Thursday, December 31, 2020

A Cure for Wellness

 A Cure for Wellness

2017




Filem genre horror-psikologi ini menarik. Pada awalnya agak perlahan tetapi terus nawa penonton pada plot yang berkembang dan menarik.
Lockhart, Eksekutif muda diminta menjemput Pengarahnya, Roland di Spa Wellness di Swiss tetapi Lockhart tidak dapat menjemput pulang Roland. Sewaktu pulamg Lockhart ditimpa kemalangan. Dia dirawat di pusat spa tersebut namun ada yang menarik perhatiannya mengenai sejarah spa tersebut dan dia ingin tahu apa yang terjadi kepada Roland. Filem ini berkembang cantik pada pertengahan dan mula menarik debaran penonton di penghujung

Monday, October 19, 2020

Dari Idea ke Layar Kaca














Mahu bercerita pengalaman saya hadir bengkel Dari Idea ke Layar Kaca yang berlangsung selama dua hari di Hotel Kings, Ayer Keroh Melaka. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Jabatan Kebudayan dan Keseniaan Negara (JKKN) Melaka atas kesudiaan menaja saya.

Menuntut ilmu skrip dari Puan Siti Rohaya Atan adalah satu pengalamanyang sangat beharga dan cukup saya hargai untuk saya. Bagi saya Siti Rohaya Atan yang mesra dengan panggilan Kak Roy merupakan satu nama besar dan saya sendiri tak jangka dapat menjadi anak didik beliau dalam bengkel ini.  Siti Rohaya Atan bekas Wartawan, penulis novel, penulis skrip malah juga seorang pengarah teater. Malahan saya dapat bertentang mata dengan Primadona yang tidak asing iaitu Ogy Ahmad Daud.

Saya belajar bagaimana cara untuk menghasilkan skrip dan bagaimana idea membuahkan naskhah untuk dipersembahkan di layar kaca sama ada bentuk wayang atau televisyen. Perkongsian ilmu dan pengalaman dari dua insan hebat ini menjadikan saya seorang yang ingin menghasilkan sesuatu yang baru iaitu skrip. Insha Allah

Saturday, October 10, 2020

Lost Girls & Love Hotels

 Lost Girls & Love Hotels 



Filem drama Amerika tahun 2020 yang diarahkan oleh William Olsson dari lakon layar oleh Catherine Hanrahan, berdasarkan novel Lost Girls and Love Hotels. Filem ini dibintangi Alexandra Daddario sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Tokyo, yang kehilangan arah dan hala tuju dan miliki hubungan dengan  Yakuza. Filem ini tidak sesuai tontonan kanak-kanak.

Friday, October 9, 2020

Habibie & Ainun 3

 Habibie & Ainun 3



2019

VIU

Bagi saya segelintir  cinta orang politik ni hebat. 

Habibie pergi ke kubur Ainun untuk memperingati setahun kematian isterinya. Habibie yang masih berduka berkabung atas kematian isterinya. Thareq mahukan suasana yang bahagia ketika makan malam. Atas permintaan cucu-cucunya, menceritakan tentang "Nenek Putri", nama panggilan Hasri Ainun Besari.

Habibie kemudian menceritakan perjalanan hidup isterinya. Ketika Habibie  bersekolah, Habibie pernah mengejek Ainun  sebagai hodoh dan hitam. 

Habibie menceritakan kisah pertemuan dan bagaimana cinta pertana dengan Ainun dan Ahmad bermula. Ahnad meruoajsn pelajar undang-undang dan anak kepada Pensyarah Ainun.

Filem ini mengajar cinta pertama mungkin cinta sejati tetapi tidak semestinya selari dengan cita-cita dan impian. Barangkali Ainun memang tercipta untuk Habibie

Saya suka watak Ainun dalam filem siri pertama kalau tidak silap, Ainun bersifat pelindung suaminya ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dan sentiasa menasihati suaminya agar berhati-hati.

Biografi A. Samad Said: Memberi Hati Nurani

Biografi A. Samad Said: Memberi Hati Nurani

Penulis: Rosnah Baharudin

Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Genre: Biografi

Mukasurat: 396 Halaman


Biografi ini meriwayatkan perjalanan seni, pengalaman peribadi dan cetusan nurani dirinya. Biografi ini memuatkan 4 bahagian iaitu Riwayat Hidup, Pengalaman, Sikap dan Pemikiran, Perbincangan Karya dan Petikan Karya Popular. Biografi perjalanan seni, pengalaman peribadi dan cetusan nurani dirinya. Biografi ini dipersembahkan sebagai citrawarna dan juga warisan negara kepada generasi akan datang. Biografi ini membincangkan riwayat hidupnya pada awal sebagai pengarang, perjalanan, pemikiran dan sikap beliau terhadap masyarakat dan juga karya.. mlahan perbincangan karya juga dimuatkan dalam biografi terbitan ITBM.

A Samad Said adalah satu nama besar dalam dunia sastera Malaysia. Beliau dilahirkan di Melaka tetapi dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Singapura. Pengalaman hidup Sasterawan Negara keempat di Singapura sewaktu pendudukan Jepun yang banyak membina karyanya. Riwayat hidup beliau ditulis dalam bab satu yang menceritakan kehidupannya di Singapura. Kematian, kesakitan  dan kelaparan sangat meninggalkan kesan di dalam jiwanya bagi meneruskan kehidupan. Kebanyakkan karya-karya beliau berdasarkan pengalaman hidup beliau sendiri. Bagi beliau, pengalaman hidup sangat penting  sebagai bahan karyanya. Bahagian pertama turut menceritakan bagaimana timbulnya minat membaca yang mendorong beliau mula menulis di alam pekerjaan. A. Samad Said menulis pelbagai genre seperti  novel, puisi, cerpen, drama, dekon, esei dan kritikan sastera dengan pelbagai nama pena seperti Manja, Mesra, Jamil Kelana, Hilmy dan Isa Dahmuri. Menurut meliau,  seseorang penulis perlu melalui dua pengalaman iaitu  pengalaman sebenar dan  bahan yang dikumpul dari hasil pembacaan.

Bab kedua menjelas pengalaman, sikap dan pemikiran. Novel-novel yang dihasilkan kebanyakan berpandu pada pengalaman beliau sendiri yang  hidup di dalam kemiskinan, kehidupan setinggan, pergaulan dengan masyarakat kelas rendah. Novel-novel beliau banyak merakam waktu zaman penjajahan dan selepas pendudukan Jepun iaitu Salina dan Sungai Mengalir lesu. Watak-watak yang di bina juga berdasarkan individu yang begitu dekat dengannya. Novel Cinta Fansuri pula menerapkan pengalaman kembara beliau ke Perancis. Bagi penulisan cerpen pula, sebanyak 55 buah cerpen  dihasilkan sejak tahun 1950-an. Melalui cerpen, pembaca  dapat merasai pengalaman dan pemikirannya  sepanjang kehiupan yang dilaluinya. Beliau menggunakan sepenuhnya pengalaman dan kehidupan lalu untuk menghidupkan setiap watak agar memberi kesan kepada pembaca. Bagi drama pula, beliau telah menulis 4 buah buku drama.  Lantai T.Pinkie antara yang paling popular dan di ketengahkan di lantai teater oleh penggiat seni. Bagi penulisan puisi pula,, ia banyak dihidupkan melalui pengalaman hidup, alam sekitar, pembacaan dan pemikiran serta pemerhatian beliau.

Bagi bab perbincangan karya pula menampilkan beberapa genre yang ditulis iiatu novel, cerpen, puisi dan drama. A Samad Said lebih mengangkat sejarah tanah air  di dalam novel-novelnya menhgikut latar masa. Antara tema novel yang diangkat seperti perang selepas perang, kehidupan, kewartawan, kemasyarakatan, percintaan dan persoalan isu semasa. Penulisna cerpen yang digarap oleh A samad said  mengikuti pengalaman hidupnya sejak zaman kanak-kanak hingga ke dunia wartawan namun tema yang digunakannya begitu meluas yang bukan sahaja menggunakan zaman hidupnya tetapi pergaulan bukan saja bangsa Melayu tetapi kaum cina dan India. Selain itu karya yang dibangunkan juga berlandaskan pengalaman beliau bekerja bukan sahaja sewaktu sebagai pengarang tetapi  pengalaman beliau sebagai Keranin  Hospital Umum Singapura  turut ada dalam beberapa cerpen beliau.

Bab akhir yang memaparkan petikan karya popular merupakan bab yang menjadikan buku ini tebal. Kerana ia hanya mengambil tulisan sebenar Sasterawan Negara mengikut petikan yang dipilih oleh penyusun buku. Walaupun petikan ini bertujuan sebagai contoh berdasarkan apa yang telah dibincangkan sebelumnya, namun sebagai pembaca tentunya merasakan perasaan yang tidak puas hati atau mungkin kecewa kerana membaca karya yang tergantung atau tidak habis.

 Buku ini bukan sahaja sebuah biografi tetapi menyelidik susur galur hidupnya sepanjang bergelar pengarang dan Wartawan tetapi sebuah penyelidikan yang membicarakan setiap karya-karya sasterawan Negara tersohor ini.

Sasterawan Negara merupakan aset negara. Pemikiran dan penulisannya tidak sama dengan penulis-penulis pada zamans ekarang. Kebanyakan pemikiran sasterawan bukan sahaja kreatif tetapi kritis terhadap  sosial, ekonomi, masyarakat, politik dan sebagainya

 

 


You Should Have Left


Theo Conroy lakonan Kevin Bacon adalah pegawai bank yang sudah bersara yang berkahwin dengan seorang wanita muda Susanna lakonan Amanda Seyfried), seorang pelakon, dan mereka miliki seorang anak perempuan bernama Ella.

Tidak lama kemudian, mereka bercuti di Wales, tetapi ada sesuatu yang pelik tentang rumah itu - mereka berdua mengalami mimpi buruk.a

Padavsuatu malam, Ella terlihat bayangan seorang lelaki di dinding namun bapanya anggap itu hanya batangan. Keesokan Ella bertanya kepada ibunya, Susanna mengapa orang tidak menyukai Theo. Susanna dengan berat hati menjelaskan bahawa isteri pertama Theo lemas di dalam tab mandi dan Theo disyaki membunuhnya, walaupun dia dibebaskan ketika dibicarakan. 

Semasa di bandar Theo mendapatkan bekalan, pekedai itu bertanya adakah dia bertemu Stetler, yang dianggap Theo adalah pemilik rumah. Pemilik kedai memberikan Theo alat pengukur segitiga dan menyuruhnya mengukur sudut yang tepat, membuat Theo bingung.

Theo bergelut dengan perasaan cemburu dan tidak percaya terhadap Susanna. Suatu petang semasa dia mandi, Theo memeriksa mesej di telefon dan komputer riba. Theo mempunyai mimpi pada malam itu dan melihat seseorang telah menulis dalam jurnalnya: "Anda harus pergi. Pergi sekarang." Keesokan paginya ketika dia melihat Susanna dan Ella bermain di luar, dia menghantar SMS kepadanya. Pada saat yang sama dia melihat Susanna melihat telefonnya, dia mendengar getaran teks di kaunter dapur dan menjumpai telefon yang serupa dengan mesejnya di layar. Menyedari bahawa dia mempunyai telefon rahsia, dia mengesyaki dia telah menipu dirinya. Dia berhadapan dengan Susanna dan dia mengaku berselingkuh dengan pelakon lain. Theo memintanya untuk berangkat malam dan dia pergi ke bandar untuk menginap di sebuah penginapan.

Dia kembali ke jurnalnya untuk melihat bahawa seseorang sekarang telah menulis "Anda seharusnya pergi. Sekarang sudah terlambat. " Setelah menemui anomali di sudut antara dinding dan lantai, mereka mengukur dapur dan mendapati bahawa ia lebih besar di dalam daripada di luar. Ella tiba-tiba hilang ketika mengambil mantel.  Theo mencari-cari anaknya di seluruh rumah itu. Mereka berdua seperti terpisah di antara realiti dan mimpi di balik dinding rumah. . Setelah bersatu kembali, Theo  cuba menghubungi Susanna,  tetapi telefonnya dimatikan. Dia kemudian menghubungi pekedai itu, bertanya sama ada dia tahu ada perkhidmatan teksi di kawasan itu. Penjaga kedai itu menjawab bahawa tidak ada dan bercakap tentang rumah itu bahawa syaitan mengumpulkan jiwa di sana.

Theo dan Ella memutuskan untuk pergi ke bandar dengan berjalan kaki, tetapi melihat sosok di dalam rumah itu memerhati dua beranak itu dari jauh. Setelah beberapa lama, mereka mendapati mereka telah berpusing-pusing kembali ke rumah. Tidak ada pilihan lain, mereka tinggal di sana untuk bermalam, tetapi Theo memasuki dunia impian sekali lagi dan melihat masa lalu dirinya dan Susanna ketika mereka pertama kali tiba di rumah itu. Dia kemudian bertemu dengan Stetler, yang telah menangkap Ella. Dia mengambil bentuk Theo untuk mengejeknya dan mengatakan bahawa dia akan mengembalikan Ella dengan syarat Theo melakukan "apa yang dia mesti." Ella dikembalikan membuatkan Theo lega.

Keesokan harinya, Susanna kembali ke rumah dan Theo memberinya Ella. Dia akhirnya mengaku bahawa kematian isteri pertamanya: dia tidak membunuhnya secara langsung, tetpi tidak menolong ketika dia lemas; dia hanya memerhatikannya mati kerana telah lama menderita dengannya. Dia menerima bahawa dia termasuk di dalam rumah. Jiwa Theo kemudiannya terperangkap di dalam rumah, mendedahkan dia adalah sosok yang memerhatikan dirinya dan Ella pergi malam sebelumnya, telah berusaha untuk memperingatkan masa lalunya dengan menulis mesej di jurnalnya. Suara pekedai mengatakan bahawa beberapa orang tidak meninggalkan rumah, dan "tempat itu menemui mereka."

Sunday, October 4, 2020

The Advocate: A Missing Body

 The Advocate: A Missing Body

2015

TvN


Pembunuhan tanpa bukti. Byeon Ho-sung seorang peguam dengan motto hidupnya adalah "Menang adalah keadilan, dan saya adalah pemenangnya." Setelah Byeon memenangi tuntutan untuk syarikat farmaseutikal konglomerat besar, milik Moon Ji-hoon yang kemudian ya memintanya untuk membela pemandunya,  Moon Kim Jeong-hwan, yang disyaki telah membunuh seorang pelajar perempuan bernama Han Min-jeong. Darah ditemui di tempat kejadian di mana Kim ditangkap, tetapi mayat belum dijumpai dan tiada saksi.

Kim memberitahu  dia dan mangsa berpacaran, tetapi pendakwa rookie yang bersemangat Jin Sun-min percaya bahawa dia mengekori Han. Ketika Byeon hampir berjaya membantah tuntutan Jin dan menang kes, Kim tiba-tiba mengaku di mahkamah pada hari terakhir perbicaraan bahawa dia membunuh Han. Marah dan tidak puas hati serta dituduh mengganggu bukti, Byeon memulakan penyiasatan dan bekerjasama dengan Jin, Pendakwaraya. Setiap penyiasatan dan pencariannya menemui jalan buntu dan dia percaya kes ini dilindungi orang tertentu. Ketika dia menyiasat lebih jauh Byeon mula mendapat petunjuk yang menghubungkan kes itu kembali ke Moon Ji-Hoon

Kelaster

Kelaster
Astro First
2020
2/5
Bolehlah layan. Nak best sangat tu tidaklah, bolehlah saya ikuti filem ini hingga habis sebab seram tu seramlah juga. Kelakar pun iya juga terutama Kakak Karipap bila pulangkan duit baki RM 1. Rasanya sesuai dengan tajuk Hantu Bas
 Awal-awal tonton saya dah dapat teka siapa hantu 😁

Asalnya Zul dan Usop serta pelajar asrama dikehendaki kosongkan asrama untuk pembaikan dan Penyelenggaraan. Usop terpaksa menanti Zul berkemas hingga lewat pagi. Mereka berdua tidak dapat pulang kerana kereta rosak maka terperangkap dalam asrama berikutan PKP.

Usop dan Zul bertemu Ain yang memerlukan bantuan. Klisenya di sini, asal asrama pasti kongsikan kisah seram dan hantu. Zul cerita kisah seram sewaktu terperangkap dalam kelas pada waktu nalam dan di ganggu hantu wanita manakala Usop di ganggu hantu wanita yang menangis dan nemanggil-manggil namanya hingga Usop ketakutan ketika tidur tetapi Ain menceritakan  bukan kisah seram.

Friday, October 2, 2020

Me and Me

 Me and Me

TvN Movies

2020


eorang Detektif ditugaskan menyiasat satu kes kematian pasangan suami isteri dalam kebakaran

Detektif menyoal siasat dua penduduk kampung namun timbul rasa curiga dengan setiap jawapan yang diterima. 

Seorang penduduk kampung memaklumkan semua penduduk berkumpul untuk membantu siasatan. 


Sebaik sahaja tiba, ada satu keramaian, Detektif tersebut menolak pelawaan tetapi dipujuk Ketua Kampung bahawa itu adalah majlis hari jadinya. Ketua Kampung beritahu dia akan ke balai polis untuk menyerah diri. Detektif dengan senang hati menyertai keramaian tersebut hingga mabuk. Dia pulang dan termasuk ke dalam rumah yang terbakar. Detektif terperasan pasangan suami isteri di dalam rumah itu. Dia mengikut dan mencari kelibat pasangan itu tetapi hilang. Detektif yang masih mabuk tertidur di rumah terbakar.


Segalanya berubah bila dia dikejutkan dengan panggilan dari sekolah yang meminta dia datang ke sekolah. Detektif berasa pelik dan bangun rumah yang terbakar itu sebuah rumah yang sempurna namun dia semakin pelik yang dia bukan lagi Detektif tetapi seorang guru

Thursday, October 1, 2020

Jebat

 Assalamualaikum




Saya menonton filem Jebat baru-baru ini di Astro First, bolehlah walaupun saya tidak menonton drama Bukan Aku Tak Cinta sebelum ini. Drama bukan Aku Tak Cinta dan Jebatadaptasi sebuah novel terbita Karya Seni yang ditulis oleh E-man Sufi.

Penonton boleh nampak keserasian Jebat dan Mastura. Lakonan Nelydia sebagai Mastura yang manja dan gedik tidak menimbulkan rasa meluat saya. Jebat jelas menunjukkan kasih satang dan melindungi isteri tercinta.

Bulan madu mereka berdua di Prague terganggu bila Jebat tersedar kehadiran seseorang dan mula menganggu percutian. Jebat dan Mastura terpaksa pulang ke Malaysia awal. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.

Lakonan Sharnaaz sebagai Jebat dan Nelydia sebagai Mastura, "Jebat" turut dibintangi pelakon lain seperti Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong, Yap Chin Fong, Rahhim Omar dan Peter Davis.


Wednesday, September 30, 2020

The Princess Switch

The Princess Switch

2018

Netflix


Sebuah kisah cinta yang ringan dan romantis. Penonton dapat meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya.

Vanessa Hudgens, memainkan dua watak iaitu Stacy dan Margaret, Vanessa berjaya melakonkan dua  watak dan keperibadian yang berbeza. Hubungan dua watak itu terjalin dengan baik dan dinamik. Walaupun filem ini santai, terdapat beberapa lubang plot kecil di jalan cerita yang tidak akan didedahkan kerana spoiler namun tidak memudaratkan jalan cerita, tetapi tetap nampak dan jelas di mata penonton. 

Seperti kisah-kisah cinta yang lain, jangka masa dua hari tidak cukup dan tidak realistik. Macam biasa cukup syarat, filem cinta mesti 'happy ending'.

SINOPSIS

Stacy DeNovo adalah  pembuat kek dan miliki kedai pastri yang berjaya di Chicago bersama rakan baiknya Kevin Richards. Kevin mempunyai seorang anak perempuan bernama Olivia, seorang gadis muda yang suka menari balet. Stacy baru berpisah dengan teman lelakinya, Paul. 

Seminggu sebelum Krismas, Stacy mendapati bahawa Kevin telah memasuki perniagaan mereka dalam pertandingan berprestij di Belgravia. Pada awalnya tetapi Stacy enggan hadir kerana mengingatkan dia hubungan nya dengan Paul. Stacy bertemu Paul dengan teman wanita barunya. Seorang lelaki di tepi jalan mengingatkannya bahawa impian di Krismas akan menjadi kenyataan. Stacy bersetuju untuk bertanding dan berangkat ke Belgravia, bersama dengan Kevin dan Olivia.

Sebaik sahaja tiba di Belgravia, ketiga-tiga mereka pergi bersiar-siar dan bertemu dengan penjual stokin Krismas yang kelihatan sangat mirip dengan lelaki baik yang ditemui Stacy di Chicago. Penjual menasihatinya agar menjalani hidup dengan lebih baik. Stacy dan Kevin pergi ke studio televisyen di mana pertandingan akan diadakan. Di sana, Stacy bertemu bekas rakan sekelasnya dan juga saingannya Brianna, juara bertahan pertandingan. Brianna "sengaja" menumpahkan kopi di apron Stacy.  Stacy pergi untuk mendapatkan apron yang baru dan tertembung dengan Lady Margaret Delacourt, Duchess of Montenaro juga tunangan Putera Mahkota Edward dari Belgravia. Kedua-keduanya terkejur kerana wajah merek serupa. 

Margaret mencadangkan kepada Stacy untuk bertukar tempat selama dua hari, kemudian beralih kembali pada masa pertandingan Stacy dan perkahwinan Margaret dan Edward. 

Pada mulanya enggan akhirnya Stacy setuju apabila Lady Margaret menawarkan untuk menaja Olivia sebagai pelajar dalam program balet musim panas yang terkenal di Belgravia.


Stacy dan Margaret saling mengajar antara satu sama tentang kehidupan, tingkah laku, dan kebiasaan mereka untuk mengurangkan kecurigaan. 

Olivia yang tahu pertukaran itu tetapi menjaga rahsia Margaret dan Stacy. Putera Edward mengubah rancangannya dan ingin menghabiskan masa dengan tunangnya, menyebabkan Stacy menjadi panik. Raja George merasakan ada sesuatu yang sedang terjadi, dan menugaskan pelayannya, Frank, untuk memerhatikannya. 

Stacy menyesuaikan diri  dan mula jatuh cinta dengan Putera Edward, sementara Margaret jatuh cinta dengan Kevin dan menyedari bahawa dia suka menjalani kehidupan yang normal. Walaupun begitu, kedua-duanya kembali dan kembali setelah dua hari. 

Sementara itu, Brianna menyelinap ke stesen TV dan sabotaj kabel kuasa  pengadun Stacy.

Frank mengambil gambar untuk membuktikan Margaret dan Stacy bertukar identiti dan memberikannya kepada Ratu. Ratu bertemu dengan lelaki yang sama baik hati, yang menganggap Stacy kelihatan seperti puteri walaupun statusnya biasa, dan Ratu mempunyai perubahan hati. Sekarang menyedari pertukaran, Ratu berpura-pura sakit untuk menghantar Edward dan Margaret untuk menghadiri pertandingan memanggang di tempatnya. Margaret memberitahu Edward mengenai pertukaran itu dan mengakui bahawa dia tidak mencintainya. Kedua-duanya bergegas ke pertandingan untuk menyelesaikan masalah.

Pada haripertandinga, Stacy terpaksa mencampurkan ramuannya dengan menggunakantangan. Walaupun hampir gagal, Stacy dan Kevin berjaya menyelesaikan kek dan memenangi tempat pertama.

 Margaret dan Stacy mendedahkan rancangan mereka kepada dua lelaki itu. Margaret mengaku cintanya pada Kevin, sementara Stacy berlalu pergi. Edward memberitahu Stacy dan mengatakan bahawa dia jatuh cinta dengannya. Dia melamar, mencadangkan perkahwinan Krismas dalam setahun jika mereka masih jatuh cinta.



Knitwear



Alhamdulilah sampai Knitwear sarung yang saya beli dari Henger. Saya beli baju seperti dalam gambar RM 16. Kainnya lembut dan rasa sejuk bila dipegang 😁

Sekarang trend dan fesyen pakai knitwear walaupun pakaian begini biasanya dipaksi di negara-negara sejuk tetapi tiada masalah pun jika rakyat Malaysia pakai knitwear, sekarang pun cuaca tidak menentu.

Di Lazada dan Shoppee pun ada banyak jual  secara random

Kenapa Awak Bujang?

Assalamualaikum.
Dah lama tak menulis sesuatu di blog sementelahan sibuk dengan kerja menulis, aktiviti sastera, menonton filem mahupun membaca.
 

Saya selalu ditanya, kenapa saya masih bujang? Kenapa masih tidak berkahwin. Jujur saya tiada jawapan untuk itu. Bercinta bertahun-tahun belum tentu jadi tiket untuk satu pernikahan. 

Kadang-kadang manusia itu lupa yang jodoh itu Allah pegang, hak Allah. Jarang orang bertanya, kenapa awak bercerai tetapi kenapa awak bujang, masih menjadi soalan utama.

Bagi saya perkahwinan itu bukan 'happy ending'. Tidak. Bagaimana, apa dan mengapa perjalanan hidup kita begitu, begini, Allah yang tentukan. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab bukannya suka-suka seperti main pondok-pondok yang belum tentu hingga ke jannah

Bagi sesetengah ibubapa, mengahwinkan anak terutama anak perempuan itu kejayaan yang besar jika nak dibandingkan anak perempuan menggenggam ijazah. Ada ibubapa mengharap ada orang lain menjaga anak perempuannya tetapi bagi lelaki atau perempuan yang menjaga ibubapa juga besar ganjarannya. Pernikahan juga ada nikmatnya dalam hidup berumahtangga. Wanita taat kepada suami manakala yang bujang taat kepada ibubapa.Bagi saya ini seimbang. Tiada berat sebelah dari Allah dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya.

Ada juga wanita utamanya tidak fikirkan perkahwinan mungkin pengalaman bercinta atau mengenali seseorang menjadi sia-sia. Bukan mudah untuk wanita bangkit dari kekecewaan.

Kedua, hidupnya lengkap miliki kerjaya, rumah, kereta dan wang yang cukup untuk dia mengembara. Wanita begini sukakan kebebasan. Jadi dia bimbang pasangan tidak miliki pendapat dan pemikiran yang sama.

Ketiga, ada sesetengah wanita belum rasa cukup puas untuk bersama dan taat kepada emak ayah. Mereka rasa belum cukup puas membalas jasa dan pengorbanan emak ayah. Bila wanita menjadi isteri, suami menjadi keutamaan sebelum emak ayah kandung.

Keempat, pengalaman pahit bagi yang menjalani hidup sebagai anak mangsa penceraian. Ada yang masih trauma dan takut lebih-lebih lagi emak ayah yang bersifat pendera, mungkin miliki  emak ayah yang curang dan banyak lagi kemungkinan yang sebenarnya banyak kita tak tahu.

Sesungguhnya hati manusia ini Allah yang pegang. Hati manusia menjadi bolak-balik. 


Tuesday, September 29, 2020

Kartini

Kartini
2016
Netflix



Kartini lakonan Dian Sastrowardoyo sampai ke hati saya sebagai penonton yang begitu terpegun dengan lakonan bersahaja beliau. Bagi yang mahu mengenali sosok wanita Indonesia yang dipandang tinggi di sana boleh menonton filem biografi ini namun bagi saya, tidak begitu puas mengenali Kartini melalui filem ini. Kita boleh mencari dan membaca kisah-kisah serta tulisannya bagaimana begitu ampuh dan nekadnya perjuangan wanita bernama Kartini.

Kisah perjuangan Kartini atau Raden Ajeng Kartini yang mahu mengubahtakdir dan tradisi keluarga. Kartini membesar dalam keluarga bangsawan tetapi dia melihat  bagaimana ibu kandungnya, Ngasira lakonan Christine Hakim menjadi orang buangan di rumahnya dan menjadi pembantu rumah kerana ibunya tidak memiliki darah bangsawan 

Ayahnya, Raden Mas Aryo Sosroningrat sangat menyayangi  Kartini tetapi tidak mampu melawan adat tradisi yang sangat kuat pada zaman itu. Kartini harus mematuhi segala adat tanpa sebarang bantahan meskipun adat itu menurutnya tidak adil. Abangnya Raden Mas Panji Sosrokartono lakonan Redza rahadian memberikan inspirasi dan keyakinan kepada Kartini bahawa selagi membaca, tidak ada yang boleh memenjarakan fikiran dan imaginasi. Kartini tidak mahu menyerahkan hidupnya begitu sahaja dan nekad memperjuangkan hak samarata bagi wanita dan juga golongan miskin.

Kartini bersama dua adik perempuan tirinya, Roekmini lakonan Acha Saptriasa dan Kardinah lakonan Ayushita juga turut sama-sama berjuang menjadi wanita yang menentukan masa depan mereka sendiri. Mereka bercita-cita untuk mendirikan sekolah buat kaum miskin dan mencipta lapangan kerja untuk rakyat yang memerlukan. Kartini juga sering berutusan surat dengan rakan Eropahnya malah menulis beberapa artikel yang bagus.

Namun, untuk melawan tradisi dan adat keluarga bukanlah suatu hal yang mudah untuk dilakukan kerana dia berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran serta sikap tidak keterbukaan dan konservatif golongan atasan. Bukan itu sahaja Kartini juga cuba untuk menentang perkahwinan yang diatur keluarga serta cuba menolak poligami. Baginya, wanita berhak melangkah lebih jauh tanpa batasan

Kaun?

Kaun?

1999
Astro Boo




Maksud kaun ialah siapa? Pada hari hujan lebat, seorang wanita muda lakonan Urmila Matondkar berbual dengan ibu bapanya melalui telefon, bertanya bila mereka akan pulang. Ketika dia melihat berita pembunuh bersiri di bandarnya. Loceng pintu berbunyi. Dia dapati ada seorang lelaki di luar memperkenalkan dirinya sebagai Sameer Purnavale lakonan Manoj Bajpai, yang mengaku sebagai rakan perniagaan pemilik rumah, Encik Malhotra. Wanita itu enggan membuka pintu. Dia memberirahu bahawa rumah ini milik Tuan Gupta. Sameer terus-menerus menganggu dan membunyikan loceng pintu. Wanita itu memberitahunya bahawa dia tidak akan membiarkannya masuk kerana bimbang. Wanita terdengar bunyi bising dan ketakutan, lantas dia berlari ke muka pintu dan membenarkan Sameer masuk.

Bekalan elektrik secara tiba-tiba, wanita itu pergi ke dapur untuk mencari lilin, tetapi sebaliknya menjumpai kucing peliharaannya yang mati. Ngeri, dia berlari ke pintu dengan panik, hanya untuk mencari lelaki lain yang memegang pistol. Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Inspektor Qureshi lakonan Sushant Singh dan menghubungi balai polis untuk mendapatkan bantuan. Sameer dan wanita itu mencurigai terhadap Bashir, dan dua lelaki kemudian bertengkar. Semasa dua lelaki itu bergaduh, wanita itu memegang pistol Qureshi, memaksanya untuk mengaku bahawa dia sebenarnya bukan polis, tetapi pencuri.  Wanita itu menelefon ibunya dan memintanya untuk menghubungi polis.

Sameer dan Qureshi bertengkar hingga menyebabkan kematian  Qureshi. Wanita itu berlari ketakutan menuju ke loteng. Sameer memujuk dan memberitahu dia melakukan kerana keselamatan. Wanita itu berlari dan menyorok. Sameer kepenatan duduk di atas karpet bergulung. Dia rasa lain macam lalu membuka gulungan itu namun ada sesuatu yang mengejutkan dia.

Plot twist 😁

13 Reason Why

13 Reason Why

Netflix




Siri adaptasi novel karya Jay Asher berkisar mengenai kehidupan remaja di Sekolah Tinggi Libertty. Pada permulaan siri ini, Clay Jensen, seorang junior di Liberty, menerima satu set tujuh kaset yang dirakam oleh Hannah Baker, rakannya yang membunuh diri. Pada kaset itu, Hannah telah merakam harian audio yang penuh emosi dan menjelaskan 13 sebab mengapa dia bunuh diri.

Dari tujuh pita itu akan ada  misteri yang saling berkait, semakin mendalam, dan penonton akan memikirkan dan tercari-cari masalah Hannah Baker yang menyebabkan dia membunuh diri.  


Musim kedua berkisar mengenai tuntutan mahkamah oleh ibu bapa Hannah terhadap Liberty, dengan maklumat setiap individu di kaset tersebut dipanggil untuk didakwa. Siri ini berakhir dengan adegan serangan yang sangat kontroversi yang melibatkan pelajar Liberty,




Musim ketiga ditetapkan lapan bulan selepas akhir musim kedua. Clay dan rakan-rakanny berjuang untuk cubaan pembunuhan Tyler di Spring Fling dan membantunya dalam proses pemulihan. Namun, ketegangan berlaku didih semasa Homecoming Liberty High, yang menyebabkan pembunuhan bekas pelajar Liberty High School, Bryce Walker.



Musim keempat berkisar pada kesihatan mental Clay yang merosot akibat peristiwa sebelumnya. Ketegangan terjadisekali lagi ketika pasukan bola sepak menyrksa Clay dan berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian Bryce. Pentadbiran Liberty High menetapkan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat di kampus, yang menyebabkan ketegangan pelajar kemudian menyebabkan konfrontasi ganas antara polis tempatan dan pelajar Liberty.

Monday, September 28, 2020

Kopi


 

Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri

Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri
Fajar Pajeer
2020
Maria Kajiwa


Kita kenal Novelis Maria Kajiwa novelis yang sentiasa muncul dengan karya seram, penuh misteri dan ada rahsia di setiap karyanya namun sentiasa memberikan terbaik kepada pembacanya termasuk saya yang tidak ketinggalan mendapatkan setiap naskhahnya.

Berbalik pada novel ini, ada kisah dan rahsia tersembunyi dalam rumah Inggeris peninggalan Brock. Ibubapa Brock datang menghidupkan kembali rumah itu lalu satu demi satu gangguan muncul hingga membongkar rahsia yang tersembunyi. Rumah Inggeris Bertiang Seri? Menarik tapi agak luar biasa sebab tiang seri biasa dikaitkan dengan rumah Melayu dan menyimpan sesuatu tetapi ini yang menarik pembaca bila ada tiang seri dalam rumah Inggeris.

Meskipun karya Penulis Maria Kajiwa seram dan misteri tetapi sentiasa muncul dengan idea dan konsep berbeza. Setiap karyanya memudahkan pembaca selain penggunaan bahasa yang baik dan indah serta plot dan penceritaannya laju sebab itu pembaca dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya hingga penamat

Buku baru bila lagi kak Maria Kajiwa?

One Million Stars Falling From the Sky


One Million Stars Falling From the Sky

2002
VIU
Japan

Tahun lepas tonton versi Korea. Best lagi versi Japan.

Katase Ryo lakonan Takuya Kimura bekerja sebagai tukang masak di restoran mewah. Wanita hanya aksesori dan jika dia bosan dengannya, dia menyingkirkan wanita tersebut. Ketika itu,Detektif Kanzo lakonan Sanma sedang menyiasat satu kes pembunuhan.
Ryo juga menggoda Miwa anak orang kaya yang menyambut hari jadi ke 25 tahun di kapal mewah. Di situ juga Ryo terserempak dengan Dojima yang juga sahabat baik Miwa.
Permainan kucing dan tikus bermula apabila dengan adik Katase ketika adik Kano, Yuko jatuh cinta kepada Ryo dan Kanzo bertekad untuk menyelamatkan adiknya walau apa pun akibatnya. Ketika kisah itu berlanjutan, masa lalu yang gelap dalam kehidupan Kanzo juga mulai muncul dan membuka hubungan yang tidak dapat dibayangkan antara dia, adiknya, dan Katase Ryo

Kyojo


Kyojo

2020
VIU

Dah nak masuk usia 50 tahun pun tetap 'maintain' hensem.

Kimichika Kazama lakonan Takuya Kimura merupakan tenaga pengajar di akademi polis. Dia sangat teliti dan sentiasa memerhati pelajar-pelajarnya. Dia tenang, serius dan berkarisma, tetapi tegas. Pelajar dengan pelbagai latar belakang hadir ke akademi polis dengan alasan mereka sendiri untuk menjadi pegawai polis. Mereka merasa tertekan untuk mengikuti peraturan yang ketat dan merasa cemas untuk berjaya dari akademi. Berapakah bilangan pelajar yang akan lulus dalam kalangan 90 pelajar? Apakah tujuan sebenar Kimichika Kazama memberikan kesusahan kepada para pelajar

Mary

 Mary

2019
Fox Movies

Suami Sarah, David, seorang Kapten kapal pelancongan membeli sebuah kapal layar yang telah ditinggalkan oleh Pengawal Pantai. David membawa Sarah dan dua anak perempuan mereka, Lindsay dan Mary bercuti menuju ke Bermuda, untuk mengukuhkan ikatan keluarga setelah Sarah curang dan kembali Kepadanya. David memperbaiki kapal bernama Mary, sama nama yang sama dengan anak perempuan bongsu mereka. Tommy, teman lelaki Lindsay dan anak didik David, melihat cahaya menakutkan yang terpancar dari kapal ketika mengambil gambar keluarga David

David, Sarah, Mary, Lindsay, Tommy, dan rakan David, Mike berlayar ke Bermuda. Mary memiliki teman khayalan, seorang wanita yang dia dakwa hidup di atas kapal, dan mula membuat lukisan krayon yang menakutkan. Pada malam pertama, David terdengar bunyi dari dek atas. Dia mendapati Tommy, yang telah menikam dirinya sendiri dengan pisau dan menyerang David. David dan Sarah hantar Tommy ke Pusat institusi mental di Kepulauan Abaco, dan bertekad untuk merahsiakan ini dari yang lain. David menerima berita bahawa Tommy menggantung dirinya sendiri, sangat mengejutkannya. Sarah kemudian mendapati Mary telah melukis gambar hangman sebelumnya. Banyak perkara ghaib berlaku, seperti jejak kaki yang muncul secara misteri, Sarah mengalami mimpi buruk seperti terkurung di dalam kabin dan melihat seorang wanita misteri.

Ketegangan semakin konflik antara anak kapal. Mary menghancurkan gelas ke wajah Lindsay, dan David dan Sarah terus bertengkar, kerana Sarah ingin berpatah balik sementara David ingin meneruskan perjalanan apabila Sarah meneliti sejarah kapal itu, dan mendapati bahawa pemiliknya sebelumnya telah hilang dalam perjalanan yang serupa, dan pemilik sebelum ini juga semuanya berlayar ke destinasi yang sama. Kapal layar miliki rahsia semangat ahli sihir yang berusaha menggantikan anak-anaknya setelah lemas. David dan Sarah bersetuju untuk kembali, dan David memerintahkan Mike untuk mengubah haluan. David mendengar suara misteri, dan mendapati Mike, telah menghancurkan layar, menguras kapal.

Hero


Hero

2001
VIU

Kuryu Kohei merupakan pendakwa raya muda yang dipindahkan ke Tokyo dari Aomori. Kuryu tidak seperti pendakwa biasa; dia enggan memakai pakaian bersesuaian dan tali leher, sebaliknya memilih pakaian kasual, jaket berwarna oren dan kasut but. Dia kelihatan seperti pemalas. Dia selalu membeli barang-barang pelik dari internet. Kuryu sekadar lulusan sekolah menengah yang dituduh melakukan kesalahan, hanya dibebaskan oleh pendakwaraya. Ini memaksa Kuryu untuk meninggalkan gaya hidupnya yang nakal dan mengambil peperiksaan kesetaraan sekolah menengahnya, belajar untuk ujian bar dan lulus. Walaupun begitu, naluri dan tekadnya yang cemerlang menjadikannya sesuai sebagai penyiasat. Dia mencari keadilan, dan ideanya memberi kesan yang mendalam pada rakan-rakannya. Amamiya, pembantunya yang pada mulanya dia dan Kuryu tidak mempunyai hubungan kerja yang baik, tetapi setelah bekerjasama untuk beberapa waktu keduanya menjadi dekat dan menjalin hubungan cinta.

Enola Holmes


Enola Holmes adik bongsu dalam keluarga Holmes. Dia wanita muda bersifat bebas, berkeinginan kuat, dan sangat cerdas, taat, serta berwawasan. Ibunya, Eudoria, telah mengajarnya semua perkara.

Pada hari ulang tahun keenam belas, Enola dapati ibunya hilang, hanya meninggalkan beberapa hadiah ulang tahun.

Enola bertemu dengan dua abangnya, Mycroft dan Sherlock. Sherlock menganggapnya sebagai gadis yang cerdas, sedangkan Mycroft menganggapnya menyusahkan, sebagai penjaga sahnya, Mycroft bercadang menghantar Enola ke asrama. Enola mula menemui petunjuk dan wang yang ditinggalkan oleh ibunya dan melarikan diri mencari ibunya dengan menyamar dan bermulalah penggembaraan Enola mencari ibunya