Biografi A. Samad Said: Memberi Hati Nurani
Penulis: Rosnah Baharudin
Penerbit:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre:
Biografi
Mukasurat:
396 Halaman
Biografi ini meriwayatkan perjalanan
seni, pengalaman peribadi dan cetusan nurani dirinya. Biografi ini memuatkan 4
bahagian iaitu Riwayat Hidup, Pengalaman, Sikap dan
Pemikiran, Perbincangan Karya dan Petikan Karya Popular. Biografi
perjalanan seni, pengalaman peribadi dan cetusan nurani dirinya. Biografi ini
dipersembahkan sebagai citrawarna dan juga warisan negara kepada generasi akan
datang. Biografi ini membincangkan riwayat hidupnya pada awal sebagai
pengarang, perjalanan, pemikiran dan sikap beliau terhadap masyarakat dan juga
karya.. mlahan perbincangan karya juga dimuatkan dalam biografi terbitan ITBM.
A
Samad Said adalah satu nama besar dalam dunia sastera Malaysia. Beliau
dilahirkan di Melaka tetapi dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di Singapura. Pengalaman hidup Sasterawan
Negara keempat di Singapura sewaktu pendudukan Jepun yang banyak membina
karyanya. Riwayat hidup beliau ditulis dalam bab satu yang menceritakan
kehidupannya di Singapura. Kematian, kesakitan dan kelaparan sangat
meninggalkan kesan di dalam jiwanya bagi meneruskan kehidupan. Kebanyakkan
karya-karya beliau berdasarkan pengalaman hidup beliau sendiri. Bagi beliau,
pengalaman hidup sangat penting sebagai bahan karyanya. Bahagian
pertama turut menceritakan bagaimana timbulnya minat membaca yang mendorong
beliau mula menulis di alam pekerjaan. A. Samad Said menulis pelbagai genre
seperti novel, puisi, cerpen, drama, dekon, esei dan kritikan
sastera dengan pelbagai nama pena seperti Manja, Mesra, Jamil Kelana, Hilmy dan
Isa Dahmuri. Menurut meliau, seseorang penulis perlu melalui dua
pengalaman iaitu pengalaman sebenar dan bahan yang
dikumpul dari hasil pembacaan.
Bab
kedua menjelas pengalaman, sikap dan pemikiran. Novel-novel yang dihasilkan
kebanyakan berpandu pada pengalaman beliau sendiri yang hidup di
dalam kemiskinan, kehidupan setinggan, pergaulan dengan masyarakat kelas
rendah. Novel-novel beliau banyak merakam waktu zaman penjajahan dan selepas
pendudukan Jepun iaitu Salina dan Sungai Mengalir lesu. Watak-watak yang di
bina juga berdasarkan individu yang begitu dekat dengannya. Novel Cinta Fansuri
pula menerapkan pengalaman kembara beliau ke Perancis. Bagi penulisan cerpen
pula, sebanyak 55 buah cerpen dihasilkan sejak tahun 1950-an.
Melalui cerpen, pembaca dapat merasai pengalaman dan
pemikirannya sepanjang kehiupan yang dilaluinya. Beliau menggunakan
sepenuhnya pengalaman dan kehidupan lalu untuk menghidupkan setiap watak agar
memberi kesan kepada pembaca. Bagi drama pula, beliau telah menulis 4 buah buku
drama. Lantai T.Pinkie antara yang paling popular dan di ketengahkan
di lantai teater oleh penggiat seni. Bagi penulisan puisi pula,, ia banyak
dihidupkan melalui pengalaman hidup, alam sekitar, pembacaan dan pemikiran
serta pemerhatian beliau.
Bagi
bab perbincangan karya pula menampilkan beberapa genre yang ditulis iiatu
novel, cerpen, puisi dan drama. A Samad Said lebih mengangkat sejarah tanah
air di dalam novel-novelnya menhgikut latar masa. Antara tema novel
yang diangkat seperti perang selepas perang, kehidupan, kewartawan,
kemasyarakatan, percintaan dan persoalan isu semasa. Penulisna cerpen yang
digarap oleh A samad said mengikuti pengalaman hidupnya sejak zaman
kanak-kanak hingga ke dunia wartawan namun tema yang digunakannya begitu meluas
yang bukan sahaja menggunakan zaman hidupnya tetapi pergaulan bukan saja bangsa
Melayu tetapi kaum cina dan India. Selain itu karya yang dibangunkan juga
berlandaskan pengalaman beliau bekerja bukan sahaja sewaktu sebagai pengarang
tetapi pengalaman beliau sebagai Keranin Hospital Umum
Singapura turut ada dalam beberapa cerpen beliau.
Bab
akhir yang memaparkan petikan karya popular merupakan bab yang menjadikan buku
ini tebal. Kerana ia hanya mengambil tulisan sebenar Sasterawan Negara mengikut
petikan yang dipilih oleh penyusun buku. Walaupun petikan ini bertujuan sebagai
contoh berdasarkan apa yang telah dibincangkan sebelumnya, namun sebagai
pembaca tentunya merasakan perasaan yang tidak puas hati atau mungkin kecewa
kerana membaca karya yang tergantung atau tidak habis.
Buku
ini bukan sahaja sebuah biografi tetapi menyelidik susur galur hidupnya
sepanjang bergelar pengarang dan Wartawan tetapi sebuah penyelidikan yang
membicarakan setiap karya-karya sasterawan Negara tersohor ini.
Sasterawan
Negara merupakan aset negara. Pemikiran dan penulisannya tidak sama dengan
penulis-penulis pada zamans ekarang. Kebanyakan pemikiran sasterawan bukan
sahaja kreatif tetapi kritis terhadap sosial, ekonomi, masyarakat,
politik dan sebagainya
No comments:
Post a Comment