Showing posts with label DVD/VCD. Show all posts
Showing posts with label DVD/VCD. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

God, please give me more time

Salam,
kebosanan yang melanda membuatkan aku kembali menonton VCD dan DVD lama dalam simpanan aku. Aku tertarik untuk menonton kembali God, please give me more time lakonan Kaneshiro Takeshi sebagai Ishikawa Keigo dan Fukada Kyoko as Kano Masaki. Sebuah drama Jepun yang cukup menyayat hati dan aku sendiri rasa sebak teramat sangat.
Mengisahkan masaki, pelajar sekolah tinggi yang berusia 17 tahun yang mempuntai sahabat baik  tetapi rasa tersisih dalam keluarganya sendiri di mana ibunya seorang yang lemah lembut mempunyai teman lelaki di belakang suaminya, manakala ayahnya seorang yang bekerja keras seakan tidak mahu mengambil berat tentang isteri dan anak - anak dan adiknya yang rajin belajar dan amat mementingkan peperiksaan.
Masaki suka menghabiskan masa di luar setiap kali habis sekolah. Masaki amat menggilai Keigo seorang Komposer yang hidup dalam kesepian dan suka berfoya - foya. Kaoru, seorang penyanyi popular berganting pada lagu - lagu keigo.
Pada suatu hari tiket konsert Keigo hilang dan memaksa Masaki menjual tubuhnya pada seorang lelaki. pada malam konsert itu, Masaki menemui Keigo dan segalanya bermula dan mengubah hidup masaki menjadi lebih buruk di mana dia disahkan menghidap HIV positif. Masaki menyalahkan keluarganya yang mementingkan diri sendiri dan Keigo sentiasa mendekatkan diri dengan Masaki kerana dia merasakan dirinya yang menyebabkan Masaki mendapatkan penyakit HIV positif. Masaki dibuli oleh rakan - rakannya dan selalu tertekan dan terfikir mahu membunuh diri tetapi Keiro tetap memberikan dia semangat




Saturday, November 20, 2010

With Love

Salam Semua,

Sebenarnya saya cuma nak cerita mengenai sebuah drama jepun yang paling saya suka sekali iaitu With Love. Pertama kali menonton pada tahun 1997 di televisyen. Masa tu saya tengok drama bersiri ni separuh jalan sebab utama tertarik dengan lakonan Yutaka Takeinouchi. Mula dari tu saya mula tonton drama bersiri ni walaupun selalu tertinggal dan paling sadis tak sempat tengok ending drama ni. Tak puas hati, saya cari VCd drama ni di kedai - kedai Video dan beberapa tahun kemudian barulah dapat jumpa VCD drama With Love.Masa dapat beli, boleh dikatakan hari - hari tengok di komputer dan selalu ulang tayang. 
Lagi puas hati dapat jugalah memuat turun naik lagu - lagu yang konon - kononnya dicipta oleh Hata. Kemudian punyalah minat email pun pakai nama teruterubozu81@yahoo.com
Sejak itu saya sentiasa beli VCD lakonan YUtaka Takeinouchi dan selalulah cari berita mengenai lelaki Jepun ni. Walaupun muncul aktor - aktor jepun yang baru, Yutaka tetap di hati, ceh wah :P

Heartbreak Library



Salam,
SebuahDVD terbaru dari Korea yang bertajuk Heartbreak Library yang mana heronya adalah pelakon My Girl dan heroinenya adalah pelakon Wonderful Life. Jalan ceritanya menarik dan agak menyedihkan.....seorang lelkai yang selalu  datang ke perpustakaan dan membelek setiap buku seperti mencaris esuatu, sehingga dia ditangkap oleh pustakawan wanita kerana mengoyak beberapa helai kertas dari sbeuha buku. Dari situ Pustakawan wanita itu membantu lelaki mnecari sesuatu. Lelaki itu seperti kehilangan diri sendiri dan mencari sesuatu, rupa - rupanya lelaki itu hilang ingatan dan tidak menyedari bahawa teman wnaitanya sebenarnta telah pergi sebenarnya

Threads of Destiny



Tadaaa baru habis menonton DVD dari Jepun. Filem ni best sangat mengisahkan kisah cinta di alam persekolahan antara Mei dan Atsus. Mereka berdua dari latar keluarga yang berbeza tetapi mempunya tarikh lahir yang sama iaitu 29 februari 1992. mereka pernah bertemu pada usia 8 tahun ketika itu mereka berdua berlanggar tidak sengaja. Mereka kembali bertemu di alam sekolah menengah. maka bermulalah bibit percintaan. Namun ada pergolakan antara mereka berdua di mana kawan Atsus menaruh hati pada Mei dan manakala Sara, kawan Mei mula menyangka Mei ada hati pada lelaki idamannya

Never Fall in Love Again



Salam,
Aku dalam proses menghabiskan stok - stok VCD atau DVD yang sekian lama tersimpan di almari. Sekarang nak cerita sedikit mengenai drama bersiri jepun yang bertajuk Saigo no Koi atau pun bertajuk Never Fall in Love Again lakonan Nakai Mashahiro dan Tokiwa Takako


Myu no Anyo Papa ni Ageru

Salam,
Sebuah filem Jepun lakonan Matsumoto Jun (Gokusen) dan Karina (Pelakon Sky Of Love) yang diadaptasi dari kisha benar. Hayato dan Aya adalah pasangan suami isteri. Hayato adalah seorang lelaki yang aktif dalam sukan dan kuat bekerja. Mereka berdua bertemy dan bercinta setelah bertemu di pusat karaoke. Mereka berdua berkahwin setelah mendapati Aya hamil. Hayato bekerja dnegan lebih kuat sehingga memiliki anak perempuan. tanpa disedari hayato megalami masalah kaki dan tangan yang tiba - tiba tidak boleh bergerak. Aya berusaha membantu memulihkan dan memberikan semangat kepada suaminya

Waiting for Good News atau Waiting For Hapiness

Salam

Sebuah DVD terbaru bertajuk Waiting for Good News atau Waiting For Hapiness dan dalam bahasa jepun adalah Kafu wo Machiwabiteyang diadaptasikan dari sebuah novel tulisan Maha Harada. Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Akio yang ditinggalkan oleh ibunya dan kini tinggal bersama neneknya di sebuah pulau yang terpencil dan tidak membangun langsung. Akio sentiasa menanti kepulangan ibunya  telah menerima surat dari seorang wanita yang tidak dikenali yang ingin berkahwin dengannya iaitu Sachi, seorang gadis misteri. Seorang rakannya pula memaksa Akio menggadaikan tanahnya untuk tujuan pembangunan namun Akio menolak.

Sand Chronicles


Salam
Filem ini diadaptasikan dari sebuah komik Jepun yang popular. Filem ini mengisahkan Ann yang mengikut ibunya pulang ke kampung di sebuhg pekan kecil bernama Shimane. Ibu Ann seorang yang kecewa dengan hidupnya dan mudah tertekan serta mengalah setelah ditinggalkan oleh suaminya. Ann merasa terlalu sedih dan kecewa dengan kematian ibunya. Dia mula rasa tidak byakin dengan diri, lemah, perahsia dan keliru dnegan hidupnya serta tertanya - tanya kenapa ibunya sanggup meninggalkan dirinya.
Ann berkenalan dengan seorang lelaki bernama Daigo,yang mula menyintai dirinya dan mahu mengubah hidup Ann agar menjadi lebih baik dan mahu Ann melupakan kisah kematian ibu Ann yang tragis itu. dalam masa yangs ama Ann turut dicintai oleh Fuji dan Daigo turut dicintai oleh adik Fuji iaitu, Shika.
Ann yang mudah rasa tertekan, kecewa dan sedih seorang yang tidak tahu membuat keputusan dan sering terburu - buru. Dia meninggalkan Daigo tetapi bila berjauhan Ann merasakan rindu pada Daigo dan dia akan ke Shimane untuk menemui Daigo.
Bila Fuji hilang kerana ditumbuk olah Daigo yang merupakan ahli judo, Ann rasa bersalah dan ketakutan jika Fuji mati kerana dirinya. Daigo memberitahu Ann yang Fuji akan npulang tetapi Ann tidak percaya dan mula berfikiran negatif. Dia pulang ke Tokyo dan menemui Fuji. Ann rasa bersalah pulang ke Shimane tetapi dia masih keliru adakah dia benar - benar menyintai Daigo dan membuat keputusan untuk pulang ke Tokyo.
Sepuluh tahun kemudian Ann pulang ke Shimane bersama tunangnya dan Daigo memulangkan kembali 'Sand Chronicles'yang pernah diserahkan oleh Ann kepadanya