Tuesday, September 20, 2022

Ilham Sajak Botol Berisi Surat Cinta di Tengah Lautan






 

Assalamuaalaikum. Alhamdulilah sebuah antologi saya bersama GAPENA sempena Dialog Utara ke-16 dengan tema alam sekitar. Kali ini tajuk puisi yang agak panjang dengan menggunakan elemen alam sekitar, alam semula jadi seperti  laut, pantai, camar, mentari, malam, siang dan sebuah bitol berisi kisah-kisah cinta. Sejujurnya saya suka puisi yang saya tulis kali ini.

         Sebenarnya puisi ini ilham daripada sebuah filem adaptadi novel Nicholas    Sparks yang bertajuk  Message in a bottle. Sebuah filem yang berkisarkan Theresa menemui sebuah botol di pasir pantai berisi surat dan dia temui lagi. Surat-surat itu ditulis seorang lelaki yang kematian isteri dan amat merindui isterinya. Theresa membuat liputan kisah-kisah surat cinta yang ditemui di dalam akhbar dan pada masa yang sama Theresa menjejaki lelaki yang mengirim  surat-surat di dalam botol. Pengakhirannya sangat menyedihkan. Kerinduan tidak mampu diungkapkan lalu menulis dan masukkan ke dalam botol lalu kirimkan ke lautan yang luas.

 


 

Sunday, August 14, 2022

7 Nasihat dalam Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Bahagia di Perpustakaan Rumahku

Assalamualaikum
Dah lama tak menjengah blog yang hampir setahun saya tidak menulis apa-apa. Blog popular lebih kurang 10 tahun yang lalu lebih kurang sama dengan Facebook sebelum munculnya Tik Tok. Dulu blog digunakan sebagai medan perniagaan, promosi, juala juga ada yang menulis sebagai review produk. Ada yang buat pendapatan melalui blog.

Untuk kembali merancakkan blog saya yang berhabuk katanya, saya nak kongsikan karya-karya saya yang saya aktif sejak tahun 2000. KIra dah 20 tahun saya berada dalam dunia penulisan.

Buku antologi Cerpen Kanak-kanak diterbitkan pada tahun 2021 oleh SYFE Management. Tajuk cerpen saya yang dimuatkan dalam antologi ini adalah 7 Nasihat. Bukan saja tertarik dengan tajuk lagu Siti Nurhaliza tapi orang yang mendekatkan saya dengan dunia buku ialah ayah saya yang sentiasa mengingatkan saya ambil nasihat yang ada dalam buku cerita yang saya baca sewaktu zaman kanak-kanak. Saya dimewahkan dengan buku oleh ayah saya tetapi tidak sesekali permainan dan patung. Dalam antologi ini saya memuatkan 7 ciri nasihat seperti dalam lagu dendangan Siti Nurhaliza dan saya terjemahkan dalam bentuk karya kreatif.

Kenapa saya pilih tajuk 7 Nasihat? Sebab 7 adalah angka kegemaran yang saya suka dan saya suka nombor ganjil. Sebaiknya dalam karya-karya kreatif penulis tampilkan nilai-nilai murni untuk para pembaca. Penulis berperanan menyampaikan sesuatu yang baik untuk para pembaca terutamanya kanak-kanak yang mula berjinak dengan buku.