Thursday, January 7, 2021

Kedai Cendol & Putu Piring Alai

 Assalamuaalikum

Sebelum PKP diperketatkan semula, saya rajin juga Jalan-Jalan Cari Makan di sekitar bandar Melaka sahajalah. Tak jauh ke mana pun. Lagipun saya malas nak merentas negeri sewaktu PKPK mahupun PKPB jadi banyak habiskan masa di Melaka.



Gara-gara saya letakkan gambar makanan di atas di dalam Facebook, ramai yang komen dan whatsApp saya bertanyakan makanan  di atas, cendol dan kuet teow lembap. Kedainya antara kedai kegemaran saya jugalah. Kedainya bernama Kedai Cendol dan Putu Piring Alai. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Bukan sekadar ada cendol dan makanan panas tetapi ada pisang goreng, kuih-muih dan sebagainya. Cendol pun banyak pilihan selain kacang.

Lokasinya? Di Alai. Okeylah kalau dari Bandar Melaka, kedainya tepi jalan sebelah kiri selepas Masjid Alai dan sebelum lampu isyarat yang tak lebih 100 meter dari kedai tersebut