Saturday, November 20, 2010

Mann

Salam
Aku sudah banyak kali menonton filem ini. terus terang aku katakan filem ini adalah filem yang betul - betul menyentuh hati aku. Pertama kali aku menonton filem ini adalah pada sepuluh tahun yang lepas melalui CD. Kisah seorang lelaki playboy lakonan Amir Khan yang bertemu dengan Priya lakonan Manisha Koirala. pertemuan mereka berdua membibitkan percintaan dan direstui oleh nenek Dev.
Tanpa disedari, Priya sudah menjadi tunangan orang dan mereka terpisah. Dev hidup susah setelah neneknya meninggal dunia dan kembali bersemangat untuk kembali melukis. Dia melukis sebuah potret iiatu gambar priya bersama neneknya. Tunangan Priya sedar yang dia tidak dicintai oleh Priya merelakan Priya hidup bersama Dev. Priya dan Dev berjanji untuk bertemu di hari kekasih. Dev menanti sambil membawa bunga dan Priya tidak muncul hingga ke malam. Tanpa disedari oleh Dev, ada kemalangan yang berlaku melibatkan Priya.
Dev merasa kecewa kerana seperti dipermainkan. Dev mengadakan pameran lukisan dan agen lukisna memberitahu Dev bahawa potret priyabersama neneknya mahu dibeli oleh seorang wanita cacat. Dev meminta agennya menyerahkan sahaja potret kepada wanita itu tanpa meminta bayaran
Priya yang telah kehilangan kedua - dua kaki membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Dev. Sehinggalah mereka berdua bertemu di teater dan menyangka Priya berkahwin dengan bekas tunangny.
Dev membuat keputusan untuk menemuyi Priya buat kali terakhir kerana Dev mahu menunaikan permintaan neneknya iaitu menyerahkan gelang kaki kepada Priya

No comments: