima tempahan tasbih. paling banyak kami terima 50 buah. harga boleh runding.

Sumbangan Anda Inspirasi Kami