Monday, April 13, 2015

Rindu Syurga 11

Bab 11

Hatinya membeku. Keras. Tiada lagi untuk mana – mana wanita. Sudah banyak kali Rindiani datang ke pejabatnya. Dia tidak tahu atas urusan apa Rindiani begitu rajin menjenguknya. Wanita itu sudah dua kali menjanda sedangkan dia masih membujang. Walaupun masih ada rakan – rakan mengusik dia dengan Rindiani, Hatinya tetap keras macam batu kerikil. Apapun yang terjadi, dia dan Rindiani tetap tidak akan bersama. Itu janji pada dirinya sendiri. Malahan bekas tuanangnya Dewi sudah pun bernikah lain. Khabar dengan anak Datuk. Dia sendiri pun tidak pasti. Dia tidak mahu ambil tahu lagi.
            Dia masih tidak lupa peristiwa 10 tahun yang lalu. Dulu dia amat menyintai gadis kacukan Filipina itu. Tubuhnya memang cantik disertakan dengan suara manja bersama kerlingan mata yang menggoda. Dia lelaki paling bertuah dapat memiliki Rindiani. Dia merasakan popularitinya hebat bila memiliki peragawati yang meletup – letup namanya di atas pentas peragaan.
            Dia tersentak bila terdengar sms telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum bila terlihat nama di skrin di telefon bimbitnya. Lantas jari jemarinya menaip membalas sms Rindiani. Nama yang amat dirindui siang malam. Rindiani.
Hampir ke angka 10 malam. Masih sempat untuk ke rumah Rindiani. Rindunya semakin menebal terhadap gadis itu. Kali terakhir dia bertemu dua minggu lepas sewaktu menghantar gadis itu ke KLIA. Ketika itu Rindiani akan mengadakan pertunjukan fesyen di Kota Paris.
Kunci spare rumah Rindiani diputar, Perlahan-lahan pintu itu terbuka dia melangkah masuk ke dalam. Suasana sudah gelap gelita. Barangkali Rindiani sudah lena. Kakinya diperlahan menuju ke kamar Rindiani. Pasti Rindiani terkejut dengan kehadirannya. Tombol pintu lantas membuka lampu. Dia terlihat dua tubuh bergelimpangan di atas katil. Dia melihat Amir yang tersedar segera melompat dari katil cepat-cepat menyarung pakaiannya manakala Rindiani terkejut terus membalutkan tubuh dengan selimut terjengket-jengket mendapatkan Ariq Iskandar
“Sayang, kami berdua tak buat apa-apa pun”kata Rindiani ketakutan. Wajahnya begitu cemas. Amir yang tidak tentu arah terus membutang baju kemejanya.
Dia tersenyum sinis. Kedua – dua tangan sudah dikempalkan. Bila – bila masa penumbuk sulungnya singgah ke muka Amir. Marahnya sudah sampai ke kepala, kalau diikutkan hati mahu saja dia mencapai pisau di dapur tetapi dia masih waras. Melihat wajah Rindiani, bencinya semakin menyala-nyala. Dasar perempuan tidak tahu malu! Menyesal memuja perempuan ini separuh mati.
“Percayalah, kami tak ada buat apa-apa pun. Aku Cuma tumpang baring”kata Amir berketar-ketar yang baru selesai mengenakan pakaian.
“Orang bercinta duduk berduaan-duaan di taman bunga dituduh berzina tetapi kamu berdua duduk di atas katil tanpa pakaian pun masih kata tak buat apa-apa?!”suara Ariq Iskandar meninggi. Matanya merah menyala dicerlang. Rindiani masih terkaku terus tersandar di tepi dinding.
“Maafkan aku……aku…. Percayalah…aku…aku takkan buat lagi..” kata Amir tergagap- gagap.
“Selama ini, kau berdualah orang yang aku percaya tapi ini yang kau berdua berikan pada aku?! Mulai dari saat ini, aku takkan percayakan kau berdua sampai mati! Kita putus hubungan!” jerit Ariq Iskandar. Merah wajahnya begitu juga urat leher jelas kelihatan. Dia mengetap bibir. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Kedua-dua tangannya sudah dikempalkan. Bila-bila masa akan dilepaskan ke muka Amir begitu juga dengan Rindiani.
Dia tidak mahu berada lebih alma lagi. Sebelum perkara buruk berlaku, lebih baik dia keluar dari sini. Sebaik sahaja dia hendak berpusing Rindiani sudah pun memeluk tubuhnya dari arah belakang.
“Rin cintakan Ariq. Jangan tinggalkan Rin!”Rindiani merayu-rayu. Air mata sudah meleleh. Tangan Rindiani memeluk kuat tubuh dia dari belakang seperti tidak mahu dilepaskan.
“Cinta untuk aku tapi tubuh untuk orang lain? Begitu? Perempuan jahanam!”tubuh langsing itu ditolak kasar sehinggakan gadis itu terjatuh tertiarap di atas lantai.
Rindiani terus menggapai kedua – dua kaki Ariq Iskandar, “Tolonglah jangan tinggal Rin. Rin sayangkan Ariq. Lepas ni Rin akan buat apa sahaja untuk Ariq”
“Argggg, pergi mampuslah dengan cintak kau! Aku dah tak percayakan kau lagi!”jerit Ariq Iskandar lalu bergegas meninggakan penthouse milik Rindiani.
Ariq Iskandar memandu Mercedes dengan perasaan yang tidak menentu. Fikirannya berserabut. Dalam diam, Amir, pengurusnya menjalin hubungan sulit dengan wanita yang paling dicintainya. Sial! Stereng kereta dihentak berkali – kali. Tanpa disangka air matanya menitis. Mengalir juga air mata lelakinya.
Ariq tidak pulang terus ke Penthouse sebaliknya dia menuju ke Halaman Anjung, sebuah jeti yang menghadap ke laut yang terletak bertentangan dengan Penthouse miliknya. Dia mahu mencari ketenangan dan kedamaian untuk hatinya. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh badan yang tadi panas membara. Perlahan-lahan asap rokok dilepaskan. Memandang laut yang bergelora mahu saja dia terjun ke dalam laut. Tetapi dia teringatkan kata-kata guru agama di sekolahnya dulu, manusia yang membunuh diri adalah manusia yang tidak akan masuk syurga.
Ariq Iskandar memejamkan matanya. Dia dapat melihat wajah-wajah Rindiani dan Amir kegirangan. Dia tidak menduga kekasihnya sanggup membuat onar dengan sahabat baiknya. Hatinya masih terasa sakit. Selama empat tahun dia bersama Rindiani dan hampir sedekad Amir menjadi sahabat baik, semuanya tidak boleh dipercayai lagi.
Ariq Iskandar menghentikan langkah bila terpandang seorang gadis sedang menulis sesuatu di atas bangku panjang. Dia merenung gadis itu dari jauh. Lily Sarah! Gadis itu tidak mempedulikan manusia-manusia di sekelilingnya. Waktu begini seorang gadis seperti Lily Sarah tidak sepatutnya berada di luar seorang diri.
“Lily Sarah”serunya perlahan.
Gadis itu tersentak melihat dirinya.
“Boleh saya duduk di sebelah awak?” Lily Sarah mengangguk lalu menganjakkan ke tepi sedikit memberi ruang kepada Ariq Iskandar.
“Hari sudah jauh malam Lily. Kenapa awak tak balik lagi?”Tanya Ariq Iskandar cuba mahu melihat wajah ayu Lily Sarah tetapi gadis itu terus menundukkan wajahnya. Tidak lama kemudian Widad mendongak merenung wajah lelaki yang digilai gadis-gadis masa kini.
“Saya …….”suara Lily Sarah terhenti lalu merenung laut yang terbentang luas di hadapannya. Tidak semena-mena air matanya mengalir perlahan. Ariq Iskandar panik cepat-cepat menghulurkan sapu tangannya tetapi Lara mengeleng-gelengkan kepalanya.
Dengan pantas Ariq Iskandar meletakkan sapu tangannya di atas tapak tangan Lily Sarah.
“Lily, saya minta maaf kalau kata-kata saya hari itu menyakitkan hati awak Saya tak sepatutnya kata begitu tetapi saya amat perlukan puisi-puisi Lily”pinta Ariq Iskandar mengharap. Lily Sarah merenung wajah Tengku Ariq Iskandar dengan air mata yang masih berlinang.
“Tak mengapa”kata Lily Sarah perlahan.
Lily Sarah terus mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Ada sebuah fail bewarna merah jambu lantas dia menyerahkan kepada Ariq Iskandar.
“Ambillah. Saya perlukan wang untuk teruskan hidup dan belajar” jawab Lily Sarah dengan suara bergetar.
Ariq Iskandar mengangguk. Dia akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Dia tahu wanita di hadapannya berbakat sebagai penulis puisi. Kata – kata yang indah membuatkan hatinya tertawan bila kali pertama membaca nukilan Lily Sarah tidak lama dulu melalui majalah sastera.
“Kita boleh menjadi kawan bukan?”kata Ariq Iskandar bersungguh-sungguh. Lily Sarah merenung wajah Tengku Ariq Iskandar dalam-dalam kemudian mengangguk lalu tersenyum. Tengku Ariq Iskandar tersenyum lega.
“Lily Sarah, ibu bapa awak tak risau ke awak tak balik lagi. Biar saya hantar awak pulang” Ariq Iskandar menawarkan dirinya. Lara menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya tiada sesiapa lagi di dunia ini. Saya cuma sebatang kara”
“Takkan awak tak ada rumah?”
“Saya menumpang rumah Mak long saya. Saya…….saya…….” sekali lagi suara Lily Sarah terhenti.
Tengku Ariq Iskandar dapat mengagak ada sesuatu yang sedih berlaku terhadap Lily Sarah. Dia ingin tahu kalau boleh dia mahu membantu gadis ini
“Lily, ceritalah. Saya kalau boleh nak tolong awak. Awak dah bantu saya biarlah saya bantu awak pulak”kata Ariq Iskandar.
“Tak ada apa. Tak apalah, saya balik dulu” Lily Sarah terus menyimpan buku nota dan pen ke dalam beg. Baru dia hendak bangun, Ariq Iskandar menarik tangan kanannya.
“Duduk!” arah Ariq dengan suara perlahan.
Bagaikan orang bodoh Lily Sarah terpaksa akur. Dia kalah bila melihat renungan tajam Ariq iskandar. Lelkai ini ada kuasa mempengaruhi smeu aorang dengan matanya.
“Apa yang dah jadi pada awak? Awak masih marahkan saya?”Tanya Ariq Iskandar
Lily Sarah menggelengkan kepala
“Kalau macam tu kenapa awak duduk seorang di sini?”
“Mak long saya saya dah halau saya. Dia tuduh saya mencuri. Saya tak curi duit dia pun. Saya baru balik kerja” jelas Lily Sarah dengan suara hiba
Ariq Iskandar merenung wajah gadis itu. Wajah gadis itu tenang kemudian mendongak memandang dirinya lalu tersenyum tapi lama – lama hambar. Jantung Ariq Iskandar bagaikan terhenti melihat senyuman itu. Gadis ini nampak ayu dan menawan tanpa sebarang solekan di wajah mulusnya. Mahu saja dia menyentuh tetapi gadis ini bukan seperti gadis-gadis yang lain yang rela menyerahkan dirinya.Tanpa disedari rintik-rintik hujan turun menyimbah bumi. Ariq Iskandar terkejut begitu juga dengan Lily Sarah, mereka saling berpandangan. Ariq Iskandar pantas mencapai tangan Widad lalu berlari ke apartment..
“Saya nak balik” Lily Sarah terus berdiri di hadapan Ariq Iskandar
“Awak nak balik ke mana? Mak long awak dah halau awak.” Ariq Iskandar cuba menggapai bahu Lara tetapi gadis itu menganjakkan tubuhnya ke belakang.
“Saya tak mahu. Saya takut. Saya tak kenal awak. Saya akan tidur rumah kawan saya”kata gadis itu termengah-mengah.. Dia memeluk tubuhnya. Pakaiannya sudah basah kuyup begitu juga dengan Ariq Iskandar. Gadis itu begitu cantik bila dibasahi air hujan .
“Tidak, awak mesti ikut saya. Takkan saya nak biarkan awak seorang diri dalam hujan begini” suara Ariq Iskandar meninggi.
Gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia memusing ke belakang mencari jalan pulang. Masih teragak-agak untuk mencari tempat perlindungan. Ariq Iskandar berlari mendapatkan Lily Sarah
Bottom of Form
            “Tuan?!” sapa satu suara halus
            Ariq Iskandar tersentak. Lamunannya termati. Di bawa angin lalu. Lantas dia membetulkan posisi duduknya. Entah macam mana dia boleh teringatkan lara. Widad yang sudah lama menghilang. Sudah lama dia menanti gadis itu. Bertahun – tahun. Tidak pernah jemu. Cintanya masih untuk Lily Sarah. Mmsih bertahan kekal di dalam hatinya. Tiada untuk yang lain.
            “Maaf ganggu tuan. Saya cuma nak maklumkan, lagi setengah jam ada mesyuarat dengan Mr Wong dari Korea” beritahu Suzana perlahan. Berhati – hati ketika dia bertutur. Dia tahu angin Ariq Iskandar bukannya stabil. Kalau kerja tidak siapa tau tidak elok, memang mengamuk dibuatnya.
            “Itu saja ke?”tanya Ariq Iskandar dengan suara serius. Mendatar.
            Nora mengangguk, “ Ada apa – apa lagi tuan?”
            “Awak boleh keluar sekarang” arah Ariq Iskandar lalu bersandar kembali. Kerusi dipusing menghadap jendela yang menebusi  pawana di luar. Awam biru begitu mendamaikan namun di hati masih bergejolak. Sarat dengan ridnu. Lily Sarah, di mana kau sayang





Rindu Syurga 10

Bab 10
“Saya boleh berikan awak wang. Berapa awak mahu?”soal Ariq Iskandar bongkak. Dia merenung wajah gadis bertudung litup di hadapannya. Gadis itu masih tegak macam patung. Terkebil – kebil melihat Ariq Iskandar
“Saya tidak menjual puisi-puisi saya. Puisi-puisi saya tidak ada nilai tetapi ada maruah macam saya” kata Lily Sarah lembut. Wajahnya tenang sahaja sedang hatinya sedang merusuh. Dia menerima panggilan telefon meminta di ke sini. Habis kelas, dia menaiki bas. Dia mencari syarikat ini pun hampir makan satu jam. Berpeluh-peluh dia dibuatnya. Sudahlah makan tengahari pun tidak lagi. Perutnya berbunyi minta di isi.
“Awak bukan penulis yang terkenal pun. Tiada siapa pun yang kenal awak. Kenapa awak mesti berlagak dengan saya?” Ariq Iskandar bersuara sinis.
“Saya sedar siapa diri saya. Saya terlalu sayangkan puisi-puisi,ibarat nyawa saya sendiri”kata Lily Sarah tenang meskipun hatinya terasa pedih. Dia sedar siapa dirinya siapa. Dia hanay sebatang kara di muka bumi ini. Menulis puisi adalah penemannya takala dia berduka lara dan bersendirian
“Puisi awak cuma tersiar dalam majalah. Agak-agaknya orang-orang yang membeli majalah pun langsung tak baca puisi-puisi awak. Awak patut berbangga sebab artis – artis saya akan menyanyikan puisi-puisi awak” tegas Ariq Iskandar bongkak.
“Saya bukannya mahu mencari kemahsyuran!” jelas Lily Sarah dengan nada tegas.
“Saya dapat tahu awak selalu tak dibayar bila puisi-puisi awak tersiar, bukan? Awak tak boleh hidup menyerah diri sahaja. Dunia sekarang mahukan duit. Tanpa wang, manusia tidak boleh hidup” tukas Ariq Iskandar sambil mengetapkan bibirnya.
“Saya menulis puisi bukan kerana wang. Puisi-puisi yang saya tulis adalah lahir dari hati dan jiwa saya”balas Lily Sarah dengan suara yang lembut.  Dia sengaja membalas dengan kata – kata lembut. Dia tidak mahu member api sebaliknya member air agar tidak lebih marak.
Lily Sarah berharap sangat lelaki ini akan mengerti tujuan utama dia menceburkan diri dalam dunia puisi. Bukannya suka-suka.Untuk mencipta nama jauh sekali.
“Tapi saya sukakan puisi-puisi awak, Widad. Tak salah kalau saya gabungkan puisi awak dengan lagu saya, mestilah menjadi lebih indah bukan?”kata Ariq Iskandar tersenyum.
Lily Sarah diam.
Ariq Iskandar tidak mahu menggunakan khidmat-khidmat penulis lirik sebaliknya dia mengambil kesemua puisi-puisi ciptaan Lily Sarah sebagai lirik kepada lagu-lagu ciptaannya.
“Wanita seperti awak selalunya berlumba-lumba mahu menjadi terkenal. Jadi model, pelakon malah ada yang tak tahu menyanyi pun pergi uji bakat. Saya boleh letakkan awak sebaris dengan penulis-penulis lirik yang terkenal seperti Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq” kata Ariq Iskandar bangga.
“Saya cuma mahu jadi penulis bukannya mahu jadi terkenal”kata Lily Sarah perlahan
“Tapi saya tetap mahu mengambil puisi-puisi awak untuk lagu-lagu saya. Saya tidak mahu membuang masa lagi, berapa jumlah wang awak mahu? Seribu? Dua ribu? Atau sepuluh ribu?”soal Ariq Iskandar sinis.
Tengku Ariq Iskandar tetap mahu membayar wang kepada Lily Sarah atas urusan jual beli. Tangan kanannya mencapai buku cek yang terletak di atas meja. Dia menyelak-nyelak kasar lalu mengambil pen untuk menulis. Dia menanti jumlah wang yang keluar dari mulut Lily Sarah
“Saya tetap tak mahu wang. Kalau awak mahukan puisi-puisi saya, ambillah. Anggap saja saya sedekah”
“Apa? Sedekah?”dahi Ariq Iskandar berkerut kemudia dia merenung wajah ayu di hadapannya. Tiba – tiba wajahnya terasa panas.
“Masuk tandas pun kena bayar. Dunia sekarang hanya mahukan wang, Wang! Sungguh awak tak mahukan wang?”tekan Ariq Iskandar bersungguh-sungguh.
Lily Sarah menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu awak anggap saja yang awak hadiahkan kepada saya bukannya sedekah sebab saya bukannya pengemis!” Ariq Iskandar mencerlang kedua-dua biji matanya.
Dia terasa dirinya dipandang rendah oleh Lily Sarah. Hampir sepuluh tahun dia bergelumang dalam dunia seni dan bergelar jutawan masih ada orang mahu bersedekah kepadanya. Inilah kali pertama dia jumpa manusia yang tidak mahukan wang. Di luar sana ramai perempuan-perempuan tergila-gilakan wang malah ada yang sanggup menggadaikan tubuh kerana wang!
“Apa sajalah, Encik Ariq Saya mahu pulang. Terima kasih Assalammualaikum” Lily Sarah membetulkan beg di bahu kanannya dan cepat-cepat menuju ke pintu keluar
“Lily, nanti dulu” Ariq Iskandar cepat-cepat menggapai lengan gadis Lily Sarah menoleh lantas menarik lengannya.
“Tiket ni untuk awak. Saya akan mengadakan konsert tertutup untuk album baru saya nanti. Tempat awak di tempat VVIP. Saya harap awak sudi datang dan dengarkan puisi-puisi awak dinyanyikan oleh artis – artis baru saya ”kata Ariq Iskandar berharap.
“Insya Allah” tiket itu di tarik perlahan dari pegangan Ariq Iskandar.
Mata Lily Sarah sempat memandang Ariq Iskandar. Senyuman sinis diterima. Tengku Ariq Iskandar merenung gadis itu hingga hilang dari pandangan matanya.
Lily Sarah tersentak bila terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Dengan perasaan acuh tak acuh dia terus menggapai gagang telefon di atas meja.
“Lily Sarah sayang…..ada Jurugambar baru datang” kata Nina dengan suara lemah gemalai yang sengaja dibuat – buatnya.
“Jumpalah Puan Linda. Bukannya aku. Aku cuma Editor” kata Lily Sarah malas. Aduh masa aku sibuklah orang hendak datang berjumpa. Dia menggaru – garu kepalanya kemudian menyelak – nyelak beberapa helaian artikel yang harus disemak semula.
“Puan Linda suruh kau temuramah Jurugambar baru ni. kacak tau. Peh senyuman dia buat aku cair” kata Nina disulami gelak tawa yang agak nakal.
“Kau ngoratlah. Kau memang selalu cair kalau jumpa lelaki kacak. Kalau lelaki tak kacak kau jadi beku je tak pun keras macam batu kan?” usik Lily Sarah yang sengaja membakar perasaan rakan baiknya itu.
Nina tergelak kuat. Dia sedar temannya yang seorang ini memnag suka mengusik. Tapi kali ini Jurugambar ini memang menwan tapi dia tidak tertawan pun. Hatinya masih setia untuk lelaki yang baru dikenalinya.
“Dah jangan buang masa. Aku suruh lelaki kacak ini jumpa kau sekarang” Nina membuat keputusan. Dia ada agenda lain di syarikatya penerbitan ini. Sekejap lagi dia akan bertemu dengan pengusaha Iklan pula.
“Lily, aku tak sempat lunch dengan kau tau. Kau lunchlah dengan photographer yang baru ni. Mana tahu kalau – kalau hujung tahun ni aku dapat makan nasi minyak” usik Nina sambil mengerling jam tangan jenama Rolex. Dia tidak mahu terlewat dalam temujanji dengan pengiklan baru.
“Banyaklah kau!” Lily Sarah hanya membalas dengan gelakan perlahan terus mematikan talian. Bahu Nina di cuit lalu menggelengkan kepala. Bukan mudah untuk dia jatuh cinta lagi.

            “Assalamualaikum!” satu suara garau milik jejaka bergema sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
            Lily Sarah yang sedang menulis sesuatu terhenti seraya menjawab salam. Kepalanya diangkat merenung ke arah daun pintu. Lily Sarah tersentak bila melihat lelaki yang berdiri di depan pintu. Serta merta bibirnya mengukir senyuman.
            “Aznal?” Lily Sarah terus bangun dan mempersilakan lelaki itu duduk di hadapannya. Dia berbesar hati bila dapat bertemu dengan lelaki ini semula.
            “Cik Lily Sarah?” usik Aznal tersenyum girang. Gembira hatinya bukan kepalang. Memang dia berharap untuk bertemu dengan wanita yang berhijab cantik ini. Dia terpesona dengan senyuman menarik dari wanita yang berbaju kurung berkain cotton ini.
            “Panggil Lily sajalah. Tak sangka awak yang terpilih” kata Lily Sarah puas hati. Dalam sesi pemilihan Jurugambar baru dia tiada kerana sibuk dengan mesyuarat. Dia tidak menjangkakan yang Puan Linda akan memilih Aznal Firdaus sebagai Jurugambar tetap untuk majalah GAYA bersama Eadzral.
“Saya cuma keliru adakah saya ditawarkan untuk tetap atau gantian sebab saya diberitahu seorang Jurugambar di sini sedang cuti sakit” tanya Aznal Firdaus ingin tahu
            “Ohhh. Macam ini, untuk pengetahuan awak, sebelum Encik Edzral cuti sakit pun memang kami cadang nak cari seorang lagi Jurukamera. Yang ada sekarang pelajar – pelajar praktikal seramai dua orang. Itu pun tak cukup sebab unit majalah lain pun perlukan mereka. Cuma sekarang ini awak ditawarkan sebagai Jurukamera tetap kami. Ataupun awak ada terikat dengan mana – mana syarikat lain ke?” tanya Lily Sarah ingin tahu lebih lanjut.
            “Saya sebenarnya baru habis kontrak dengan sebuah syarikat di luar negara. Sudah lima tahun saya di New Zealand jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Kebetulan ada iklan di majalah GAYA saya sekadar mencuba nasib. Alhamdulilah rezeki saya rupanya” terang Aznal bersama senyuman. Di mengucap syukur di dalam hati. Pulang ke Malaysia terus mendapat kerja di syarikat penerbitan majalah terkemuka.
            Lily Sarah juga tersenyum. Memang betul kata Nina senyuman lelaki ini memang boleh mencairkan mana – mana hati wanita. Mungkin juga lelaki ini juga sudah dimiliki. Ah, tak kisahlah bukan aku jatuh cinta pun pada dia. Cuma matanya macam seseorang yang aku rindu malahan senyumannya juga sama macam seseorang itu juga.
            “Lily Sarah … Lily Sarah? “ panggil Aznal Firdaus sambil melambai – lambaikan tangan.
            Lily Sarah tersentak, “Maaf. Saya Cuma teringatkan sesuatu tentang majalah GAYA. Maksud saya tentang gambar muka depan untuk majalah bulan depan. Awak pasti dah biasa ambil gambar perempuankan? Maksud saya kamu biasa ambil gambar yang bagaimana?” Lily Sarah cuba memperbetulkan nada suaranya.
“ Itu wajib tahu”  kata Aznal Firdaus tersipu – sipu malu lalu mengangguk perlahan.
Lily Sarah juga tersenyum. Dia tahu manalah ada lelaki yang tidak pernah ambil gambar perempuan.
“Sebelum saya ke New Zealand dulu saya memang ada Ijazah dalam bidang ini juga di Perancis. Saya bekerja di sana dengan syarikat majalah juga selama 3 tahun sebelum ke New Zealand. Saya ada bawa portfolio dan hasil – hasil kerja saya”Aznal Firdaus terus mengeluarkan beberapa buah fail besar lalu dihulurkan kepada Lily Sarah. Dia pernah bekerja dengan beberapa orang peragawati terkenal di Asia seperti  Tengku Azura, Amber Chia dan ramai lagi.
Lily Sarah menyambut dan segera melihat beberapa buah gambar yang rasa – rasanya lebih dari seratus keeping gambar di susun cantik dan kemas. Ini menunjukkan bahawa Aznal seorang lelaki yang teliti dan cerewet pastinya.
“Cantik – cantik gambar awak ambil ya. Menarik. Awak memang ada kemahiran yang tinggi rupanya”puji Lily Sarah sambil membelek fail portfolio yang mengisi segala gambar-gambar yang menjadikan Aznal Firdaus seorang Jurugambar yang berpengalaman.
Aznal Firdaus tersenyum “Tapi yang pasti saya bukan seorang yang Selfie. Walaupun saya seorang Jurugambar, saya tak suka selfie”
Lily Sarah merenung Aznal Firdaus  sambil tersenyum lalu mengangkat kening, “ Boleh percaya ke? Ambil gambar ala – ala gedik kemudian pos dalam facebook then ramai girl yang komenkan?” usik Lily Sarah.
Aznal Firdaus tergelak besar
“Lagi satu hal, saya belanja awak makan tengahari sebagai ucapan terima kasih saya sebab tolong saya semalam”kata Lily Sarah merenung kedua-dua mata Aznal Firdaus. Ya, mata mereka serupa. Mata yang redup  dan mampu berbicara tentang hati.

“Oh….sudah tentu boleh!” Aznal Firdaus  terus tersenyum girang.

Rindu Syuga 9

Bab  9

Lily Sarah memandu Proton preve dengan berhati – hati. Walaupun mampu memandu kereta buatan luar negara tetapi dia tidak berminat. Dia lebih sukakan produk tempatan yang bukan sahaja murah, mudah cari alat ganti tapi setanding dengan luar negara. Tiada apa yang harus dibezakan. Sesekali kakinya menakan brek bila kereta di hadapan suka sangat membrek. Lily Sarah mula membebel di dalam hati. Memang angin satu badan kalau memandu di kala waktu orang balik kerja. Bukan sahaja berlaku kesesakan jalan raya tapi kebanyakan pemandu di Malaysia memandu tidak mengikut undang – undang. Dia teringatkan Edzral di hospital. Kasihan sahabatnya yang seorang itu. Mengeluh Edzral bila diberitahu terpaksa bercuti selama 3 bulan. Pasti mati kutu dibuatnya.
            Sesekali tangan kirinya gatal menukar channel radio semata – mata mahu mencari lagu yang disukainya. Tapi kalau semua lagu tak sedap, langkah terakhir baru pasang CD Datuk Siti Nurhaliza. Lagi puas hati dari dengar juruhebah membebel tak tentu pasal.
            Lily Sarah perasan ada sebuah motor Srio Apprilia memotong dari arah kanan. Lily Sarah terkejut dan mata membulat melihat penunggang di hadapan menunggang dengan keadaan perlahan. Lily Sarah mendengus sedikit. Terpaksa dia memandu dengan perlahan dan berhati – hati. Bila hendak memotong penunggang motor sengaja menghimpit ke kanan. Mahu tak mahu terpaksa dia mengikut rentak pemanduan penunggang motor yang perlahan itu. Sedang enak memandu kereta di depan membrek sengaja mengejut. Widad yang baru hendak menekan pedal brek terus menghentam belakang motor. Lily Sarah terus ternganga lalu meraup wajahnya berkali – kali. Aduhai, makin menyusahkan hidup! Dia terus menumbuk stereng kereta berkali – kai lalu bersandar lemah. Kemudian kembali menegakkan badannya bila terfikir dia harus menemui penunggang motor itu. Widad melihat penunggang yang lengkap dengan jaket hitam dan bertopi keledar turun dari motor.
            “Assalamualaikum saudara” Lily Sarah memberi salam dengan nada keras.
Penunggang  motor itu membuka topi keledar. Wajahnya juga serius mendekati Lily Sarah.
“Waalaikummusalam” jawab lelaki itu dengan selamba. Wajahnya tenang merenung wajah Lily Sarah.
“Kalau awak pandu laju sedikit saya rasa memang tak akan berlaku macam ni” kata Lily Sarah sambil memeluk tubuh. Suaramya dikawal agar tidak meninggi.
Lelaki itu mengeluh sambil bercekak pinggang sambil matanya mengitari jalan raya yang semakin lenggang, “ Saya rasa jalan ini raya di sini menghadkan sampai 70 km sejamkan?”
“Ye betul. Tapi sekarang waktu balik kerja. Semua orang hendak cepat sampai ke rumah. Tiada masa hendak berdondang dendang di atas jalan raya. Lagipun dah nak masuk waktu maghrib” suara Lily Sarah bergetar. Dia memang geram dengan cara pemanduan motor lelaki itu. Sangat perlahan.
So pendekkan cerita, awak yang salah. Kalau ikut undang – undang di negara  ini mana – mana kenderaan yang melanggar dari arah belakang di anggap salah” jelas lelaki itu tersenyum sinis.
Lagi bertambah nanar hati Lily Sarah mendengarnya. Dia memejamkan mata seketika cuba mencari kata – kata yang sesuai untuk mengadili dirinya. Waktu-waktu begini dia malas hendak bertekak.
“Kenapa awak pandu perlahan sangat. Awak tak boleh laju ke? Awak tak perasan ke sekarang dah nak tiba waktu maghrib”balas Lily Sarah yang juga tidak mahu mengalah,
“Sebab dah nak masuk waktu maghriblah kena pandu perlahan – lahan. Kalau laju – laju nanti macam – macam boleh Nampak. Lintasanlah, kelibatlah. Takkan itu pun tak tahu” lelaki itu memberi alasan.
“Okeylah. Saya nak cepat dah ni. Ini business card saya. Motor awak yang rosak tu saya bayar. Lagipun taklah teruk sangatkan?” Lily Sarah terus mengeluarkan business card dari beg tangan lalu disuakan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum dan menyambut sambil membaca butiran yang tertera di atas kad itu. Brain pink Team? Dia tersenyum sendirian.
“Lily Sarah? Sedap nama tu. Okeylah, nama saya Aznal Firdaus. Selamat berkenalan. Memandangkan dah nak malam, saya balik dulu. Saya akan telefon awak bila  motor saya masuk bengkel” Aznal kembali menyarung topi keledar dan menghalakan kaki ke arah motornya.
Lily Sarah kembali ke kereta dan segera menghidupkan enjin kereta. Tidak berbunyi. Biasa kalau sekali pulas sudah memekak bunyi enjin kereta tapi kali ini sunyi sepi. Dia mencuba kali kedua. Di dalam hati dia berdebar – debar. Lanataran kesibukan yang memanjang dia tidak daapt memberikan perhatian pada kereta kesayangannya.
“Tolonglah hidup!” rungut Lily Sarah kegeraman. Dia seperti mahu menangis. Takkan dia hendak duduk di tepi jalan dalam kereta pula. Hari semkain malam. Sudah kiri kanannya kawasan hutan. Aklau ada kedai boleh juga di duduk makan dan bersolat.
Tuk! Tuk!
Lily Sarah segera menoleh. Aznal Firdaussedang tersenyum kepadanya kemudian mengangkat kepala tanda tanya. Lily Sarah segera menekan punat automatik di sebelah kanan menurunkan cermin kereta.
“Kenapa?” tanya Aznal sambil menjungkitkan kedua – dua kening.
“Kereta saya tiba – tiba tak boleh hidup” kata Lily Sarah perlahan. Wajahnya rasa kebas. Malu juga ada. Dia tidak berani memandang wajah Aznal.
“Tak apa biar saya check”Aznal menawarkan diri.
Widad keluar dari kereta. Dia hanya melihat sahaja aksi Aznal yang memeriksa di bahagian bonet depan. Kemudian memeriksa nota kecil yang melekat di cermin kiri bahagian pemandu. Aznal menggelengkan kepala.
“Kenapa?”tanya Lily Sarah.
“Awak ni sayang tak kereta awak?”
“Mestilah sayang. Kenapa?” mata Lily Sarah membulat. Suaranya ditinggikan sedikit. Inilah orang lelaki mesti pandang rendah pada perempuan dalam bab – baba kereta. Macamlah orang lelaki pandai sangat. Lily Sarah mencemik.
“Saya tengok jumlah minyak hitam di pelekat dalam kereta awak tu dah lebih 1000, faham? Kalau macam ni selalu boleh rosak kereta awak tau. Kemudian saya rasa air bateri dah habis” jelas Aznal dengan suara yang lebih kuat lagi.
Lily Sarah tergamam kemudian terkebil – kebil memandang wajah Aznal. Alamak, macam mana aku boleh lupa? Lily Sarah menggigit bibir.
“Habis tu macam mana?” Lily Sarah meneguk liur. Mengharapkan pendapat dari Aznal. Dia binggung sekarang ini. Tatkala ini fikirannya kosong. Dia teringatkan Nina tapi Nina ada blind date pula malam ini.
Lily Sarah merenung tajam perempuan itu. Nasib baik kau comel! Dah tu kau memang bertuah jumpa lelaki kacak di nan senja ini. Kalau jumpa perompak tak tahulah apa nasib kau, desis hati Aznal kemudian tersengih penuh makna.
“Tak apa saya ada kawan yang kerja sebagai Mekanik. Nanti saya telefon dia. Nampak gayanya kereta awak yang masuk bengkel dulu” Aznal tertawa kecil.
Lily Sarah menjeling tajam.
“Bagi kunci kereta awak pada saya. Esok pagi saya suruh dia repair kereta awak”
“Saya balik naik apa?” Lily Sarah buat muka sedih. Tangannya menggaru – garu kepala yang tidak gatal. Mana ada bas lalu di sini. Teksi pun tiada lalu lalang. Lily Sarah memejamkan mata seketika. Mengharapkan kejaiban untuk dirinya. Tetapi hatinya kuat mengatakan yang lelaki ini seorang yang baik bila dia melihat renungan tajam dari mata lelaki itu.
“Awak naik motor dengan saya” tegas Aznal menuju ke motor lalu mengeluarkan sesuatu dari bonet motor. Lily Sarah pasrah juga. Mahu tak mahu dia mengikut sahaja. Sudah lama dia tidak naik motor. Mujurlah dia mengenakan seluar slack
“Nah pakai ni. sebelum saya hantar awak ke rumah, temankan saya makan dulu” kata Aznal seraya menyerahkan topi keledar.
“Boleh. Saya pun lapar” Lily Sarah mengangguk macam orang bodoh. Tidak kisahlah janji sampai rumah.
“Sekejap. Ambil barang – barang penting dalam kereta awak. Saya akan telefon kawan saya minta dia tarik kereta awak ke bengkel pada malam ini juga” tegas Aznal membuat keputusan. Lagipun bahaya kalau kereta dibiarkan lama – lama di tepi jalan raya lebih – lebih lagi di kawasan sunyi sepi.
Lily Sarah cuma menurut sahaja. Dalam hati dia mengucap syukur. Mahu tak mahu terpaksa juga dia membonceng motor lelaki itu.

           
Aznal Firdaus melihat Lily Sarah menikmati mi goreng begitu asyik sekali. Sopan pun ada. Tertib juga ada. Dia hanya melihat Lily sarah menikmati hidangan. Nasi goreng ayam sudah habis dimakannya. Tinggal mahu menghabiskan the ais untuk dihabiskan.
            “ Awak bekerja sebagai apa Lily?” tanya Aznal Firdaus
            Lily Sarah mengangkat sedikit wajahnya,” saya Kerani kedai papan”
            “Ohhhh” Aznal Firdaus mengangguk  sambil mengumamkan bibir. Kerani kilang papan? Pakaian mengalahkan orang bekerja Eksekutif. Yeke dia ni kerja sebagai kerani kilang papan?
            “Sedaplah mi goreng ni. Hmmm boleh saya tambah lagi sepinggan tak?” tanya Lily Sarah dengan muka selamba. Dia hanya makan waktu pagi sahaja. Tengahari dia tidak sempat menjamah apa-apa lantaran mesyuarat dari tengahari hingga ke petang. Habis mesyuarat ada sedikit perbincangan dengan wakil pengiklanan.
            Baru Aznal Firdaus hendak membuka mulut, Lily Sarah telah melambai ke arah budak muda berusia belasan tahun yang baru sahaja mengambil tempahan makanan pelanggan.
            “Awak ni kuat makan eahh?” kata Aznal dengan rasa kurang percaya. Kalau dilihat wanita di hadapannya kurus dan ramping.
            “ Kenapa ? dosa ke makan lebih?”
            Terkedu Aznal mendengar, “Eh taklah tapi tengok gaya awak ni macam jaga badan tapi tak sangka pulak kuat mengkedaghah”
            “Mengkedaghah? Awak orang Melaka eahh?” teka Lily Sarah
            Aznal Firdaus hanya ketawa lalu mengangguk, “Ye, saya orang Kuala Sungai Baru, Melaka. Selalu ke pergi ke Melaka?”
            “ Bolehlah. Kalau saya nak amka asam pedas ke, ikan bakar ke, saya pergilah Melaka. Masjid Tanah dekat ke dengan Kuala Sungai Baru?” tanya Lily Sarah ingin tahu.
            “ Eahhh memang dekat nau..”
            “ Wah, pekat gila loghat Melaka awak” Lily Sarah tergelak perlahan.
            “ Itulah, saya dah terbiasa. Susah nak cairkan loghat saya ni. Awak duduk mana?”
            “ Saya duduk Kajang. Taman Mewah kajang.  Awak tak payah hantar saya baliklah. Kejap lagi kawan saya datang ambil saya. Kalau awak nak hantar saya ke Kajang, jauh” beritahu Lily Sarah. Dia baru shaaja WhatssApp Nina.
            “ Tak apalah. Saya tak kisah pun. Ke awak malu naik motor dengan saya”
            “ Bukan malu apa sebab kita bukan muhrim. Lagipun tak manis. Tengah malam pulak ni” beritahu Lily Sarah tersipu-sipu.

            Aznal Firdaus hanya tersenyum  terus menghabiskan makanan.