Memasak bukan sahaja terapi tetapi satu seni
karya yang hebat!
Julie dan Julia tidak pernah bertemu tetapi
Julie menginspirasikan Julia melalui buku dan pita video. Dua wanita ini
menjalani hidup yang berbeza serta perwatakan yang berbeza tetapi mencintai
dunia masakan.
Filem ini membezakan
kehidupan chef Julia Child dengan kerjaya masakannya di Perancis pada usia hampir
memasuki 40-an. Julie Powell lakonan Amy Adams adalah seorang penulis muda yang
bekerja di Pusat Panggilan Perbadanan Pembangunan Manhattan. Dia menjawab
setiap panggilan telefon dari mangsa
serangan 11 September dan masyarakat setiap hari. Julie membuat keputusan menulis
blog untuk meningkatkan kemajuan dirinya dalam masakan. Pada awalnya, Julie
tidak yakin untuk menulis keraan dia pernah untuk menulis novel tetapi karyanya
di tolak. Dengan sokongan dan bantuan suaminya, blog Julie/Julia Project
dihasilkan. Julie membuat keputusan untuk memasak setiap resipi dalam Mastering
the Art of French Cooking oleh Julia Child.
Mengimbas semula kisah hidup
Julia Child berada pada tahun 1950-an di perancis bersama suaminya, Julia Child
mengambil keputusan untuk belajar memasak masakan perancis di Le Cordon Bleu.
Sebelum itu Julia cuba belajar membuat topi, belajar bahasa perancis tetapi
tidak sesuai dengan dirinya. Setelah menamatkan penajian memasak, Julia
mengadakan kelas masakan serta melahirkan sebuah buku masakan untuk suri rumah
Amerika.
Akhirnya, blog Julie
dipaparkan dalam kisah yang diterbitkan dalam The New York Times. Blognya mula mendapat
perhatian wartawan, ejen kesusasteraan, penerbit, dan maklumbalas dari
anak-anak mudaJika plot filem ini di sorot, Julie dan Julia mendapat sokongan daripada suami
mereka.
No comments:
Post a Comment