Wednesday, April 8, 2015

Mama



Saya tonton filem ini atas saranan seorang teman. Sebuah filem seram yang bagi saya sarat dengan  kasih sayang. Jeffrey membunuh isterinya lalu membawa lari dua anak perempuannya yang masih kecil iaitu Victoria dan Lily sehingga kereta yang dipandunya terhumban ke tepi jalan. Si bapa dan dua anaknya selamat lalu membawa ke dalam hutan. Di tengah hutan terdapat sebuah cabin lama. Di dalam rumah itu juga Jeffrey mati lalu dua anaknya  membesar dengan satu roh wanita.

Selepas lima tahun, Lucas yang duduk serumah dengan Annabelle dihubungi yang kereta abangnya ditemui dan dua anak saudaranya juga ditemui. Lucas sedaya upaya memohon untuk menjaga dua anak saudaranya itu dan berjaya meskipun Jean, kakak kepada ibu kandung Victoria dan Lily juga menuntut mahukan dua anak itu.

Lucas berjaya mendapat hak penjagaan anak saudaranya. Dua anak saudaranya dibesarkan disebuah rumah besar sebagai syarat penjagaan . Maka bermulalah satu demi satu misteri  yang mula menganggu Lucas dan Annabelle. Lucas dimasukkan ke hospital dan koma mendapat petunjuk dari mendiang abangnya, Jeffrey meminta beliau menyelamatkan dua anak gadisnya itu. Tidak cukup itu Doktor yang merawat dua kanak-kanak itu  tertanya-tanya siapakah mama yang dipanggil oleh dua beradik itu.

Filem ini sangat menarik dan begitu menyeram malahan menggunakan teknik imbas kembali yang tersuusn. Mimpi yang dialami  memberikan petunjuk. Sinematografinya juga menarik walaupun latar filem begitu kelam dan menyeramkan. Pengakhiran filem ini tidak klise malahan sangat menyentuh hati saya. Saat dua beradik ini dipisahkan oleh satu roh, ia mampu mkengundang rasa sayu penonton malahan ibu saudaranya, Annabelle juga sanggup berhempas pulas menarik dua beradik itu kembali kepadanya daripada genggaman roh yang kehilangan anak.

Bintang: 4/5