Filem bertemakan
ikan jerung yang paling di ingati hingga
saat ini adalah Jaws, yang di arahkan oleh Stephen Spielberg. The Shallows menampilkan
sesuatu yang berbeza dengan filem-filem jerung yang lain sebelum ini.
Isteri kepada pelakon Ryan Reynolds, Blake Lively memberikan
lakonan yang benar-benar memberikan kesan berbanding drama seperti Gossip Girls
dan filem-filemnya yang sebelum ini seperti The Sisterhood of the Traveling
Pants, The Sisterhood of the Traveling Pants2, The Town, The Age of Adaline,
Society Café dan sebagainya.
The Shallows merupakan salah satu filem
survival di tengah laut yang paling menarik dan meningkatkan adrenalin. Aksi
Blake Lively bertarung dengan jerung di tengah-tengah laut membuatkan kita rasa luar biasa dengan
Nancy yang berjuang untuk menyelamatkan diri dari jerung yang mengorbankan 3
orang manusia yang cuba membantunya. Filem ini juga
di lihat dengan sempurna selain menampilkan pemandangan laut yang indah, serta menyaksikan
aksi Nancy meluncur dengan baik.
Nancy
mencari pantai tanpa nama yang dirakam oleh ibunya pada tahun 1998. Pantai tanpa
nama memang di lihat sangat indah, dan
jarang orang mengetahui tempat tersebut. Nancy pun meluncur atas ombak yang
menggulung di pantai yang sepi dari penduduk. Tanpa di sedari, pantai itu
memiliki sesuatu yang tidak di duga.
Jerung
itu bukan sahaja memerangkap Nancy yang terperangkap atas batu tetapi bijak
untuk cuba menewaskan Nancy berulang kali. Nancy bukan seorang yang lemah walaupun emlawan kesakitan dan di sengat obor-obor, dia sedaya upaya berjuang hinggakan dia akan berserah seandainya tiada jalan lain untuk dia berjuang.
Filem ini merujuk pada perjuangan. Ayah Nancy memberitahu ibu Nancy adalah pejuang yang melawan sakit barah. Nancy juga membuktikan dirinya juga adalah pejuang yang terperangkap di tengah-tengah laut. Filem ini nampak simple tetapi terisi ketegangan dan persoalan bagaimana Nancy menyelamatkan diri ataupun adakah Nancy akan mati?Itu yang membuatkan penonton tidak
senang duduk!
No comments:
Post a Comment