Tuesday, June 3, 2025

Friday the 13th

Assalamualaikum 

Sudah lama tidak kemaskini blog hampir dua tahun. Sibuk sedikit dengan urusan akhirat juga dunia sementara ini.

 Kenapa Jumaat dan tarikh 13?

Sehinggalah saya marathon kesemua filem Friday The 13th dari tahun 1980 yang saya belum lahir hingga tahun 2009.

Jumat-13 atau Jumat ke-13 dikatakan hari yang dianggap sial dalam kepercayaan tahyul dalam kalangan masyarakat barat. Angka 13 juga ada kaitan dengan asal usul masyarakat Barat membenci angka 13 adalah peristiwa ‘The Last Supper’ atau ‘Santapan Terakhir’ yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian di mana berlakunya pengkhianatan  kepada Jesus. Jamuan santapan itu dihadiri 13 individu.

Rentetan dari pelbagai mitos masyarakat barat terhadap angka 13 makan angka ini diangkat menjadi filem yang melahirkan watak ikonik iaitu Jason Voorhees dianggap sebagai ikon untuk tarikh ini setiap kali munculnya tarikh keramat ini. Malahan topen Jason juga dijadikan kostum seram setiapkali tiba Hari Halloween.

Setelah menonton kesemua filem ini, fahamlah saya ia berbentuk pembalasan dan dendam Jason terhadap semua orang. Bagi saya, Jason kemungkinan kanak-kanak kurang upaya yang datang ke Kem Kristal bersama ibunya yang merupakan tuang masak di Kem tersebut. Jason selalu dibuli oleh kanak-kanak lain sehinggakan dia dibiarkan lemas di tasik kem tersebut. Jason mungkin dapat diseamatkan oleh ibunya dan dinyorokkan oleh ibunya, Pamela. Pembunuhan pertama dalam Friday the 13th pada tahun 1980 dibunuh oleh ibunya Pamela kerana pada tahun itu Jason masih lagi kanak-kanak tapi tidak mustahil juga, boleh jadi Jason juga membunuh atas sebab tidak keperimanusiaan terhadap dirinya.

Aku boleh layan filem francais ini sehingga filem Tommy bunuh Jason sepenuh hati sebab ibu Tommy turut mati dibunuh oleh Jason.

Selepas itu aku dah mula rasa merepek filem-filem lagenda ini. Tapi aku layan jugalah hingga habis semua siri Jason ini. Bagi saya semua angka ada maksud tersirat juga tersurat juga kepercayaan masing-masing. Terpulang. Bagi saya hari Jumaat adalah hari penghulu kepada masyarakat Islam.
















Tuesday, January 23, 2024

Jangan Sembunyi Cinta







Johan pulang kepangkuanNya beberapa hari sebelum pernikahan dengan Eriqa Ellen. Eriqa menerima panggilan hotel di sebuah Pulau untuk mengesahkan kehadirannya. Rupanya percutian di Pulau Redang adalah hadiah bulan madu dari Johan untuk bakal isteri tapi tidak kesampaian. Eriqa bersetuju untuk mengisi ruang sedihnya di hotel tersebut.
Tiba di Pulau Redang, dia menemui lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum Johan.
Eriqa nekad untuk melarikan diri dan terpaksa mengupah lelaki yang baru dikenalinya, Dani sebagai tunangnya. ERiqa dan Dani sentiasa bertemu dan saling bercerita antara satu sama lain
Dari situ bermulalah perjalanan baru yang mengubah hidup Eriqa Ellen. Insiden demi insiden berlaku hingga merenggangkan hubungannya dengan Dani.
Pertemuannya dengan Mikhail membibitkan persahabatan hingga menjalinkan percintaan. Eriqa bertemu Dani secara kebetulan namun tidak seperti dulu. Dani ingin mencuri hati Eriqa semula namun terlewat bila Eriqa memilih Mikhail. Dani tidak mampu untuk menerima kehilangan Eriqa.























Tuesday, September 20, 2022

Ilham Sajak Botol Berisi Surat Cinta di Tengah Lautan






 

Assalamuaalaikum. Alhamdulilah sebuah antologi saya bersama GAPENA sempena Dialog Utara ke-16 dengan tema alam sekitar. Kali ini tajuk puisi yang agak panjang dengan menggunakan elemen alam sekitar, alam semula jadi seperti  laut, pantai, camar, mentari, malam, siang dan sebuah bitol berisi kisah-kisah cinta. Sejujurnya saya suka puisi yang saya tulis kali ini.

         Sebenarnya puisi ini ilham daripada sebuah filem adaptadi novel Nicholas    Sparks yang bertajuk  Message in a bottle. Sebuah filem yang berkisarkan Theresa menemui sebuah botol di pasir pantai berisi surat dan dia temui lagi. Surat-surat itu ditulis seorang lelaki yang kematian isteri dan amat merindui isterinya. Theresa membuat liputan kisah-kisah surat cinta yang ditemui di dalam akhbar dan pada masa yang sama Theresa menjejaki lelaki yang mengirim  surat-surat di dalam botol. Pengakhirannya sangat menyedihkan. Kerinduan tidak mampu diungkapkan lalu menulis dan masukkan ke dalam botol lalu kirimkan ke lautan yang luas.

 


 

Sunday, August 14, 2022

7 Nasihat dalam Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Bahagia di Perpustakaan Rumahku

Assalamualaikum
Dah lama tak menjengah blog yang hampir setahun saya tidak menulis apa-apa. Blog popular lebih kurang 10 tahun yang lalu lebih kurang sama dengan Facebook sebelum munculnya Tik Tok. Dulu blog digunakan sebagai medan perniagaan, promosi, juala juga ada yang menulis sebagai review produk. Ada yang buat pendapatan melalui blog.

Untuk kembali merancakkan blog saya yang berhabuk katanya, saya nak kongsikan karya-karya saya yang saya aktif sejak tahun 2000. KIra dah 20 tahun saya berada dalam dunia penulisan.

Buku antologi Cerpen Kanak-kanak diterbitkan pada tahun 2021 oleh SYFE Management. Tajuk cerpen saya yang dimuatkan dalam antologi ini adalah 7 Nasihat. Bukan saja tertarik dengan tajuk lagu Siti Nurhaliza tapi orang yang mendekatkan saya dengan dunia buku ialah ayah saya yang sentiasa mengingatkan saya ambil nasihat yang ada dalam buku cerita yang saya baca sewaktu zaman kanak-kanak. Saya dimewahkan dengan buku oleh ayah saya tetapi tidak sesekali permainan dan patung. Dalam antologi ini saya memuatkan 7 ciri nasihat seperti dalam lagu dendangan Siti Nurhaliza dan saya terjemahkan dalam bentuk karya kreatif.

Kenapa saya pilih tajuk 7 Nasihat? Sebab 7 adalah angka kegemaran yang saya suka dan saya suka nombor ganjil. Sebaiknya dalam karya-karya kreatif penulis tampilkan nilai-nilai murni untuk para pembaca. Penulis berperanan menyampaikan sesuatu yang baik untuk para pembaca terutamanya kanak-kanak yang mula berjinak dengan buku.







Friday, August 6, 2021

Wisata Terbang Inspirasi: Himpunan 50 Jurnal Pengembara.

 Assalamualaikum

Sebenarnya saya rasa bersyukur dan lega apabila antologi yang banyak kali tertunda dan ditunda akhirya menjadi sebuah buku yang diimpikan sejak tahun 2016. Ini bermakna 5 tahun perjalanannya. Pertama kali menjadi Penyelenggara untuk buku bertemakan pengembara, bukan mudah. Sejujurmya rasa bersemangat dan bila ada penulis tarik diri, mula tak cukup penulis terus rasa down. Sehinggalah saya melupakan terus projek ini. Dalam hati rasa bersalah dengan penerbit dan beberapa orang penulis yang mengharapkan projek buku ini menjadi. Saya cuba melupakan namun sukar sebab asyik teringat dan dah berjanji yang projek ini akan berjaya. 

Pada bulan Ogos ke September tahun 2019, seorang penulis projek ini menghubungi saya dan bertanyakan status dan perkembangan projek ini. Saya beritahu projek tersebut tak jadi. Penulis tersebut berasa sedih dan saya pula rasa bersalah. Beliau minta saya hidupkan kembali projek tersebut. Dia beritahu akan bantu saya mencukupkan 50 karya agar menjadi sebuah buku. Saya berusaha mencari semula karya-karya penulis yang sudah hantar sebelum ini sebelum maklumat, karya dan semuanya dalam laptop lama saya yang rosak. Saya berusaha berbulan-bulan mencari semula dalam emel. Kumpulkan dan menyemak semula. Saya hubungi beberap penulis lain untuk melengkapkan 50 karya Kembara ini. Minta maaf boss Rozlan, saya pada awalnya tak beritahu untuk gerakkan projek ini. Bila cukup 50 karya, baru  saya hubungi Boss Rozlan untuk menghidupkan semula projek ini. Saya risau juga jika  boss Rozlan menolak. Alhamdulilah boss Rozlan menerimanya.

Dismeber 2019 saya menunaikan umrah, saya berdoa di hadapan kaabah, doa utama saya agar projek 50 Kembara ini berjaya menjadi walau macam mana pun halangan sebab saya baru bertatih menjadi Penyelenggara dengan bimbingan Boss Rozlan dan Boss Nasser. Ketika itu pun saya masih segan dan malu nak bertanya lebih lanjut tapi lama-kelaman saya belajar dan banyak merujuk kepada mereka.

Bila masuk bulan Mac 2020, projek 50 Kembara ini terhenti seketika sebab ramai penulis mengharapkan projek ini menjadi.  Saya berdepan juga dengan karenah penulis yang tidak berhenti bertanya. Alhamdulilah mereka memahami tapi bila PKP berterusan bermulalah halangan dan macam-macam masalah tapi saya percaya projek ini akan menjadi sebuah buku juga walaupun mengambil masa yang panjang. Saya pun pertama kali belajar jadi penyelenggara. Bukan mudah. Bila saya  berdepan dengan tugas-tugas Penyelenggara, baru saya faham bagaimana peranan Penyelenggara.

Akhirnya jadi juga sebuah buku. Saya percaya buku Wisata Tewrbang Tinggi pasti memberi inspirasi kepada para pembaca pada musim pandemik. Ramai yang tidak dapat mengembara, buku ini pasti membawa anda mengembara ke banyak tempat di luar negara.








Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan

 Assalamualaikum

Dah lama tak menulis di blog. Makan bulan juga tak menjengah blog. Kata Blogger, blog dah berhabuk. Tak apa, kali ini saya nak kongsikan buku antologi yang diterbit pada awal tahun 2021. Saya lupa nak kongsikan di blog. Buku Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan.

Saya hantar 2 karya untu buku Gunting yang bertajuk Cinta Khianat dan Sahabat Gunting. Sejujurnya 2 kisah yang saya tulis adalah kisah benar yang berlaku di sekitar saya. 

Buku terbitan Metromedia Solution ini mendapat perhatian lantaran ramai pembaca yang sakit hati membaca kisah-kisah khianat dari 50 karya yang berbeza. Saya baca pun sendiri sakit hati.