Saturday, November 20, 2010

Reading Room



Salam
Reading Room atau Bilik Membaca. Aku terfikir perpustakaan kecil ke? Apa yang melihat ia adalh sebuah kedai kecil yang di dalamnya sarat dengan rak - rak buku dan majalah kemudian terdapat beberapa buah meja dan terdapat mesin air tin. Menarik. Pemilik Reading Room adalah milik William, seorang lelaki kaya yang bersuai dan kematian isteri, Helen Campbell. mendiang isterinya meminta dia membuka Reading Room selepas kematiannya. Atas kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap Helen, akhirnya dia membuka Reading Room
Bila dia membuka Reading Room dia menemui p[elbagai manusia. Apa yang menarik di sini, filem ini banyak moral bagi mereka yang sukar untuk membaca. Okeylah Reading Room bukan sahaja untuk mereka yang suka membaca tetapi ia turut menjadi kelas tusyen dan kelas pemulihan untuk pelajar - pelajar sekolah rendah yang tidak mahir membaca malah ada beberapa orang remaja turut memebuat kerja sekolah di situ
Javier, adalah lelaki jalanan yang diupah membantunya menjaga Reading Room tetapi Javier suka menghabiskan masa berpeleseran dan selalu dimarahi oleh William. Manakala Majoli pula adalah pelajar perempuan yang tidak mahir membaca selalu diajar oleh William tetapi datang ke situ tanpa pengetahuan ibunya. Sebenarnya Majoli ditugaskan oleh ibunya menjaga adiknya.
Edgar pula adalah pelajar yang pintar dalam matematik tetapi sebenarnya tidak mengenal huruf dan amat lemah dalam pembacaan. walaupun dikategori pintar tapi dia ketinggalan.Seorang guru berjaya membantu Edgar membaca di Reading Room sehingga dia mampu membaca buku dihadapan rakan - rakan sekolahnya
Manakala Daryll pula adalah remaja lelaki yang bercita - cita tinggi untuk masuk ke kolej dengan bantuan biasiswa.
Semua watak di atas mengalami konflik dan William yang pemurah hati sentiasa membantu mereka dalam mencapai cita - cita. Keikhlasan William selalu dicemburui hinggalah Reading Room dibakar oleh Omar kerana agak marah bila Javier sbekerja di Reading Room. dan pada masa yang sama seorang lelaki bertatu selalu memerhati Reading Room dari jauh sehingga menimbulkan rasa curiga
Walaupun filem ini tiada unsur cinta tapi ia adalh satu filem motivasi yang menaikkan semangat saya dan membuktikan usaha tangga kejayaan. Semua orang boleh berjaya tapi dengan satu syarat iaitu membaca. Dengan membaca kita menjadi manusia yang berolmu, bijak dan pintar. Apagunanya kamu hebat dalam subjek mengira tapi kamu lemah dalam pembacaan. Sejujurnya saya tidak kagum dengan manusia yang hebat dalam pengiraan tetapi saya kagum dengan manusia yang suka membaca dan menulis buku!

No comments: