Saturday, June 25, 2016

Roti Bakar 3 rasa

Roti ini pada mulanya dipanggil roti  bakar saja, kata ibu saudara saya. katanya ada mayonis, planta dan kaya jadi saya pun tambah hujungnya 3 rasa. cara buat roti  ni senang dan ringkas sahaja. Ambil sahaja sepotong roti, sapukan planta, kaya dan mayonis di atas roti tersebut. kemudian lipatkan dua. pada kedua-dua belah roti tersebut sapu planta dan goreng saja atas kuali. tak perlu letak minyak. Bila nampak garing atau seperti roti bakar pada kulit roti tersebut, angkat sahaja. Sedap di makan ketika roti tersebut masih panas

Friday, June 17, 2016

Bidadari-Bidadari dari Sorga

Antara pelakon wanita dari seberang yang saya kagumi kerana kehebatannya ialah Nirina Zubir ataupun Nina Zubir. Bagi apa saja watak, beliau akan tangani dengan baik. Beliau mampu membawa karakter hingga sampai ke hati.

Filem Bidadari-Bidadari dari Sorga merupakan karya adaptasi dari novel tulisan Tere Liye. Nina Zubir memegang watak Laisa merupakan kakak sulung dari lima adik berdaik. Namun begitu Laisa berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Laisa berkulit gelap dan berambut kerinting. Dia ada sikap rendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi mengubah nasib keluarga. 

Bermula hidup di Lembah Lahambay, mereka mencari sumber rezeki di hutan, mencari kayu dan menganyam topi. Dari ladang yang tidak punyai apa-apa. Laisa berjaya memiliki ladang Strawberi yang berkembang maju

Dalimunte, adik keduanya rasa bersalah untuk bernikah kerana kakaknya, Laisa belum berjodoh. Mereka berusaha mencarikan jodoh untuk Laisa namun gagal. Laisa berasa sakit dan sedih dengan percaturan jodoh oleh keluarganya yang sentiasa menemui jalan buntu.

Sehinggalah Dalimunte memperkenalkan Dharma dengan Laisa. Tanpa pengetahuan Laisa, Dharma sebenarnya sudah beristeri tetapi tidak mampu melahirkan zuriat. Isteri Dharma rela suaminya itu bernikah dengan Laisa. Akhirnya Laisa tahu yang Dharma sudah beristeri. Pada mulanya menolak tetapi dalam keterpaksaan dan kesudiaan lelaki itu memperisterikannya, Laisa menerima.

Pada hari perniahan, Dharma menerima khabar yang isterinya telah mengandung. Dharma serba salah untuk meneruskan pernikahan meskipun isterinya masih merelakan. Akhirnya Dharma menarik diri dan membatalkan pernikahan itu. Laisa semakin sakit, kecewa dans edih namun kental meneruskan ladang straberinya.