Saturday, September 9, 2017

The Boy



Filem ini bermula seorang wanita Amerika bernama Greta yang dilakonkan oleh Lauren Cohan mendapat tawaran sebagai pengasuh di England. Dia membuat keputusan meninggalkan Amerika untuk melupakan bekas kekasihnya.
Setiba di rumah agam milik keluarga Heelshire, Greta terkejut bahawa kanak-kanak yang bakal di asuhnya merupaka boneka bernama Brahms berusia dalam lingkungan 8 tahun. Boneka tersebut amat disayangi oleh pasangan suami isteri seperti anak kandung sendiri. Boneka itu seolah-olah hidup bagi pasangan suami isteri itu.

Selain itu muncul satu watak lelaki tampan yang menjadi penghantar barang ke  rumah agam tersebut bernama Malcom yang dilakonkan oleh Rupert Evans. Malcom tertawan dengan Greta dan sedia membantu Greta jika diperlukan.
Misteri dan keresahan Greta bermula apabila pasangan Heelshire mahu bercuti dengan meninggalkan Greta dan Brahms. Puan Heelshire meninggalkan menu dan peraturan untuk Brahms. Maka bermulalah hal-hal aneh yang menimbulkan ketakutan dan pertanyaan Greta. Setiap kali terpandang potret  keluarga, seperti mahu memberitahu sesuatu. Greta terganggu apabila dia di kunci dalam loteng, sedangkan dalam rumah agam itu hanya dia dan patung itu sahaja. Kemudian dia merasakan ada pergerakan seseorang dalam rumah sehingga dia merasakan Brahms, patung berhantu yang memiliki roh. 


Greta mula mencungkil rahsia demi rahsia tentang keluarga Heelshare yang sebenarnya kehilangana nak lelakinya yang amti akibat kebakaran. Oleh keraan tidak boleh menerima kematian itu, pasangan itu membela boneka sebagai anak sendiri. Namun misteri demi misteri memaksa Greta mencungkil dan mencari rahsia yang tersimpan setelah beberapa kali di ganggu

.

Susu Kunyit



Susu kunyit merupakan minuman masyarakat  India yang biasa diamalkan sebelum tidur. Saya mengamalkannya tidak kira waktu dengan menggunakan susu kambing dicampirkan dengan badam yang di tumbuk halus kemudian campurkan air dan satu sudu kunyit serbuk dan didihkan. Kmeudian saya kacaukan dengan satu susu madu. Rasanya sangat sedap.
-Susu kunyit dapat mencegah dan memperlambat perkembangan barah
-Susu kunyit merupakan antioksida yang baik.
-Dalam tradisi Ayuvedic di India, susu kunyit dianggap sebagai pembersih darah.
-Susu kunyit sebagai pembersih racun alami pada hati.
-Membantu mencegah pembentukan lemak pada tubuh,
-Melancarkan pencernaan
-Meredakan sakit kepala
-Menjaga kesihatan jantung
-Mencerah dan menjaga kesihatan kulit.


Sebenarnya banyak lagi manfaat susu kunyit.

Hijabsta ballet



Saya menonton filem ini di Astro Best. Hijabsta ballet jauh sekali dibandingkan dengan Black Swan. Filem ini saya rasakan seperti eksperimen dan cuba menampilkan sesuatu yang luar biasa. Penari ballet bertudung? Itu yang menimbulkan persoalan namun ada keberanian yang cuba ditampilkan. Kita selalu lihat trampilan penari ballet itu bagaimana bukan? Filem ini menarik walaupun menampilkan  muka-muka baru dan di bantu pelakon-pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Arman Graseka dan  Aida Rahim.

Watak Adele Shakiri yang ditampilkan bukannya wanita yang luar biasa perwatakannya. Pada awalnya Adele tersepit antara harapan ibunya dan harapan neneknya. Ibunya berharap Adele menggembangkan sayapnya sebagai penari Ballet yang terkemuka manakala neneknya pula memberi harapan agar tidak melupakan agama dan adat. Biarpun ranting yang tumbuh tidak sama arah tetapi ia tetap dari akar pokok yang sama, itu sebahagian pesanan nenek Adele.

Adele bukannya wanita yang kecewa dalam bercinta tetapi  cuba melawan hukum dengan keberaniannya menunjukkan penari ballet tetap boleh berhijab. Ballet itu adalah hidupnya. Berhijab adalah pegangannya. Tragedi yang menimpa rakannya membuatkan Adele mahu berubah tetapi tetap tidak mahu meninggalkan ballet.

Kedegilan dan keberanian Adele mahu membuat persembahan ballet secara bersendirian seakan mencabar masyarakat dan meresahkan ibubapanya sendiri. Adele berdegil tetap mahu melakukaqn sesuatu agar ballet dan hijab di terima masyarakat. Tindakan Adele juga ditentang oleh golong ekstremis sehinggakan Adele di serang. Di situ kita lihat sikap golongan ekstremis yang sebenarnya tidak menghormati serta memalukan wanita.

Rentetan dari peristiwa itu, Adele di hantar ke Perth bagai mencari ketenangan dan mencari dirinya sendiri. Pengganut Islam dilihat sebagai pengganas begitu juga Adele berhijab berdepan dengan sekelompok Islamphobia. Ketakutan itu menganggu dia untuk bergerak ke mana-mana.


Adele dilakonkan oleh Puteh Maimun Zahra yang merupakan penari ballet profesional.


Selsun Blue

Ini bukan nama filem tapi nama syampu. Sebelum ini saya alami masalah kelumumur yang teruk. Saya berambut tebal dan pendek. Bila musim panas, rambut rasa berair dan kelumur jatuh atas bahu. Bila tiba di rumah saya akan tanggalkan tudung dengan cepat sebab tak tahan gatal dan asyik garu kepala.

Kalau iklan syampu di televisyen, semua syampu yang diiklankan oleh perempuan cantik dan bertudung, saya dah pernah guna tapi satu pun tak sembuhkan kelumumur saya yang semakin menebal. Hinggakan saya minta emak saya  tanggalkan kelumumur yang tebal menggunakan sikat bergigi halus. Bila rambut panjang di paras bahu, saya tak tahan dengan keadaan rambut hinggakan kawan mak saya terperanjat bila melihat rambut pendek saya macam jantan malah saya pernah beritahu mak saya mahu botakkan kepala gara-gara kelumumur, gatal kepala dan berair bila waktu panas terik.

Saya mencuba Selsun Blue atas saranan kawan baik saya. Dia tunjukkan botol biru di satu tempat membeli belah. Botolnya kecil tapi harganya boleh tahan. Saya berkira-kira nak beli juga. Di lain hari, saya tak tahan dengan keadaan rambut saya malah saya bimbang jika berbau bila bertudung, saya pun beli syampu Selsun Blue. Seminggu saya pakai, Alhamdulilah kelumumur hilang dan tak rasa gatal malah tak berair. Saya risau juga kalau adakelumumur ada lagi. saya minta mak saya cari kelumumur yang tebal atas kepala. Mak saya kata, tak jumpa pun kelumumur atas kulit kepala lagi.


Botol ni seklai tengok macam botol pencuci baju. Pertama kali kawan baik saya tunjukkan, saya pandang muka dia dua kali. Dia kata, Iya Ida, syampu ni bagus. Kelumumur boleh hilang. Muka dia serius. Bila dah pakai, Alhamdulilah memang hilang masalah rambut tapi saya sekarang elakkan pakai tudung bila rambut basah. Botolnya pun sebesar 200 ml dan baunya pun wangi malah tak berbuih seperti syampu-syampu lain.

Sunday, September 3, 2017

Julie & Julia



Memasak bukan sahaja terapi tetapi satu seni karya yang hebat!

Julie dan Julia tidak pernah bertemu tetapi Julie menginspirasikan Julia melalui buku dan pita video. Dua wanita ini menjalani hidup yang berbeza serta perwatakan yang berbeza tetapi mencintai dunia masakan.
Filem ini membezakan kehidupan chef Julia Child dengan kerjaya masakannya di Perancis pada usia hampir memasuki 40-an. Julie Powell lakonan Amy Adams adalah seorang penulis muda yang bekerja di Pusat Panggilan Perbadanan Pembangunan Manhattan. Dia menjawab setiap  panggilan telefon dari mangsa serangan 11 September dan masyarakat setiap hari. Julie membuat keputusan menulis blog untuk meningkatkan kemajuan dirinya dalam masakan. Pada awalnya, Julie tidak yakin untuk menulis keraan dia pernah untuk menulis novel tetapi karyanya di tolak. Dengan sokongan dan bantuan suaminya, blog Julie/Julia Project dihasilkan. Julie membuat keputusan untuk memasak setiap resipi dalam Mastering the Art of French Cooking oleh Julia Child.
Mengimbas semula kisah hidup Julia Child berada pada tahun 1950-an di perancis bersama suaminya, Julia Child mengambil keputusan untuk belajar memasak masakan perancis di Le Cordon Bleu. Sebelum itu Julia cuba belajar membuat topi, belajar bahasa perancis tetapi tidak sesuai dengan dirinya. Setelah menamatkan penajian memasak, Julia mengadakan kelas masakan serta melahirkan sebuah buku masakan untuk suri rumah Amerika.
Akhirnya, blog Julie dipaparkan dalam kisah yang diterbitkan dalam The New York Times. Blognya mula mendapat perhatian wartawan, ejen kesusasteraan, penerbit, dan maklumbalas dari anak-anak mudaJika plot filem ini di sorot,  Julie dan Julia mendapat sokongan daripada suami mereka.



Saturday, September 2, 2017

The Shallows


Filem bertemakan ikan jerung yang paling di ingati  hingga saat ini adalah Jaws, yang di arahkan oleh Stephen Spielberg. The Shallows menampilkan sesuatu yang berbeza dengan filem-filem jerung yang lain sebelum ini.  
Isteri kepada pelakon Ryan Reynolds, Blake Lively memberikan lakonan yang benar-benar memberikan kesan berbanding drama seperti Gossip Girls dan filem-filemnya yang sebelum ini seperti The Sisterhood of the Traveling Pants, The Sisterhood of the Traveling Pants2, The Town, The Age of Adaline, Society CafĂ© dan sebagainya.
 The Shallows merupakan salah satu filem survival di tengah laut yang paling menarik dan meningkatkan adrenalin. Aksi Blake Lively bertarung dengan jerung di tengah-tengah laut  membuatkan kita rasa luar biasa dengan Nancy yang berjuang untuk menyelamatkan diri dari jerung yang mengorbankan 3 orang manusia yang cuba membantunya. Filem ini juga di lihat dengan sempurna selain menampilkan pemandangan laut yang indah, serta menyaksikan aksi Nancy meluncur dengan baik.
Nancy mencari pantai tanpa nama yang dirakam oleh ibunya pada tahun 1998. Pantai tanpa nama memang di lihat  sangat indah, dan jarang orang mengetahui tempat tersebut. Nancy pun meluncur atas ombak yang menggulung di pantai yang sepi dari penduduk. Tanpa di sedari, pantai itu memiliki sesuatu yang tidak di duga.
Jerung itu bukan sahaja memerangkap Nancy yang terperangkap atas batu tetapi bijak untuk cuba menewaskan Nancy berulang kali. Nancy bukan seorang yang lemah walaupun emlawan kesakitan dan di sengat obor-obor, dia sedaya upaya berjuang hinggakan dia akan berserah seandainya tiada jalan lain untuk dia berjuang.
Filem ini merujuk pada perjuangan. Ayah Nancy memberitahu ibu Nancy adalah pejuang yang melawan sakit barah. Nancy juga membuktikan dirinya juga adalah pejuang yang terperangkap di tengah-tengah laut. Filem ini nampak simple tetapi terisi ketegangan dan persoalan bagaimana Nancy menyelamatkan diri ataupun adakah Nancy akan mati?Itu  yang membuatkan penonton tidak senang duduk!



A Mighty Heart







Filem lakonan Angelina Jolie berdasarkan kisah benar dan pengalaman wartawan majalah Glamour dan Kolumnis dari Perancis, Mariane Pearl ke Karachi, Pakistan untuk mencari suaminya, Danny yang di culik.

Novel yang ditulis oleh Mariane Pearl sendiri dan mengisahkan tentang bagaimana suaminya Daniel Pearl diculik di Karachi, Pakistan. Hanya karena Danny seorang Yahudi dan dianggap tali barut Amerika. Film ini menceritakan bagaimana ketabahan dan penantian Mariane menanti kabar suaminya  lebih dari sepuluh hari dalam keadaan hamil. 

Daniel Pearl atau Danny merupakan Wartawan  dari Wall Street Journal yang mengajak isterinya Mariane Pearl yang juga seorang Wartawan  untuk tinggal beberapa waktu di Karachi, Pakistan. Danny mahu menemubual seorang tokoh Islam bernama Sheikh Gilani. Danny sudah merancang sebuah pertemuan dengan tokoh Islam tersebut bantuan beberapa orang di Pakistan. Pertemuan yang di rancang sebenarnya adalah satu perangkap. Sheikh Gilani tidak tahu menahu yang  Wartawan Amerika yang datang mahu menemubualnya. Sheikh Gilani  sendiri pun sebenarnya selalu menolak setiap permintaan wawancara

Filem berat ini melibatkan NGO, Wartawan, Wall Street Journal, polis Pakistan, FBI dan sebagainya termasuk Mariane bagaimana untuk mencari Danny, Wartawan Wall Street Journal. Mereka mencari dan membaca  semua email yang ada di komputer Danny. Javed, CID Pakistan memberikan akses untuk menyemak semua talian telefon, serta menyemak identiti nombor-nombor telefon yang mungkin berkait rapat  dengan penculikan Danny  Filem ini juga menggambarkan kehidupan dan masyarakat Pakistan yang beragama Islam. Keadaan semakin tegang bila Danny dikatakan mata-mata Amerika yang menyamar sebagai Wartawan. Asra, seirang muslim memaklumkan bahawa India dan Pakistan memiliki hubungan yang tidak baik lantaran berbeza agama dan fahaman.
Babak Mariane meraung, dan menangis bila mendapat tahu suaminya mati terus wajahnya serius bertanyakan kepada penyiasat macam mana tahu suaminya mati?

Filem ini di adaptasi dari buku A Mighty Heart: The Brave Life and Death of My Husband Danny Pearl yang di tulis sendiri oleh Mariane Pearl dan filem ini diterbitkan oleh Brad Pitt. 
Filem ini sangat best!

Sukan SEA 2017

Taraaaa
Rasa tak best pula bila Sukan SEA ke 29 berakhir pada malam 30 Ogos 2017. Sebelum ini Malaysia jadi tuan rumah sukan sea pada tahun 2001 di Kuala Lumpur. saya memilih Astro Arena untuk mengetahui perkembangan sukan-sukan yang dipertandingkan.
Paling best acara terjunan menyapu habis semua pingat. Amsyar Ahmad menembus kekecewaan dengan meraih 2 emas dan 1 perak. Saya tak lupa terjunan beliau di Singapura pada 2 tahun lepas amat mengecewakan. Semua atlit terjun  Malaysia bertaraf dunia.
Hoki Lelaki paling best sebab membelasah Myanmar dengan menyumbatkan gol sebanyak 14 kali pada perlawanan akhir. Jangan tak tahu sejak tahun 1975 hingga sekarang Joki malaysia amat digeruni pasukan lawan di Asia Tenggara.

Saya sedikit rasa tak syok bila badminton, sepak takraw tidak mampu menyanigi pihak lawan. pemain perseorangan negara lelaki belum ada yang mampu menyaingi Datuk Lee chong Wei. begitu juga Malaysia amsih ketandusan lompat kijang yang dulu  di dominasi oleh Zaki Sadri

Paling membanggakan, anak Merlimau Muhammad Khairul Hafiz menjadi manusia terpantas di Asia Tenggara. Sebelum ini Rabuan Pit, anak kelahiran Merlimau juga antara yang terpantas di Asia Tenggara. Sebelum ini anak-anak Merlimau mewarnai dunia hiburan seperti  seperti Ziana Zain, Anuar Zain, Nory, Khaidira Abu Zahar dan Ayda Jebat. Ada juga pelari negara seperti Badrol Baktiar. 

Di acara renang, Malaysia masih ketandusan perwnang wanita yang hebat seperti Nurul Huda Abdullah dan Tania Bego. Acara ini di dominasi oleh Singapura dengan keunggulan Schooling.

Mengenai bola sepak, malang 16 tahun lalu kembali menimpa skuad remaja bawah 22 tahun. pada tahun 2001, tempat yang sama, lawan yang sama, dan pengakhirannya juga sama. bagi saya, Thailand menang nasib atas kelalaian penjaga gol Malaysia. saya agak geram dengan aksi Safawi Rasid yang suka 'conquer' bola seorang diri. Dia seolah lupa 10 lagi rakan seperjuangan di atas padang.