2016
Netflix
Kartini lakonan Dian Sastrowardoyo sampai ke hati saya sebagai penonton yang begitu terpegun dengan lakonan bersahaja beliau. Bagi yang mahu mengenali sosok wanita Indonesia yang dipandang tinggi di sana boleh menonton filem biografi ini namun bagi saya, tidak begitu puas mengenali Kartini melalui filem ini. Kita boleh mencari dan membaca kisah-kisah serta tulisannya bagaimana begitu ampuh dan nekadnya perjuangan wanita bernama Kartini.
Kisah perjuangan Kartini atau Raden Ajeng Kartini yang mahu mengubahtakdir dan tradisi keluarga. Kartini membesar dalam keluarga bangsawan tetapi dia melihat bagaimana ibu kandungnya, Ngasira lakonan Christine Hakim menjadi orang buangan di rumahnya dan menjadi pembantu rumah kerana ibunya tidak memiliki darah bangsawan
Ayahnya, Raden Mas Aryo Sosroningrat sangat menyayangi Kartini tetapi tidak mampu melawan adat tradisi yang sangat kuat pada zaman itu. Kartini harus mematuhi segala adat tanpa sebarang bantahan meskipun adat itu menurutnya tidak adil. Abangnya Raden Mas Panji Sosrokartono lakonan Redza rahadian memberikan inspirasi dan keyakinan kepada Kartini bahawa selagi membaca, tidak ada yang boleh memenjarakan fikiran dan imaginasi. Kartini tidak mahu menyerahkan hidupnya begitu sahaja dan nekad memperjuangkan hak samarata bagi wanita dan juga golongan miskin.Namun, untuk melawan tradisi dan adat keluarga bukanlah suatu hal yang mudah untuk dilakukan kerana dia berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran serta sikap tidak keterbukaan dan konservatif golongan atasan. Bukan itu sahaja Kartini juga cuba untuk menentang perkahwinan yang diatur keluarga serta cuba menolak poligami. Baginya, wanita berhak melangkah lebih jauh tanpa batasan
No comments:
Post a Comment