Saya
menonton filem ini di Astro Best. Hijabsta ballet jauh sekali dibandingkan
dengan Black Swan. Filem ini saya rasakan seperti eksperimen dan cuba
menampilkan sesuatu yang luar biasa. Penari ballet bertudung? Itu yang
menimbulkan persoalan namun ada keberanian yang cuba ditampilkan. Kita selalu lihat
trampilan penari ballet itu bagaimana bukan? Filem ini menarik walaupun
menampilkan muka-muka baru dan di bantu
pelakon-pelakon berpengalaman seperti Betty Benafe, Arman Graseka dan Aida Rahim.
Watak
Adele Shakiri yang ditampilkan bukannya wanita yang luar biasa perwatakannya.
Pada awalnya Adele tersepit antara harapan ibunya dan harapan neneknya. Ibunya
berharap Adele menggembangkan sayapnya sebagai penari Ballet yang terkemuka
manakala neneknya pula memberi harapan agar tidak melupakan agama dan adat.
Biarpun ranting yang tumbuh tidak sama arah tetapi ia tetap dari akar pokok yang
sama, itu sebahagian pesanan nenek Adele.
Adele bukannya wanita yang kecewa dalam
bercinta tetapi cuba melawan hukum dengan
keberaniannya menunjukkan penari ballet tetap boleh berhijab. Ballet itu adalah
hidupnya. Berhijab adalah pegangannya. Tragedi yang menimpa rakannya membuatkan
Adele mahu berubah tetapi tetap tidak mahu meninggalkan ballet.
Kedegilan
dan keberanian Adele mahu membuat persembahan ballet secara bersendirian seakan mencabar masyarakat dan meresahkan ibubapanya
sendiri. Adele berdegil tetap mahu melakukaqn sesuatu agar ballet dan hijab di
terima masyarakat. Tindakan Adele juga ditentang oleh golong ekstremis sehinggakan
Adele di serang. Di situ kita lihat sikap golongan ekstremis yang sebenarnya
tidak menghormati serta memalukan wanita.
Rentetan dari peristiwa itu, Adele di hantar ke Perth
bagai mencari ketenangan dan mencari dirinya sendiri. Pengganut Islam dilihat
sebagai pengganas begitu juga Adele berhijab berdepan dengan sekelompok
Islamphobia. Ketakutan itu menganggu dia untuk bergerak ke mana-mana.
No comments:
Post a Comment