Saturday, November 20, 2010

Kau tercipta Untukku

Salam, 
Sebuah novel terbita Buku Prima bertajuk Kau tercipta Untukku tulisan Shahriah Abdullah. Novel ini memang best membuatkan nak tahu apa seterusnya. mengisahkan Amira yang selalu menjadi mangsa deraan suaminya bekerja sebagai pengemas dan pengasuh kanak - kanak. Srhinggalah dia ditugaskan di tumah Engku Farisah yang mempunyai 3 orang anak lelaki dan mengalami konflik rumah tangga dengan suaminya Engku Adruss.

Layanan dan perhatian Mira kepada tiga orang anak itu membuatkan Engku Adruss terpikat dengan Mira. dalam ketika itu Engku Faridah mahu menuntut cerai kerana mahu kembali bersama bekas kekasihnya, Datuk Adnan
Ketika itu juga, Azmi suami Mira banyak membuat onar dan mencanagkan kepada orang kampung yang dia sudah bercerai dnegan Mkra dan menuduh Mira perempuan curang. Bila Azmi mendapat tahu Mira keluar dengan Engku Adruss, Azmi cuba mahu membunuh Mira tapi berjaya diselamatkan oleh Noni, rakan baik Mira.

Setelah Azmi ditangkap dan dipenjarakan dan Engku Faridah berkahwin dengan Datuk Adnan, Mira menerima lamaran Engku Adruss. Kebahagian mereka hanya semantara apabila Engku Faridah yang kembali menjanda setelah berpisah dengan Datuk Adnan. Engku Faridah berasa dengki, cemburu dan marah melihat kebahagiaan bekas suaminya dan merancang mahu mengambil tempat dan haknya semula. Segalanya bermula apabila Engku faridah secara tidak sengaja bertemu dengan Usop, lelaki yang menggilai Mira.

Setiap plot membuatkan saya nak kisah seterusnya....rasa macam hendak tahu apa yang akan terjadi setiap babak( wah macam filem pulakkan?) 


No comments: