Wednesday, September 30, 2020

Kenapa Awak Bujang?

Assalamualaikum.
Dah lama tak menulis sesuatu di blog sementelahan sibuk dengan kerja menulis, aktiviti sastera, menonton filem mahupun membaca.
 

Saya selalu ditanya, kenapa saya masih bujang? Kenapa masih tidak berkahwin. Jujur saya tiada jawapan untuk itu. Bercinta bertahun-tahun belum tentu jadi tiket untuk satu pernikahan. 

Kadang-kadang manusia itu lupa yang jodoh itu Allah pegang, hak Allah. Jarang orang bertanya, kenapa awak bercerai tetapi kenapa awak bujang, masih menjadi soalan utama.

Bagi saya perkahwinan itu bukan 'happy ending'. Tidak. Bagaimana, apa dan mengapa perjalanan hidup kita begitu, begini, Allah yang tentukan. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab bukannya suka-suka seperti main pondok-pondok yang belum tentu hingga ke jannah

Bagi sesetengah ibubapa, mengahwinkan anak terutama anak perempuan itu kejayaan yang besar jika nak dibandingkan anak perempuan menggenggam ijazah. Ada ibubapa mengharap ada orang lain menjaga anak perempuannya tetapi bagi lelaki atau perempuan yang menjaga ibubapa juga besar ganjarannya. Pernikahan juga ada nikmatnya dalam hidup berumahtangga. Wanita taat kepada suami manakala yang bujang taat kepada ibubapa.Bagi saya ini seimbang. Tiada berat sebelah dari Allah dalam mengatur perjalanan hidup hambaNya.

Ada juga wanita utamanya tidak fikirkan perkahwinan mungkin pengalaman bercinta atau mengenali seseorang menjadi sia-sia. Bukan mudah untuk wanita bangkit dari kekecewaan.

Kedua, hidupnya lengkap miliki kerjaya, rumah, kereta dan wang yang cukup untuk dia mengembara. Wanita begini sukakan kebebasan. Jadi dia bimbang pasangan tidak miliki pendapat dan pemikiran yang sama.

Ketiga, ada sesetengah wanita belum rasa cukup puas untuk bersama dan taat kepada emak ayah. Mereka rasa belum cukup puas membalas jasa dan pengorbanan emak ayah. Bila wanita menjadi isteri, suami menjadi keutamaan sebelum emak ayah kandung.

Keempat, pengalaman pahit bagi yang menjalani hidup sebagai anak mangsa penceraian. Ada yang masih trauma dan takut lebih-lebih lagi emak ayah yang bersifat pendera, mungkin miliki  emak ayah yang curang dan banyak lagi kemungkinan yang sebenarnya banyak kita tak tahu.

Sesungguhnya hati manusia ini Allah yang pegang. Hati manusia menjadi bolak-balik. 


No comments: