Sunday, July 9, 2017

Air Doll




Sebuah filem lakonan Bae Donna dari Korea Selatan sebagai patung seks. Filem Jepun ini bukan filem seks sebaliknya filem berat yang mengangkat kemanusiaan dan kemasyarakatan. Patung seks dihasilkan bagi memenuhi kepuasan seseorang lelaki tetapi dalam filem fantasi ini Nozomi, patung seks yang dijaga, dibelai, disayangi oleh seorang lelaki pertengahan usia iaitu Hideo sebenarnya hidup pada waktu siang.
Nozomi menyelami kehidupan manusia dengan rasa gembira, bergaul dengan masyarakat serta menikmati keindahan muka bumi ini namun sayang dia tidak boleh makan dan minum. Nozomi, patung yang mempunyai hati dan perasaan menjaga seorang lelaki tua yang sakit, bekerja di kedai VCD/CD, gemar melukis dan mengait akhirnya patuh hati dan keceewa.
Taukeh kedai tempat dia bekerja mengambil kesempatan terhadap dirinya, Hideo membeli patung lain setelah dirasakan Nozomi tidak diperlukan. Lebih menyedihkan Nozomi, dia ke tempat patung dihasilkan. Dia dapati patung yang tidak berguna lagi akhirnya dicampak ke tempat pembuangan sampah. Lebih meluluhkan hati Nozomi, Junichi, lelaki yang disukainya akhirnya mati.
Nozomi, patung yang memiliki impian dan harapan dalam hidupnya.

4.5/5 Bintang. Ada sesiapa yang sudah tonton filem ini?

Spider-Man:Homecoming.


4/5 Bintang.




Bila lelaki comel yang jadi Spiderman merampas perisai Captain America dalam Civil War, saya harap sangat lelaki comel tu dalam Spiderman yang seterusnya.
Tom Holland ada iras Tobey Macguire dan David Mazazou yang jadi Batman dalam Gotham. Sebenarnya bila tonton filem ini kita lupa Tobey Mcguire dan Andrew Garfield juga Spiderman. 
Filem lakonan Tom nampak segar. Tony Stark mendidik Peter jadi penyelamat di kawasan kejiranan tetapi jiwa remaja Peter memberontak mahu menyertai Avenger serta menyelamat atau melindungi sesuatu yang lebih besar namun keinginannya memakan diri sendiri.

Filem ini kelihatan kemas walaupun CGI sangat melampau juga bagi saya. kadang-kadang kelihatan kartun. Bagi saya ini percubaan Tom sebagai Spiderman namun persembahannya tidak mengecewakan. Serius, saya duudk tonton, saya sentiasa tertunggu-tinggu kemunculan Tony Starks yang juga Iron Man. 

Bagi saya bolehlah Tom Holland jadi Spider Man.