Tuesday, March 21, 2017

Kraftangan Murid-murid pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda











Assalamualaikum

Baru-baru ini seorang wanita OKU telah menggemparkan negara susulan kemalangan yang melibatkan kematian. Ada yang mencerca, menghina malah ada yang memberi simpati. Anda jangan fikir mereka yang OKU itu tidak memliki kelebihan. Sebenarnya ada jika diberi bimbingan dan biarkan mereka fokus pada sesuatu benda.

Gambar-gambar di atas adalah kraftangan yang dihasilkan oleh murid-murid Pendidikan Khas SK Datuk Hj Baginda. Mula-mula untuk mengajar dan memberi tunjuk ajar amatlah sukar tetapi guru dan pembantu  bersabar. kami amat yakin dengan kebolehan murid-murid seperti ini untuk membentuk motor halus dan kasar. Ada yang mula bosan, tidak fokus dan tak kurang ada yang menolak tetapi bila dipujuk dan diyakinkan barulah mereka berminat.

Bukan mudah sebenarnya. Kesabaran dan kegigihan guru dan pembantu membuahkan hasil. Selain menghasilkan kraftangan ini, murid-murid pendiidkan di ajar berniaga. Boleh dikatakan hampir setiap tahun kami etrlibat dengan karnival pendidikan negeri Melaka yang berlangsung di dewan MITC, Ayer keroh. Murid-murid kami menjaja barang-barang dalam dewan yang besar seperti menjaja kuih. Alhamdulilah, keuntungan kami perolehi pulang modal.

Bagi diluar sana yang mahu menempah tasbih, tasbih tawaf, rantai kunci bentuk  beg, kitty dan bentuk buah tomato serta bentuk hati boleh hubungi nombor ini 0193914673. Setakjat ini kami banyak emnerima tempahan tasbih. paling banyak kami terima 50 buah. harga boleh runding.

Sumbangan Anda Inspirasi Kami

Ulasan Novel: Fobia


Pertama kali terpandang muka depan novel thriller ini, saya sudah tertarik. tajuknya membuatkan saya tidak sabar mahu membaca lalu terus saya hubungi penulis yang memiliki berpuluh-puluh buah novel, kak Siti Rozilah. saya mahu miliki novel ini dari tangannya sendiri.

Pulang dari bertemu kak Siti Rozilah, saya tidak buang masa lagi. Mula-mula dihidangkan penderitaan seorang kanak-kanak bernama Luth yang diseksa oleh ibu tirinya. Terus membawa pembaca menemui 3 watak yang berbeza iaitu Hakeem, Luth dan Hidayat.

Pertemuan Hidayat dengan Doktor Humairah membibitkan perasaan cinta namun rasa terhalang bila mendapat tahu Doktor Humairah sudah bertunang.

Seterusnya Hakim baru berpindah berkenalan dengan seorang Datin terus menjalinkan hubungan terlarang dengan datin tersebut. ini biasa berlaku dengan masyarakat sekarang yang terjerumus dengan skandal. Mula-mula pembaca akan fikirkan Hakeem menjalinkan hubungan dengan Datin tersebut semata-mata harta tetapi tidak. Hakeem ada visi dan misinya tersendiri.

Luth, watak kanak-kanak yang di dera dan disakiti ibu tiri bertindak sebagai rakan Hidayat dan cuba mengorat Janet, pembantu peribadi Hidayat.


Namun pengakhirannya akan mengejutkan pembaca.