Wednesday, August 29, 2018

Sayembara Deklmasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka


SYARAT PERTANDINGAN
1.      Penyertaan terbuka kepada semua Rakyat Malaysia berumur diantara 17 tahun ke atas dan bermastautin di negeri Melaka sekurang-kurangnya 2 tahun
  1. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2017) tidak dibenarkan menyertai.

  1. Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014.

4.      Deklamasi sajak tidak mengandungi unsur nyanyian dengan irama-irama tertentu yang dibantu bunyi daripada rakaman kaset atau cakera padat atau sebagainya.

5.      Peserta dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak serta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas, bersesuaian dengan sajak yang disampaikan.

6.      Peserta dibenarkan membawa alat bantu (props) yang bersesuaian dan tidak membahayakan. Alat bantu yang menghasilkan bunyi-bunyian, berbentuk dari semua jenis alat-alat muzik termasuk pita perakam tidak dibenarkan.

7.      Penganjur mempunyai hak untuk menyiar semula rakaman/sedutan samaada visual atau media deklamasi puisi oleh peserta tanpa meminta izin daripada peserta terlebih dahulu.

8.      Penyertaan adalah percuma. Walau bagaimanapun perbelanjaan bagi menghadiri peringkat saringan dan akhir adalah di bawah tanggungan peserta.

9.      Peserta perlu mendeklamasikan sajak tidak melebihi tujuh (7) minit. Markah akan ditolak sekiranya melebihi had masa yang diperuntukkan.

10.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 September 2018. Walau bagaimanapun peserta yang masih berminat, boleh hadir pada 15 September 2018 semasa peringkat saringan diadakan dengan membawa borang penyertaan .

11.        Peserta di Peringkat Negeri hendaklah menghafal puisi pilihan mereka. Walaubagaimanapun mereka dibolehkan membawa bersama teks puisi pilihan ketika mendeklamasikan puisi bagi mengelakkan daripada terlupa atau boleh menganggu pembacaan.

12.        Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas dengan cara yang kreatif dan bersesuaian dengan sajak yang disampaikan. Pergerakan yang tidak sesuai, boleh mengurangkan markah.

13.        Peserta dibenarkan membawa alat bantuan (prop) yang bersesuaian dan tidak membahayakan. Alat bantuan yang menghasilkan bunyi-bunyian seperti jenis alat muzik termasuk sebarang alat perakam seperti (tape/CD/dan sebagainya) tidak dibenarkan sama sekali.

14.        Peserta yang layak ke peringkat Kebangsaan (akhir) adalah diwajibkan untuk menyertai sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan. Kegagalan untuk menghadiri diri tanpa akan menjejaskan markah pertandingan.
TARIKH DAN TEMPAT SAYEMBARA PUISI
 Pertandingan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu:

(i)                 Saringan akan dijalankan jika penyertaan melebihi 20 penyertaan
Akan dimaklumkan.

(ii)               Peringkat Akhir akan dijalankan di Dewan SMK Sharifah Rodziah, Telok Mas pada 15 September 2018 pada jam 8.45 malam.

HADIAH PENYERTAAN
Peserta peringkat akhir akan menerima hadiah seperti berikut:
(i)                 Tempat Pertama : RM 500.00, Sijil dan Cenderamata
(ii)               Tempat Kedua : RM 300.00, Sijil dan Cenderamata
(iii)             Tempat Ketiga : RM 200.00, Sijil dan Cenderamata
(iv)              Hadiah Saguhati (2) : RM100.00, Sijil dan Cenderamata
Setiap penyertaan akan diberi cenderamata dan sijil penghargaan.


Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar melalui e-mel ikatanpersuratanmelayu1950@gmail.com atau idanardiel@gmail.com atau  sufreisuhaida@gmail.com atau cikgupijie86@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia :
(i)                 Cik Norhidayah           019-3914673
(ii)               Encik Sufrie                 017-6654392
(iii)             Encik Mohd Rafizi       012-5403989

Keputusan Hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.

Thursday, August 16, 2018

Bila Adam dan Hawa Terpisah


Langkah  Nurul Iman terhenti bila tangannya ditarik oleh seorang lelaki dari arah belakang. Nurul Iman memejamkan matanya menahan air mata agar tidak lagi lebat membasahi pipinya. Hatinya masih sakit. Lukanya masih dalam.
            ”Iman, maafkan abang”lelaki itu merayu hiba. Nurul Iman mengeraskan hatinya untuk tidak melihat wajah lelaki yang pernah menjadi suaminya selama lima tahun dulu. Dia benci! Benci! Benci tapi dia rindu sebenarnya
            ”Sedangkan Nabi Muhammad boleh memaafkan umatnya takkan Iman tidak boleh maafkan abang?”suara lelaki itu semakin sayu. Ada sisa-sisa tangisan. Nurul Iman menoleh dengan bibir diketapkan sekuat hati. Mereka berdua saling berpandangan. . tiada rasa keghairahan di antara mereka bila bertentangan.
            ”Jangan sesekali sebut nama Nabi Muhammad. Abang adalah umat Nabi Luth yang ingar dengan Allah!”hambur Nurul Iman. Giginya bergetar. Matanya tajam merenung merenung lelaki dihadapannya. Lantas tangannya ditarik dengan kasar dari pegangan lelaki itu. Kakinya bersedia melangkah ke tempat berlepas
            ”Maafkan abang, Iman. Abang sayangkan Iman lagi!” kedua-dua tangan Nurul Iman ditarik dari arah belakang lagi dan terus melutut  di hadapan Nurul Iman. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Kalau boleh dia mahu memiliki wanita ini semula. Wanita ini bagaikan satu dalam sejuta. Dia tidak mampu melupakan layanan dan kasih sayang dari wanita bernama Nurul Iman ini. Cintanya terlalu agung.
            ”Maafkan abang, Iman. Abang bersalah. Abang tak berguna!”lelaki itu terus menangis teresak-esak. Kedua-dua tangan Nurul Iman digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
            ”Abang bangun, jangan buat macam ini”Nurul Iman cuba menarik bahu lelaki itu. Lelaki itu tidak bergerak. Berterusan menangis seperti anak kecil.
            ”Abang bangun! Bangunlah!”akhirnya lelaki itu bangun, mahu memeluk Nurul Iman tetapi Nurul Iman mengelak.
            ”Kita bukan lagi suami isteri”tingkah Nurul Iman.
            ”Iman, kembalilah pada abang. Berilah abang peluang kedua”lelaki itu merayu.
            Nurul Iman menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengeraskan hatinya. Dia tidak akan rasa simpati sedikit pun. Biarkan. Biarlah
            ”Abang, saya tak mahu menjadi seorang isteri lagi. Hati saya dah tertutup untuk menjadi seorang isteri lagi. Saya tiada tempat di hati seorang lelaki. Bila abang buat perangai macam tu, betapa hinanya diri menjadi orang perempuan. Adakah saya tidak lagi memenuhi kemahuan dan kepuasan abang sehingga abang ....abang....”Nurul Iman tidak sanggup lagi meneruskan katanya sebaliknya air mata terus mengalir deras. Terbayang peristiwa pada malam itu. Dia seperti mahu pengsan dan menjerit sekuat hati tapi ditahannya. Tidak guna melawan atau bergaduh bila melihat dua lelaki sedang berada di atas katil yang pernah menjadi kamar pengantinnya.
            ”Abang, kalau abang nak mahu kahwin lagi satu pun tak mengapa, bang. Iman tak kisah. Malah abang nak cukupkan empat isteri pun tak mengapa tapi kenapa abang sanggup buat benda terkutuk? Kenapa?”mata Nurul Iman tajam merenung wajah lelaki di hadapannya. Benci pun ada. Kasihan pun ada. Semuanya sudah menjadi bubur. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Waktu tidak boleh dipusingkan lagi. Tiada peluang kali kedua untuk dia membina rumahtangga  lagi.
            ”Iman, jangan tinggalkan abang. Abang rasa hidup abang dah kosong . kosong sangat. Tiada bererti. Maafkan abang”suara kasar itu berbasi-basi bersama tangisan. Nurul Iman menarik nafas. Segala keputusan sudah cukup muktamad buat dirinya. Malah sokongan dari keluarganya amat kuat agar dia terus meninggalkan lelaki ini
            ”Iman dah maafkan abang tetapi abang perlu minta ampun dan maaf dari ALLAH. Iman takkan kembali pada abang lagi. Biarlah kita sama-sama bina hidup baru dengan haluan masing-masing”suara Nurul Iman bertukar lembut. Lelaki itu agak terkejut. Dia menggeleng-geleng tanda tidak setuju dengan keputusan Nurul Iman. Dia mahukan wanita ini lagi.
            ”abang janji takkan buat lagi”
            ”Jangan berjanji dengan Iman tapi dnegan diri abang. Nafsu yang mengawal diri kita berbanding dari iman. Abang, lelaki adalah untuk wanita dan wanita untuk lelaki seperti mana Adam untuk Hawa dan Hawa untuk Adam. Bila Adam dan Hawa terpisah dunia akan jadi porak peranda. Masing-masing akan rasa gelisah seperti kita. Abang, jangan biarkan Adam dan Hawa terpisah lagi. Biarkan mereka bahagia. Saya benci manusia songsang. Apakah lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi pasangan bahagia?”kata Nurul Iman sambil mengetapkan bibirnya. Lelaki itu terkaku. Lantas Nurul Iman mencapai bagasi cepat-cepat berlalu ke tempat berlepas. Dia nekad kasih dan sayang akan dicurahkan kepada manusia-manusia di tanah gersang Iraq, Luban dan Afghanistan. Kini hatinya sudah tertutup buat manusia bernama lelaki namun kasih dan cintanya kepada DIA takkan terpadam. Dia berllau tanpa memandang ke belakang lagi. Hidup perlu diteruskan.
            Lidah Nurul Iman terkelu seketika bila membaca mesej di dalam telefon bimbitnya.
            Sayang, i merindui sangat. I mahu bersama you. I ingin lebih mengenali you
            Gila!Kiriman dari Aida membuatkan dia mahu tremuntah. Geli geleman dibuatnya. Perempuan ni gila! Bukan tidak ingat dunia tetapi tidak ingat akhirat langsung. Dia ingat aku ni lesbian ke?
            Aida, penari kebudayan yang dikenalinya di suatu majlis tidak lama dulu. Pertama kali Aida sudah merenung dia semacam penuh keghairahan. Pertemuan seterusnya tangan Aida sudah pandai naik atas tubuhnya sehingga ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Mula merepek yang bukan-bukan. Mesej penuh dengan ayat-ayat lucah dan kata-kata romantis yang memualkan. Sejak itu dia melarikan diri dari Aida. Sudah berkali-kali dia menukar telefon bimbit tapi masih berjaya dihidu oleh Aida yang tidak henti-henti  menagih kasih dan sayang darinya
            Ya ALLAH, berikanlah aku kekauatan. Jauhkanlah aku dari segala godaan dan maksiat, mohon dia dalam hati. Dia tidak sanggup menghadapi smeua ini. Dia tidak terdaya untuk memberitahu suaminya, Haizal yang sentiasa sibuk. Bila dia sudah lena baru suaminya pulang. Hubungan mereka sebagai suami isteri semakin renggang. Hujung bulan sahaja Haizal selalu ke luar negara atas urusan perniagaan. Dia juga perasan suaminya sudah banyak berubah. Tiada kucupan mesra setiap kali bertemu dan berpisah, tiada pelukan seperti selalu, tiada gurau senda bila bersembang-sembang dan segala-galanya benar-benar berubah. Sikap dingin Haizal kadang-kadang membuatkan dia mengalirkan air mata. Barangkali Haizal sudah ada wanita lain? Ah, kalau ada mengapa tidak beritahu aku saja. Aku redha jika Haizal bernikah lain asalkan dia bahagia
            Lamunannya termati bila dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Matanya melihat nama yang tertera i skrin telefon bimbitnya. Aida? Segera telefon bimbit di matikan. Nurul Iman mengucap panjang lalu mengeluh berat. Kenapalah dengan kau ni Aida? Carilah lelaki kalau kau berada dalam kegersangan. Aku adalah wanita yang tetap memerlukan lelaki.
            Dia teringatkan Haizal. Sudah lama mereka berdua tidak makan bersama. Lantas jarinya menekan-nekan butang telefon pejabatnya satu persatu. Tiada jawapan dari telefon bimbit suaminya. Nurul Iman mencuba lagi hingga berkali-kali. Biarpun penat dan lenguh jari jemarinya menekan punat telefon, dia tetap mahu mencuba. Tanpa berfikir panjang dia terus menghubungi telefon pejabat suaminya.
            ”Assalamualaikum......Haizal ada tak? Tiada? Dia ke mana? Hmmm tak mengapalah. Nanti kalau dia balik minta dia telefon isterinya ya. Terima kasih. Asalamualaikum!” gagang telefon di letak perlahan. Hatinya terasa hiba. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama suaminya. Sibuk sangatkah Haizal hingga tiada masa untuk dirinya? Nurul Iman tersandar lesu. Apapun keadaan dan rintangan dia tetap mahu menyelamatkan masjid yang dibinanya ini. Dia berkhayal seketika. Mengenang semula pertemuan pertama dia dengan Haizal sewaktu menuntut di universiti yang sama.
            Nurul Iman terbangun dari sofa bila terdengar bunyi enjin kereta milik Haizal. Dia segera bangun menyelak langsir. Dia tersenyum melihat Haizal keluar dari perut kereta. Dia mahu menyambut kepulangan suaminya.
            Haizal agak terkejut bila terlihat Nurul Iman berdiri di hadapannya sebaik daun pintu dibuka. Nurul Iman segera mengambil briefcase dari tangan Haizal.
            ”kenapa Iman tak tidur lagi?”tyanya Haizal acuh tak acuh. Tangannya menggalkan tali leher yang sudah lepas ikatannya
            ”Iman tunggu abanglah”kata Nurul Iman manja
            Haizal menghempaskan tubuhnya di atas sofa dengan keletihan. Nurul Iman mengambil tempat di sebelah suaminya. Dia bersedia untuk melayani suaminya. Dia mahu menghabiskan masabersama suaminya
            ”abang nak makan? Iman ada masakkan makanan kegemaran abang, asam pedas ikan pari”kata Nurul Iman teresnyum simpul.
            ”tak payahlah, Iman. Abang dah makan di luar tadi dengan client”
            Nurul Iman terdiam seketika. Rasa kecil hati terbit di hatinya.
            ”Hmmm abang nak minuman. Iman ambilkan ye”Nurul Iman hampir bangun
            ”tak payah. Abang tak mahu”Haizal terus bangun mencapai briefcase. Langkahnya terus diangkat tanpa merenung wajah Nurul Iman. Tiba –tiba terdengar telefon bimbit suaminya berbunyi nyaring. Haizal terus menyambut dan serta merta wajah menjadi girang. Nurul Iman hanya memerhati
            ”Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku lagi?!”bentak Nurul Iman dengan suara lantang.
            ”Kenapa ni  sayang? I rindukan you sangat-sangat tau. Dah lama kita tak berjumpa”suara manja galak itu terus kdengaran di hujung talian.
            ”Aida, tolong jangan begini. Bawa mengucap. Ingat Allah. Aku perempuan dan kau juga perempuan. Aku bukan lesbian. Aku ada suami, Aida”suara Nurul Iman kembali mendatar.
            ”Iman, i sukakan you. You seorang yang tabah, bekerjaya, cantik, anggun dan you ada segala-galanya. I nak bersama dengan you. I tahu you pun gersang jugakan?”suara Aida semakin manja cuba memancing Nurul Iman. Sesekali ketawa manja. Nurul Iman semakin meluat
            ”Gila! Aku sunyi ke, gersang ke, aku masih ada keluarga dan kawan-kawan rapat aku. Aku tak perlukan kau faham!”
            ”Iman, i datang pejabat you ye?”
            “Kalau berani datanglah. I akan saman you kerana cuba menganggu ketenteraman hidup i. I akan bawa semua mesej-mesej dan email-email lucah yang you hantar pada pihak polis. Biar padan muka you”gertak Nurul Iman sambil tergelak kecil. Dia yakin Aida akan ketakutan. Dia tidak tahan lagi. Aida perlu di ajar.
            “janganlah buat I begini, Iman, Please!!!”Aida seperti mahu menangis
            “I don’t care, Aida. Kalau you call atau mesej I lagi selepas ini, I takkan teragak-agak bawa you ke muka pengadilan. Biar you meringkuk dalam penjara.You cantik dan  seksi, cari saja mana-mana lelaki yang you mahu. Meskipun hanya perempuan yang memahami perempuan itu belum mampu memenuhi kemahuan dan kepuasan. Hati seorang wanita. Ingat. Kita adalah Hawa dan lelaki adalah Adam. Jangan sesekali pisahkan Adam dengan Hawa. Macam I, I tetap perlukan suami I”luah Nurul Iman kegeraman lalau menghempaskan gagang telefon sekuat hatinya.
            Sekali telefon itu berbunyi. Nurul Iman menggigit bibir. Kenapalah perempuan tu tak faham-faham bahasa?! Dia nekad lepas ini dia mahu terus menghubungi pihak polis. Gagang telefon diangkat kasar.
            “kau ni kenapa tak faham-faham bahasa ha?!”tengking Nurul Iman.
            ”Iman, kenapa ni? Ini saya Haji Kamarul” kedengaran suara garau milik seorang lelaki kedengaran ke gegendang telinganya. Nurul Iman menarik nafas lega.
            ”Ohhh..ohh maafkan saya Tuan haji. Eerr tadia da orang ganggu saya tadi. Maafkan saya”mohon Nurul Iman
            “Tak mengapa. Saya minta kamu gantikan tempat saya untuk mesyuarat pada hari jumaat ni sehingga hari isnin di Cameron Highland. Saya ada hal hari jumaat tu.Segala tempat tinggal dan makan minum, kamu jangan bimbang sebab saya dah aturkan”
            ”Baik, Tuan haji. Ini mestuarat tentang apa?”
            ”Ini mesyuarat tentang pemasangan rangkaian komputer dengan sebuah syarikat komputer”
            ”Okey, baiklah. Saya akan uruskan”
            ”terima kasih. Oh ye, jangan lupa berikan saya laporan mesyuarat itu nanti”
            ”Baiklah!”
            Sudah tiga hari dia tidak dapat menghubungi talian telefon bimbit suaminya. Telefon rumah juga seakan tidak berfungsi lagi. Pelik? Ke mana suaminya pergi? Kenapa telefin bimbit dan telefon rumah tidak dapat dihubungi? Dia sakitkah? Nurul Iman terus dilanda kegelisahan. Kalau Haizal sakit mesti ada jiran-jiran, keluarga atau sahabat karib yang akan menghubunginya.
            Nurul Iman terus memandu kenderaan dengan berhati-hati. Jalan raya pada waktu  sore hampir lengang. Hatinya rasa tidak sedap dan berdebar-debar namun dia juga tidak sabar-sabar untuk menemui suaminya
            Sebaik sahaja dia tiba di depan pintu kamarnya, terdengar suara orang berbisik diselangi gelak tawa. Kedengaran suara suaminya mengusik dalam perkata-perkatan yang tidak sewajarnya tetapi kenapa suara lagi satu itu seperti garau juga? Hati Nurul Iman mula tidak senang. Dia dapat mendengar dengan jelas suara pasangan suaminya itu adalah lelaki. Jantungnya semakin kecang seperti pelumba lari yang mahu menamatkan perlumbaan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Tombol pintu terus dipusung dan di kuak. Nah, matanya terus terbelalak bila terlihat dua lelakis aling ebrtindihan di atas katil tanpa seurat benang. Haizal dan pasangannya juga terkejut melihat kemuculan Nurul Iman.
            ”Allahuakhbar!”laung Nurul Iman berkali-kali. Tangannya menutup wajahnya. Dia malu dan jijik melihat dua manusia di atas katil sambil berpelukan. Tubuhnya yang hampir rebah digagahkan juga untuk berdiri. Nafasnya mula turun naik. Serta merta air matanya terus menitis laju.Entah dari mana datangnya kudrat, tubuhnya menjadi gagah lalu cepat – cepat menuruni anak tangga berlari keluar mendapatkan keretanya.
            Dia tidak menyangka lelaki yang bersamasuaminya tadi adalah junior sewaktu di universiti dulu. Lelaki itu bernama  Izham, seorang lelaki yang pendiam dan tidak pandai bergaul. Dadanya bagaikan dihiris-hiris tajam. Sakitnya tak terkira.
            Binatang. Kau  binatang Haizal! Binatang!, jerit hati Nurul Iman. Dia terus memandu laju menuju ke Sungai Besi. Dia nekad mahu pulang ke Alor Gajah pada malam ini. Dia juga merancang mahu menfailkan penceraian.
            Sudah tiga bulan dia tidak menemui Nurul Iman. Sudsah beratus-ratus mesej dihantar. Hampir sakit tangannya mendail nombor telefon bimbit tetapi tidak diangkat juga. Pulang ke kampung isterinya, dia terus di maki hamun oleh keluarga mentuanya. Segunung kesal bagaikan beban yang terlalu berat. Dia merasakan kehilangan Nurul Iman membawa sebahagian daripada dirinya. Selama Nurul Iman menjadi isterinya tidak pernah Nurul Iman melalaikan tanggungjawabnya. Tangannya dikempalkan lalu menumbuk-numbuk sofa. Air matanya terus meleleh sambil memanggil-manggil nama Nurul Iman. Ini smeua gara-gara kehadiran Izham. Izham punca rumahnya tangga berantakan. Lelaki itu hadir  bekerja di syarikat yang sama dengannya. Dari hubungan kenalan biasa menjadi adik angkat akhirnya menjadi intim. Izham selalu meluahkan kekecewaan putuis cinta dan putus tunang. Rasa simpati yang dilahirkan Haizal terus menyongsangkan hidup mereka berdua
            ”Nurul Iman!” Haizal terus merintih sedih. Di saat ini dia mula merindui kasih sayang, kenakalan dan senda gurau Nurul Iman. Dia bagaikan seorang lelaki yang kehausan dan dahagakan kasih dan cinta dari seorang wanita. Tidak cukup itu segala pakaian-pakaian Nurul Iman di dalam almari di ambil, dicium dan dipeluk sekuat hati. Perit sungguh hidup bila mengalami kehilangan seseorang. Dia merindui pelukan dan ciuman dari Nurul Iman. Baru dia terasa akan kehangatan cinta dan kasih sayang Nurul Iman yang tidak boleh diperolehi dari Izham dan mana-mana lelaki.
            Aku bukan gay! Rintih Haizal tidak henti-henti
            Telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Pantas di capai dan dilekapkan  ke telinganya.
            ”Hello....apa sayang-sayang?!..... ah, peduli apa?!... apa yang aku dapat dari kau ha?.....ah, pergi mampuslah dengan kau. Kerana kau aku kehilangan isteri aku tahu tak?! Kau jangan ganggu aku lagi. Aku tak mahu kau. Aku nak isteri aku!!!!”Haizal menjerit lalu melemparkan telefom bimbit ke dinding lalu bersepai ke lantai. Air matanya terus membasahi pakaian-pakaian Nurul Iman yang berada di dalam dakapannya

IDA NARDIEL HAJI MOHD RASID
1 NOVEMBER 2006
6.22PM


Sunday, July 22, 2018

Unsane



Sewyer wanita bekerjaya yang suka menyendiri. Sewyer merasakan dirinya di hendap lalu membuat keputusan untuk bertemu dengan Kaunselor Highland Creek Behavioral Cente bagi menangani masalah dirinya selalu di hendap seseorang. Entah bagaimana dia ditempatkan sebagai pesakit yang dikurung. semua alat komunikasi, beg serta apa yang ada pada dirinya di simpan semasa dioa mendapatkan rawatan dan beliau menandatangani satu borang tanpa menyedari bahawa itu adalah persetujuan mendapatkan rawatan.


Sewyer dilayan sebagai peskait mental. Sewyer tidak menyedari bahawa pusta rawatan itu cuba mengambil kesempatan insurans yang dimilikinya. Ibunya cuba mengeluarkan Sewyer pun tidak berjaya. penghendap yang menghendapnya itu kakitangan pusat rawatan tersebut.

Jadi berhati-hatilah jika ada sesuatu yang mencurigakan, terus saja buat laporan polis

Bingit



Saya dapatkan buku ini dari sahabat gua yang juga penulis buku Bingit. Pertama kali tengok muka depan novel ini, di kepala gua mungkin kisah banduan. Bak kata penulisnya, kau baca arr dulu, baru kau tahu. Sejujurnya membaca buku-buku terbitan FIXI saya agak memilih. Bak kata kawan saya bukan penulis, kau sebagai Penulis harus berfikiran terbuka. Jangan ego dengan buku-buku sebegini. kau kena baca semua buku baru verstile! 

Hidup seorang lelaki jadi bingit apabila hidupnya huru hara. kemunculan  Tony. Lebih membingitkan bila ada perempuan mengandungkan anaknya tanpa nikah. Bingit buku ini membawa maksud huru-hara. Hidupnya kacau bilau dan tidak tentu arah.

Saya membaca. serius, saya terkejut. Wah, penulisan yang begitu berani lebih -lebih lagi penulisnya seorang wanita. namun bagi saya penulisannya jujur dari hati seperti air mengalir yang kadang -kadang tenang tetapi berkocak juga. Dialog yang disampaikan itu membuatkan saya membaca sambil menuturkannya. Ingi rasanya bila jadi gua dan lu.

Bingit bukan buku  kosong tetapi bermesej dari segi apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Itulah yang berlaku di kalangan masyarakat. Penulisnya yang saya kenali seorang yang terbuka dan bersahaja. Bercakap  dan berbual antara kami berdua, kami bualkan sahaja tanpa sekatan. begitulah hidup penulis tetapi pemikiran kami agak berbeza.

Berbalik pada Bingit, kita tidak boleh menidakkan. Meskipun ada kecaman dan teguran, kita tidak boleh menutupnya. penulis menulis melalui penglihatannya sendiri. Barangkali pengalaman sendiri atau orang lain. watak utamanya juga berperang dengan diri sendiri. Buku ini mengajar pembaca agar lebih berhati-hati memilih soal kawan, berkenalan dnegan seseorang, jauhi benda-benda yang terlarang dan diharamkan. Ringkas sahaja tapi perjalanan novel Bingit ini mampu mendidik pembaca.

Setiap buku ada nilainya. Ada mesejnya. Pemerhatian dan pengalaman penulis sebenarnya sangat bermakna lalu menghasilkan sebuah buku.

Gua gerak lu,pape roger!


Doktor Umum



Biografi terbitan MPH yang memuatkan 62 bab membuatkan saya ambil masa yang panjang untuk menghabiskannya.

Untuk mendapatkan buku ini pun saya mengambil masa yang lama juga. Setiap kali singgah di kedai buku MPH, memandang buku ini lama. Rasa rugi benar jika tidak mendapatkannya sebagai koleksi peribadi. Saya antara pembaca tegar yang gemarkan buku biografi. akhirnya saya dapatkan buku ini dari kenalan Facebook.

Tun Dr Mahathir bukan saja seorang Doktor tetapi juga Ahli Politik yang di sanjung timggi oleh masyarakat dunia. selain Malaysia, negara-negara perang juga  mengkagumi Tun Dr M sebagai pemimpin yang lantang, berani, malah di geruni beberapa pemimpin luar terutamanya Yahudi.

Selain sebagai Perdana Menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun, beliau juga seorang  penulis yang hebat. Tidak smeua ahli politik memiliki bakat sebagai Penulis. Kita hanya tahu kebanyakkan ahli Politik suka bercakap di atas pentas politik.

Berbalik pada Buku ini, ia menyusuri perjalanan hidup Tun  Dr M sejak kecil. Asal usul keluarganya, hidup di zaman peperangan, percintaan, pernah di buang dari UMNO kerana lantang mengkritik Tunku Abdul Rahman. beliau perdana Menteri keempat Malaysia yang paling berani melakukan  perubahan landskap dalam politik, ekonomi, sosial, pembangunan, pendidikan dan sebagainya selama 22 tahun!

Doktor Umum juga melangkaui sejarah politik Malaysia yang mungkin ramai tidak tahu. Tun Dr Mahathir amat menghargai dan mengenang jasa Tun Abdul Razak yang membawa beliau kembali ke pangkuan UMNO sehingga membuka jalan beliau sebagai Perdana Menteri.

Penggunaan bahasa juga ringkas dan bersahaja dan tidak terlalu berat. Kita sedia maklum, Tun Dr Mahathir orang sains  maka penulisannya tidak begitu sastera.

Bila saya membaca buku ini, begitu rupanya Tun Dr Mahathir.

Tuesday, July 17, 2018

Chaplin

Menyusuri perjalanan hidup Charlie Chaplin. Filem biografi yang diterbitkan pada tahun 1992. Heo Iron Man jadi Chaplin. Di saat dia membuat penonton tertawa, dia sebenarnya menyimpan duka sejak kecil. Di belenggu kemiskinan dan kesusahan. Lebih mrmeritkan hatinya bila ibu yang disayanginya dimasukkan pusat orang gila.
Ingat, orang yang selalu menghibur dan membuat kita tertawa hidupnya suram dan kelam.


Filem biografi ini menceritakan perjalanan dan latar belakang Charlie sejak kecil hingga hari-hari tuanya. dia meniti pelbagai

Saturday, July 7, 2018

Carrie

Filem Carrie pada tahun 1976

Filem Carrie pada tahun 2013

Novel Carrie


Carrie adalah  novel pertama penulis Stephen King yang dilancarkan pada 5 April 1974 Novel  ini mengisahkan mengenai Carrietta White, seorang pelajar sekolah tinggi yang  pemalu tetapi telekinesisnya untuk membalas dendam pada orang-orang yang pernah mengganggunya, menyakiti dan akhirnya menimbulkan bencana terburuk dalam sejarah Amerika. King menyatakan novel ini "memiliki kekuatan mengejutkan untuk menyakiti dan menakuti". 
Carrie salah satu buku yang paling dilarang di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat yang menjelaskan bagaimana Carrie menghancurkan kota  dan  membalas dendam pada kawan-kawan yang mempermainkannya. Filem Carrie telah diterbitkan pada tahun 1976, kemudian ke musikal Broadway 1988, filem sekuel tahun 1999, film television tahun 2002 dan filem tahun 2013.

Novel ini dikatakan didedikasikan untuk isteri  Stephen King, Tabitha: "This is for Tabby, who got me into it – and then bailed me out of it."

Sunday, May 27, 2018

Bicara Kopi Sastera 2












Tiras R atau nama sebenarnya Siti Salbiah Raduan merupakan anak jati Johor yang dilahirkan di Pontian. Beliau mula menulis secara serius selepas menghadiri bengkel penulisan Kepezi yang diasaskan oleh Zaharah Nawawi. Sebelum itu beliau adalah penyair siber. Puisi beliau  banyak termuat dalam halaman siber terutamanya Anjung Café Poem. Selain cerpen dan sajak, beliau juga gemarkan pantun. Siti Salbiah bersekolah rendah dan menengah di beberapa buah sekolah di Batu Pahat dan Pontian. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam tahun 1986 (UM). Sarjana Sains Perpustakaan dalam tahun 1991 (UiTM) dan Sarjana Sains Maklumat dalam tahun 2000 (UIAM). Pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Pustakawan Kanan, dan Pengarah Pengurus Ilmu di Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), sebuah universiti yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia. Beliau merupakan ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Tiras R juga seorang pengembara dan banyak berkongsi catatan pengembaraan beliau di Media sosial di Facebook.

Karya Yang Telah Diterbitkan 2000-2015

a) Cerpen Eceran
1. Penghujung (Mingguan Malaysia, 10 Jun 2001);
2. Tasawwur (Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2001);
3. Harapan Tidak Pernah Mati (Berita Minggu, 4 November 2001);
4. KL Selepas Billerica (Mingguan Malaysia 24 Februari 2002);
5. Selumbar (Dewan Masyarakat, Februari 2003);
6. Yang Indah-indah (Dewan Sastera, September 2003);
7. Surat Fariduddin, Haruman dan Senandika (Dewan Sastera, Julai 2004);
8. Pemula Versi Milenium (Mingguan Malaysia, 26 September 2004);
9. Kidung Akarku (Mingguan Malaysia 10 Julai 2005);
10. Tujuh Di Rabung Awan (Dewan Sastera, Januari 2006);
11. Suara (Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014);
12. Kopi Merdeka (BH Ahad, 31 Ogos 2014)
13. Perempuan Simpanan (BH 12 Julai 2015).

Kumpulan Cerpen:

1)Antologi bersama Nasi Ayam Laut Sepinggan (Utusan Pub. & Dist., 2003);
2)Antologi bersama Kepezi I dan Kepezi II (Haqaf Ent., 2004);
3)Antologi bersama Segala Yang Tercinta Ada Di sana (Utusan Pub. & Dist., 2005);
4)Antologi bersama Kalau Kita Menjadi Kayu (Utusan Pub. & Dist., 2006)

b) Puisi

1)Kumpulan Puisi; antologi bersama Graffiti Gratitude (Jakarta: Yayasan Multimedia Sastra, 2001)
Pencapaian/Anugerah 2000-2015
1) Memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001, 2003, 2005
2) Hadiah Sastera Darul Takzim IV, 2003 dan VI, 2007 untuk kategori Cerpen Eceran.
3)Memenangi Sayembara Penulisan ITBM 2 (2015) bagi kategori Kumpulan Cerpen

Dalam Bicara Kopi Sastera yang kedua ini, Tiras R menceritakan pembabitan beliau di dalam arena penulisan. Selain itu berkongsikan tips-tips menghasilkan karya yang baik serta tidak lokek mencerita pengalaman beliau mengembara di negara-negara luar.