Sunday, September 4, 2016

Southpaw

  • Jake Gyllenhaal melakonkan watak sebagai Peninju Profesional, Billy Hope hilang segalanya setelah kematian isterinya, Mo atau Maureen lakonan Rachel McAdam akibat ditembak sewaktu Billy bergaduh dengan musuh gelanggangnya di satu keramaian. Dari titik itu, Billy Hope mula hilang kawalan dalam hidupnya sehingga mengabaikan anak perempuannya Leila. Kematian Mo meninggalkan kesan dalam hidupnya. Billy dan Mo bertemu di rumah anak yatim sewaktu zaman kanak-kanaknya. Mo menjadi tulang belakang Billy sepanjang kariernya.
Billy mula  hilang fokus sebagai peninju hebat dan membiarkan dirinya bergelumang dengan dadah, alkohol serta memiliki  senjata api. Rumahnya di lelong dan anak perempuannya diperintahkan oleh mahkamah dijaga oleh Badan Kebajikan.
Billy menuju ke satu pusat gim milik Tick Willis. Dia bekerja di situ sebagai pembersih bagi menyara hidupnya yang menyewa rumah kecil sahaja. Dari situ Billy mula mendapat sokongan dan semangat dari Tick agar kembali bertinju. Selain itu Billy menghadapi konflik berat apabila anaknya Leila mula membenci dirinya dengan tidak mahu bertemu Billy.
Billy berasa kecewa dan tidak pernah putus asa melawat anak perempuannya. Kematian Hoppy, seorang anak muda yang selalu berlatih tinju megalami kepincangan hidup akibat kepincangan keluarga seperti memberi semangat agar  Billy kembali bertanding melawan musuh ketatnya, Miguel.