Sunday, September 11, 2016

Rudy Habibie




Akhirnya dapat juga saya tonton filem ini di Astro Best. Saya tidak berkesempatan tonton di pawagam tempoh hari lantaran kesibukan dan kekangan waktu. Hanung Bramantyo adalah pengarah Indonesia kesukaan saya. 

Saya hanya boleh berikan 4/5 bintang. Ini secara peribadi saya. Lakonan Reza Rahadian memang tidak mengecewakan. Bagi apa saja watak dia mampu membawakannya dengan baik. Saya jatuh cinta dengan lakonannya sewaktu Habibie dan Ainun. Dia mampu menggerakkan tubuh badan mantan Presiden ketiga republik, Prof Dr Ing Bacharudin Jusuf Habibie itu dengan baik sekali. Mimik muka yang bersahaja bagi wajah kacaknya begitu menyerlah sekali. Tiada apa yang mengecewakan bila menonton karakternya.

Bagi menonton sekuel filem ini pula, saya berpuas hati. Filem yang mengembalikan nostalgia lama di Aachen, Jerman awal tahun 60-an yang berkisarkan impian, persahabatan dan percintaan. Dia ingin menjadi mata air bagi cita-cita Indonesia untuk menghasilkan pesawat sendiri suatu hari nanti. Ilona juga tewas dengan cinta Rudy Habibie yang begitu mencintai Indonesia. Rudy Habibie bukan lelaki yang memungkiri janji namun dia berusaha untuk memuaskan hati semua orang. Cintanya kepada Islam begitu kuat sehinggakan ibunya sendiri menemui Ilona agar memahami yang keluarganya amat taat kepada Islam. Ibunya juga bimbang seandai cinta Ilona menggoyahkan iman Rudy Habibie terhadap Islam.

Bagi Rudy Habibie, Islam ada di mana-mana. Dia berani menunaikan solat di mana-mana meskipun berani masuk ke dalam gereja. Perwatakan Rudy Habibie nampak tenang namun dia sanggup memberontak bagi mempertahankan impiannya. malahan dia bertahan dan bergaduh dengan pelajar tentera yang dibiayai kerajaan Indonesia demi cita-citanya. Rudy Habibie juga seorang yang lucu. Rakyat Jerman bagaikan tidak percaya yang Rudy Habibie mampu bercakap dalam bahasa Jerman. keluarga aku orang kanibal dan pernah makan seorang rakyat Jerman  sebab itu aku pandai berbahasa Jerman, begitulah lebih kurang ayat Rudy Habibie sehinggakan ada yang takut mendekatinya. keberaniannya berdepan dengan pelajar senior menggambarkan Rudy Habibie seseorang sanggup mengambil risiko.

Filem ini sesuai ditonton oleh anak-anak muda terutama yang menuntut di IPT dan mengambil watak ini sebagai sumber inspirasi. sSosok ulung ini memberi nafas cinta  tehadap negaranya sendiri.

Sinopsis Cinta 7 Negara


Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi mengambil keputusan untuk mengembara. 7 buah Negara menjadi pilihannya iaitu Indonesia, Australia, Perancis, Singapura, Thailand, Itali dan England. Beliau mengambil keputusan mengembara sambil menyiapkan Ph.D yang hampir siap untuk melengkapkan impian dan menunai impian arwah mama. Dengan menggunakan wang dan jurnal peninggalan arwah mamanya, dia mahu mencari seseorang yang boleh merungkai asal usul dan kisah cinta arwah mamanya. Dia ingin tahu siapa sebenar ayah kandungnya lantaran kebencian papa dan keluarga papa terhadap dirinya. Pengembaraan Lila Suhaili menemukan dia dengan Alamsyahrizal, lelaki keturunan Batavia dari Indonesia yang bekerja sebagai Jurugambar di luar Negara.
            Setiap Negara yang dikunjungi dia akan bertemu dengan Alamsyahrizal secara kebetulan dan manusia-manusia yang memberikan dia semangat dan motivasi agar meneruskan hidup ini meskipun dibenci papa sendiri. Pertemuan dia dengan sahabat Alamsyahrizal iaitu Dr Alex membuatkan dia  terkejut berikutan pertemuan jurnal Kartini Daeng Misbah, wanita keturunan Bugis. Tidak cukup itu, gambar wanita dalam jurnal itu sama dengan potret yang tergantung di rumah nenek Lila Suhaili di Melaka. Malahan neneknya memberitahu Kartini dan Lila Suhaili mempunyai persamaan. Bukan sahaja wajah tetapi sikap degil dan suka memberontak.  Dr Alex ingin menyusuri sejarah keturunan Kartini berikutan percintaan Kartini dengan Partama, pedagang kecil dari  Bukit Tinggi di halang oleh bapa Kartini, Daeng Misbah.  Percintaan Kartini dan Partama bukan sahaja dihalang oleh Daeng Misbah tetapi ada satu keturunan Jawa telah mengenakan sumpahan agar Partama tidak akan bernikah dengan sesiapa lantaran anak keturunan Jawa itu kalah bertarung dengan Partama. Anak keturunan Jawa itu juga menaruh hati kepada Kartini tetapi ditolak Kartini. Dendam anak ketrunan jawa itu membuatkan Kartini tidak bernikah dengan sesiapa sehingga mati.

Kajian Dr Alex melalui jurnal Kartini menemukan keturunan Partama.Namun ada yang lebih mengejutkan keturunan Partama ada kaitan dengan kekasih arwah mamanya dan keluarga Alamsyahrizal. Alamsyahrizal dan Lila Suhaili mencari  keturunan Jawa yang telah mengikat sumpah keturunan Partama berikutan penceraian dan kematian jika lelaki  keturunan Partama bernikah. Namun sesuatu yang telah menghiris hati Lila Suhaili.